• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Meningkat Pada Awal Dagangan

in Market Update
A A
Kerugian Semalaman Wall Street Punca Bursa Malaysia, Serantau Dibuka Rendah Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) — Bursa Malaysia meningkat pada awal dagangan Selasa, menjejaki prestasi semalaman Wall Street apabila sentimen pelabur didorong oleh data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang positif.

Hasil tinjauan Institut Pengurusan Bekalan (ISM) pada Isnin menunjukkan aktiviti industri perkhidmatan AS mencecah paras tertinggi pada Mac dan menyusuli laporan pekerjaan negara itu yang positif dan mengatasi jangkaan awal dengan pertambahan 916,000 pekerjaan pada bulan lepas.

Pada 9.09 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 1.65 mata kepada 1,585.89 daripada 1,584.24 pada akhir dagangan Isnin.

Indeks itu dibuka meningkat 4.03 mata kepada 1,588.27.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 290 berbanding 174 manakala 358 kaunter lain tidak berubah, 1,309 tidak diniagakan dan sembilan lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 538.44 juta saham bernilai RM198.43 juta.

Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd berkata pengumuman kerajaan untuk meneruskan Projek Transit Aliran Massa 3 (MRT3) di Lembah Klang berserta penambahbaikan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang dijajarkan semula ke laluan asalnya, akan terus berperanan sebagai pemangkin bagi sektor pembinaan.

Selain itu, perkembangan membabitkan program kedua usaha vaksinasi COVID-19 negara yang dijadual bermula 19 April di lapan negeri, turut menyuntik sentimen positif ke dalam pasaran.

Firma pembrokeran itu berkata sektor pembinaan dan hartanah dijangka menjadi tumpuan bagi jangka masa terdekat selain segmen berkaitan seperti simen dan keluli susulan berita mengenai projek MRT3 dan ECRL.

“Minat belian juga dijangka melibatkan sektor yang berkait rapat dengan pemulihan seperti pengguna berikutan penurunan kes COVID-19 dan program vaksinasi yang sedang dijalankan.

“Kami mengunjurkan indeks utama tidak banyak berubah dengan paras rintangan sekitar 1,600-1,625 manakala sokongan dalam jajaran 1,550-1,560,” katanya.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank susut dua sen kepada RM8.32, Public Bank naik satu sen kepada RM4.23 dan Tenaga meraih dua sen kepada RM10.24.

Petronas Chemica dan IHH Healthcare masing-masing tidak berubah pada RM7.99 dan RM5.33.

Bagi saham aktif, Vortex naik setengah sen kepada satu sen, Volcano menokok 19 sen kepada 54 sen dan Sealink International meningkat dua sen kepada 32 sen.

Sapura Energy dan AT Systematization pula tidak berubah pada 14.5 sen dan sembilan sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik  22.02 mata kepada 11,777.47, FBM 70 menambah 54.90 mata kepada 15,873.17, FBMT 100 meningkat 19.20 mata kepada 11,423.77, FBM Emas Shariah meraih 34.38 mata kepada 13,053.68 dan FBM ACE menokok 42.52 mata kepada 9,750.86.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan naik 5.56 mata kepada 7,036.88, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meraih 0.61 mata kepada 194.56 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 4.14 mata kepada 15,304.37.

— BERNAMA

Share212ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In