• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 1, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Trading Idea

8 Fakta Menarik Tentang AWC Yang Anda Perlu Tahu

in Trading Idea
A A
8 Fakta Menarik Tentang AWC Yang Anda Perlu Tahu
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Baru-baru ini, AWC telah pun mengeluarkan laporan kewangan mereka atau Quarter Report. Pasti ramai yang nak tahu lebih mendalam mengenai syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia ini kan?

Jom kita tengok beberapa fakta meneraik mengenai AWC ini.

1. AWC Berhad adalah syarikat yang menyediakan Integrated Facilities Management (IFM) dan servis Electrical and Mechanical Engineering (M&E) di Malaysia.

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

Syarikat yang menyediakan servis IFM ini adalah syarikat yang menyediakan servis pengurusan, pengurusan ejen, perundingan pengurusan fasiliti, dan juga servis pengurusan sisa untuk kerajaan, bangunan industry dan lain-lain.

Untuk M&E pula servis yang disediakan oleh AWC adalah servis kejuruteraan dan perundingan pembangunan automatik termasuklah pemanasan, pengudaraan, pengawal penghawa dingin, kerja-kerja pembekalan dan pemasangan, servis pemasangan paip dan lain-lain.

Dahulunya syarikat ini juga dikenali sebagai AWC Facility Solutions Berhad dan menukar namanya kepada AWC Berhad pada Jun 2009. Hal ini adalah untuk menganalisa semula aktiviti terbaharu dan hala tuju bisnes untuk syarikat.

AWC Berhad diperbadankan pada tahun 2001 dan berpusat di UEP Subang Jaya, Malaysia.

2. AWC Berhad juga merupakan syarikat servis kejuruteraan di Malaysia yang mempunyai rangkaian di Asia dan Timur Tengah.

Mereka juga antara syarikat yang terkedepan dalam mereka bentuk dan menjadi pembekal kepada automated pneumatic waste collection system (AWCS) yang mempunyai rekod bagus di Malaysia, Singapura dan Timur Tengah.

Terkenal dengan penciptaan teknologi baharu, AWC antara yang terkedepan untuk menyediakan servis pengurusan tenaga. Dalam menjadi syarikat yang berkaitan dengan teknologi,

AWC dalam masa yang sama sentiasa mencari solusi untuk mejaga alam sekitar dengan mencipta teknologi hijau yang lebih efisyen dan kekal untuk masa hadapan.

Sumber: Malaysiastock.biz

3. Dalam kehidupan tidak lari dari turun dan naik, begitu juga dengan syarikat AWC dalam keuntungannya.

Seperti yang kita dapat lihat dalam Quarter Report AWC Berhad, pada suku keempat tahun 2020 mengalami kejatuhan yang amat banyak pada Quarter-of-Quarter (QoQ) dan Year-of-Year (YoY) pada kadar 836% dan 78774%.

Pada suku tahun itu juga kita dapat lihat walaupun keuntungan AWC pada jumlah yang setara dengan suku-suku lain RM74,846,000 atau tujuh puluh empat juta lapan ratus empat puluh enam ribu ringgit, tetapi keuntungan bersih mereka pada paras negatif sebanyak -RM29,896,000 atau negatif dua puluh sembilan juta lapan ratus sembilan puluh enam ribu.

Setelah kajian dilakukan, seperti bisnes dan syarikat lain juga AWC mengalami kerugian akibat pandemik Covid-19. AWC terkesan pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama kerana sempadan Malaysia dan Singapura ditutup dan menyebabkan kebanyakan projek syarikat ini terhenti.

4. Setelah PKP dilonggarkan dan pada saat ini kebanyakan bisnes sedang dalam fasa pemulihan, AWC bangkit pada laporan suku yang terbaru suku kedua tahun 2021.

Selama berada di senarai Bursa untuk 15 tahun sejak 2007, AWC untuk suku ini telah mencatatkan rekod keuntungan bersih sebanyak RM11,222,000 atau sebelas juta dua ratus dua puluh ribu ringgit. Atau dalam bentuk peratusan QoQ dan YoY dengan kadar 99% dan 2991%.

Pada suku keempat tahun 2018 pula, AWC merekodkan keuntungan berjumlah RM94,155,000 atau sembilan puluh empat juta seratus lima puluh lima ribu ringgit. Hal ini kita dapat ketahui selepas kajian, AWC menerima pelbagai projek untuk suku tahun itu.

Projek tersebut daripada Capital Asset Refurbishment Programme (CARP) di Putrajaya dan terdapat 4 projek. Tetapi kita dapat lihat untuk QoQ dan YoY pada suku ini menurun sedikit kerana terdapat projek yang dilaksanakan lewat akibat pembayaran hutang.

