“Aduh, saya rugi teruklah bulan Mac yang lalu”

Adakah anda turut mengalami kerugian seperti di atas? Kami faham mungkin ada yang mengalami kerugian kerana indeks FBM KLCI turun naik seperti kangaroo yang sedang melompat sepanjang bulan Mac 2021. Sekejap dekat atas, tidak lama kemudian jatuh semula.
Nak tahu Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Bulan Mac 2021?

Daripada 10 saham patuh syariah paling rugi bulan Mac 2021 ini, kami akan kongsikan secara terperinci 3 saham daripada sektor yang berlainan. Saham tersebut adalah:
- LKL International Berhad (Sektor Penjagaan Kesihatan)
- Pasukhas Group Berhad (Sektor Perkhidmatan & Produk Industri)
- Vivocom International Holdings (Sektor Teknologi)
1. LKL International Berhad (LKL) (0182)

Kalau nak tahu, LKL terkenal dengan penyediaan katil perubatan, peralatan perubatan dan aksesori.

Sumber: LKL
Selain daripada katil perubatan, LKL turut menyediakan katil perubatan, peralatan pelindung peribadi dan langsir yang digunakan di hospital.
Ulasan Mengenai Saham LKL
- Seperti yang dapat diperhatikan, perolehan syarikat meningkat pada tahun 2020. Ini adalah kerana pandemik Covid-19 telah menyebabkan ramai orang yang terpaksa dimasukkan ke hospital.
- Perkara ini menyebabkan permintaan terhadap katil hospital meningkat mendadak pada tahun lepas.

3. Bukan itu sahaja, suku keempat tahun 2020 merekodkan perolehan dan keuntungan bersih tertinggi yang pernah dicatatkan LKL bagi satu-satu suku tahunan.
4. Jika merujuk kepada carta pula, LKL sedang berada pada fasa Mark Down dan saham ini terus membuat downtrend yang kuat.

Sumber: Trading View
5. Sebagai pelabur yang bijak, kita seharusnya tahu bagaimana untuk membuat keputusan beli dan jual berdasarkan isu trending semasa.
6. Meskipun wabak Covid-19 masih lagi melanda semua negara, namun kehadiran vaksin telah menyebabkan bilangan kes menampakkan penurunan sejak akhir-akhir ini.
7. Maka permintaan terhadap katil perubatan pun semakin berkurangan.
8. Sejak LKL mencapai harga tertingginya di RM1.80, saham ini membuat reversal dan trend telah bertukar daripada uptrend kepada downtrend.
9. Sebaiknya kita mengelakkan diri daripada terbeli saham yang sedang dalam fasa mark down.
2. Pasukhas Group Berhad (PASUKGB) (0177)

Pada awalnya, Pasukhas Group bermula sebagai kontraktor mekanikal dan elektrikal. Kini syarikat ini telah mempelbagaikan perniagaannya dengan mempunyai beberapa segmen perniagaan seperti:
- Pembangungan dan servis kejuruteraan awam
- Kejuruteraan mekanikal dan elektrik
- Mengedarkan produk syarikat seperti Distribution Transformers dan Power Transformers
- Tenaga boleh diperbaharui
Ulasan Mengenai Saham PASUKGB
1. Daripada laporan kewangan suku tahunan Pasukhas, prestasi kewangan suku tahunan syarikat ini sememangnya “out”.

Sumber: malaysiastock.biz
2. Gambar rajah di atas menunjukkan PASUKGB telah mengalami kerugian sejak suku ketiga tahun 2018.
3. Laporan kewangan terkini menunjukkan PASUKGB telah mengalami kerugian sebanyak RM32.7 juta.
4. Daripada sudut fundamental, tiada yang menarik terhadap saham ini.
5. Kerugian yang teruk ini secara tidak langsung mempengaruhi harga saham syarikat ini juga.

