• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Felda Masih Teruskan Usaha Pengambilalihan FGV Holdings

in Market Update
A A
Saham FGV Jadi Tumpuan Ekoran Cadangan Pengambilalihan Oleh Felda
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) — Hasrat Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) untuk mengambil alih FGV Holdings Bhd masih lagi diteruskan dan usaha sedang dijalankan bagi merelisasikan pelan pemulihannya, kata bekas ketua pegawai eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad.

Zakaria yang juga merupakan salah seorang pemegang saham Koperasi Permodalan Felda Bhd (KPF) berkata, beliau percaya FELDA akan berunding dengan dua lagi pemegang saham FGV iaitu kerajaan negeri Pahang dan kerajaan negeri Sabah yang masing-masing memiliki lima peratus dan empat peratus saham syarikat tersebut.

Ketika ini, FELDA dan KPF menguasai 81 peratus saham FGV.

“Untuk faedah peneroka, saya percaya kedua-dua negeri akan memberikan kerjasama kepada FELDA  supaya matlamat FELDA untuk menswastakan FGV akan berjaya, iaitu bagi meningkatkan pendapatan FELDA.

“Saya percaya dengan keadaan sekarang, ia adalah masa yang sesuai bagi FELDA untuk mengambil alih FGV,” katanya kepada pemberita semasa ditemui selepas Majlis Pelancaran Promosi Ramadan D’Saji, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, katanya, kegagalan dalam usaha pengambilalihan FGV bukan bermakna pengakhiran kepada pelan pemulihan FELDA. 

Sebaliknya ia telah berjaya mendapatkan sekurang-kurangnya 81 peratus saham FGV daripada 34 peratus dalam masa beberapa bulan.

“Saya percaya jumlah peratusan tersebut bukan jumlah yang rendah tetapi ia adalah satu lonjakan yang besar. Mungkin kita gagal sedikit tetapi ia tidak bermakna “the end of it” (satu pengakhiran).

“Saya nampak usaha itu sedang berlaku,”  kata Zakaria.

Terdahulu Pengerusi FELDA Datuk Seri Idris Jusoh dalam ucapannya semasa majlis tersebut mengecam sesetengah media yang menyatakan agensi kerajaan itu ‘gagal’ dalam usahanya untuk menjadikan syarikat perladangan tersebut sebagai sebuah syarikat sendirian berhad pada RM1.30 sesaham.

Idris sebelum ini dilaporkan sebagai berkata pengambilalihan FGV oleh FELDA merupakan bahagian penting dalam Pelan Pemulihan FELDA yang diluluskan kerajaan bagi memberi manfaat kepada 112,638 peneroka dan dua juta ahlinya.

FELDA berhasrat mengambil alih FGV kerana ia merancang untuk menamatkan perjanjian pajakan tanahnya (LLA) dengan FGV, yang mana di bawah LLA tersebut, syarikat itu memajak 350,000 hektar tanah perladangan bagi RM248 juta setahun ditambah dengan keuntungan 15 peratus bagi tempoh 99 tahun. 

— BERNAMA

Share352ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In