Sumber: Malaysiastock.biz

5. Sekarang kita akan lihat laporan kewangan tahunan AWC. Seperti yang telah dikupaskan, kita dapat lihat pada tahun 2020 akibat berlakunya pandemik Covid-19 bisnes AWC telah merekodkan kejatuhan profit after tax yang mana berjumlah -RM18,800,000 atau negatif lapan belas juta lapan ratus ribu ringgit.

Kita juga dapat lihat walaupun keuntungan tahunan 2020 pada tahap seiring dengan peningkatan tahun sebelumnya tetapi profit margin AWC juga mengalami kerugian seperti profit after tax. Profit margin pada tahun 2020 juga negatif iaitu -RM6,000,000 atau enam juta ringgit.

Pada tahun 2021, AWC telah dilihat bertahan dengan kurangnya kawalan pergerakan akibat PKP. Walaupun keuntungan tidak meningkat secara mendadak tetapi sedikit demi sedikit keuntungan yang dibuat oleh syarikat ini dapat dilihat sedang membuat proses pemulihan dengan sangat baik.

Profit margin 2021 tidak lagi dalam keadaan negatif iaitu sebanyak RM10,100,000 atau sepuluh juta seratus ribu ringgit, manakala profit after tax berjumlah RM16,800,000 atau enam belas juta lapan ratus ribu ringgit.

This image has an empty alt attribute; its file name is 8-Fakta-Menarik-Tentang-AWC-Yang-Anda-Perlu-Tahu3.jpg
Sumber: Bursa Marketplace

6. Merujuk kepada Peer Analysis untuk AWC Berhad pada tahun 2020 yang mana Market Capitalization syarikat ini pada waktu itu adalah 150M.

Hal ini kita dapat simpulkan AWC juga merupakan antara syarikat yang leader dalam sektor pengurusan fasiliti. Pada hari ini Market Capitalization AWC telah mencapai 211M.

Apakah yang kita faham tentang leader? Leader adalah saham-saham yang sangat cepat memberi respons terhadap apa-apa catalyst sekiranya berlaku suatu berita baharu.

Manakala laggard pula merujuk kepada saham-saham yang lambat memerikan respons dan kebiasaannya bergerak selepas saham-saham leader mengambil langkah terlebih dahulu.

7. Supply bermaksud bekalan dan demand pula permintaan. Semakin tinggi permintaan pelabur terhadap sesuau saham, harga saham berkenaan akan naik.

Jika sesebuah syarikat mempunyai pegangan oleh pelabur institusi, ianya merupakan satu indikator yang baik kerana semestinya jerung-jerung institusi ini akan mencari saham yang mempunyai potensi untuk berkembang dalam jangka masa panjang.

Saham yang ringan akan menyebabkan kenaikan harga saham dengan cepat. Ringan bermakna bilangan unit saham yan diapungkan adalah sedikit. Kita juga perlu tahu tentang jumlah saham yang diapungkan atau public float shares bagi saham sesebuah syarikat.

Public float shares ini memberi makna bilangan unit saham syarikat yang dibuka kepada orang awam. Public float shares yang baik haruslah tidak melebihi 50.0%. Public float shares untuk AWC adalah sebanyak 71.4% dan jelaslah ianya agak kurang baik kerana melebihi 50%.

Tetapi untuk bahagian fundamental lain seperti Quarter Report dan Annual Earnings yang telah kita ulaskan tadi, AWC mempunyai kenaikan dan peningkatan bisnes yang agak mampan daripada segi kewangan walaupun selepas kerugian akibat Covid-19.

8. Market Direction adalah salah satu perkara yang kita sebagai pedagang atau pelabur mengetahui agar dapat jelas tentang keadaan carta harga saham itu baik atau buruk semasa memasuk suatu kaunter.

Secara umumnya, carta harga saham AWC berada dalam keadaan sideways dan membuat minor uptrend. Dengan adanya Quarter Report yang baik baru-baru ini, AWC Berhad memberi petunjuk atau signal yang mungkin ada kemungkinan akan berlaku kenaikan harga.

Tetapi dalam masa yang sama, sebagai pelabur yang bijak sekiranya kita dapat lihat Technical sesebuah syarikat itu baik maka kita juga haruslah pastikan Fundamental juga baik.

Atas dasar apa pun, pedagang dan pelabur haruslah diingatkan agar berlabur berdasarkan perancangan dan objektif masing-masing.

Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus atau tidak?

Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal. 

Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.

Dengan menggunakan CANSLIM, secara tidak langsung kita telah pun membuat 2 jenis analisis tadi. Pelabur boleh menilai sendiri sama ada saham syarikat itu sesuai untuk dibeli atau boleh diabaikan.

Miliki e-book CANSLIM -> TheKapital.my/Ebook-CANSLIM

Share553ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

9 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

9 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

9 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In