Sumber: Trading View
6. Carta menunjukkan PASUKGB turut membuat kejatuhan yang dahsyat dan dilihat berpotensi untuk mencari lantai yang pernah dicapai saham ini pada Mac 2020 yang lalu.
7. Sepanjang Mac 2021 yang lalu, saham ini telah mengalami kejatuhan sebanyak 40%.
8. Sebaiknya saham kategori super penny stock seperti ini juga patut dielakkan kerana para pelabur bakal mengalami kesukaran untuk menjual saham ini kelak.
9. Harus diingatkan saham-saham super penny stock seperti ini menjadi kegemaran para sindiket untuk membuat keuntungan.
3. Vivocom International Holdings (VIVOCOM) (0069)

Kumpulan syarikat Vivocom telah ditubuhkan pada 8 Oktober 2012 apabila Instacom Engineering Sdn Bhd menstruktur semula dan mengambil alih I-Power Berhad. Seterusnya kumpulan syarikat ini pula menukar namanya kepada Instacom Group Berhad.
Pada tahun 2015, syarikat ini beralih kepada industri pembinaan serta reka bentuk dan pembuatan aluminium setelah membeli Neata Aluminium (Malaysia) Sdn Bhd dan Vivocom Enterprise Sdn Bhd. Kumpulan syarikat ini menukar namanya kepada Vivocom International Holdings Berhad sebagai penjenamaan semula nama syarikat.
Kini, teras perniagaan Vivocom merangkumi pembinaan, reka bentuk dan pembinaan aluminium serta perkhidmatan kejuruteraan telekomunikasi.
Ulasan Mengenai Saham Vivocom
1. Daripada analisis fundamental, Vivocom menunjukkan syarikat ini menunjukkan keuntungan bersih yang konsisten setiap tahun kecuali pada tahun 2018, di mana Vivocom mengalami kerugian besar sebanyak RM69.1 juta pada tahun tersebut.
2. Pada suku yang terkini, Vivocom mencatatkan keuntungan bersih RM902 ribu iaitupada suku kedua tahun 2020.
3. Perolehan syarikat bagi suku tersebut adalah sebanyak RM19.89 juta.
4. Kos jualan yang tinggi menyebabkan margin keuntungan syarikat dilihat kecil jika kita membuat perbandingan ke tas perolehan dan keuntungan bersih syarikat.
5. Selain daripada itu, kos pentadbiran yang tinggi juga memberi kesan terhadap keuntungan bersih Vivocom.

6. Saham Vivocom merupakan di antara saham yang membuat kenaikan yang tidak sihat iaitu kenaikan berbentuk parabolik.

Sumber: Trading View
7. Kenaikan harga saham ini bermula setelah Vivocom membuat share consolidation nisbah 1:10 yang bermaksud bagi setiap 10 unit saham yang dipegang akan digabungkan menjadi 1.
8. Oleh itu, harga saham ini seolah-olah melonjak naik dengan mendadak pada 2 November 2020.
9. Para pelabur mungkin salah faham dengan kenaikan harga yang naik mendadak tersebut lalu masuk ke dalam pasaran.
10. Pelabur sepatutnya harus tahu sebab di sebalik kenaikan harga saham supaya tidak tersalah tafsir saham yang membuat share consolidation sebagai saham yang mendapat minat pembeli.
Kesimpulannya, kebanyakan saham-saham yang membuat kejatuhan dalam artikel ini adalah daripada saham-saham yang pernah membuat kenaikan tinggi berbentuk parabolik sebelumnya.
Sebaiknya pelabur mengambil langkah berhati-hati atas setiap kenaikan yang berbentuk parabolik kerana saham tersebut berpotensi untuk membuat kejatuhan berbentuk parabolik juga.
Jangan lupa juga untuk membuat kajian analisis fundamental sebelum membeli saham untuk memastikan saham yang dibeli adalah saham berkualiti dan untuk mengelakkan kejatuhan teruk seperti ini.
Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!
Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?
Jangan tertinggal keretapi lagi.
Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.
Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.
Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards




