• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, July 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ketepikan Trend Menaik Bursa Serantau Untuk Ditutup Rendah Petang Ini

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 5 April (Bernama) — Bursa Malaysia mengenepikan trend kukuh pasaran serantau untuk mengakhiri urus niaga petang Isnin lebih rendah, terjejas oleh kegiatan pengambilan untung yang membabitkan kaunter berwajaran tinggi, didahului oleh sektor perkhidmatan kewangan dan penjagaan kesihatan.

Pada pukul 5 petang, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 1.10 mata kepada 1,584.24 daripada 1,585.35 ketika ditutup pada petang urus niaga Jumaat minggu lepas.

Indeks utama dibuka 0.46 mata lebih rendah pada 1,584.89 dan bergerak antara 1,582.20 dan 1,590.67 sepanjang sesi urus niaga hari ini.

Bagaimanapun, pergerakan harga di pasaran agak positif dengan kaunter untung mengatasi rugi 542 berbalas 532 sementara 419 kaunter tidak berubah, 638 tidak diniagakan dan lapan yang lain digantung.

Jumlah dagangan bagaimanapun meningkat kepada 7.84 bilion saham bernilai RM2.80 bilion daripada 6.62 bilion saham bernilai RM2.92 bilion pada Jumaat.

 Di bursa serantau, Indeks Straits Times Singapura menokok 0.85 peratus kepada 3,208.79, Nikkei Jepun 0.79 peratus lebih tinggi pada 30,089.25, Kospi Korea Selatan naik 0.26 peratus kepada 3,120.83, sementara pasaran di Shanghai, Hong Kong dan Australia ditutup sempena cuti umum.

Seorang peniaga berkata bursa tempatan dibuka lemah tetapi berubah kepada positif selepas itu. Bagaimanapun, keuntungan diraih tidak mampu bertahan selepas kegiatan pengambilan untung muncul pada lewat pagi dan seterusnya mengakhiri sesi dagangan pagi-tengah hari lebih rendah.

Prestasi bursa serantau yang kukuh hari ini turut mengambil petunjuk daripada prestasi Wall Street yang mencapai paras tertinggi pada  Khamis minggu lepas sebelum ditutup untuk cuti umum pada Jumaat.

Sementara itu, pasaran disokong oleh sektor pembinaan dengan indeks Pembinaan meningkat  sebanyak 1.95 peratus hari ini.

Berita kerajaan telah memberi lampu hijau untuk Jalur 3 Transit Aliran Massa Lembah Klang (KVMRT) serta pengumuman  Kementerian Pengangkutan hari ini bahawa Laluan Rel Pantai Timur telah diubah semula ke jajaran asal telah merancakkan sentimen di kaunter pembinaan, tambah beliau.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik sembilan sen kepada RM8.34 dan IHH Healthcare menambah empat sen kepada RM5.33.

Public Bank turun dua sen kepada RM4.22, Petronas Chemical menyusut satu sen kepada RM7.99 dan Tenaga  jatuh empat sen kepada RM10.22.

Bagi kaunter aktif, Parkson naik tiga sen kepada 28 sen dan Matang menambah satu sen kepada 13 sen.

Waran Focus Dynamic turun setengah sen kepada satu sen, Berjaya lebih rendah satu sen kepada 44 sen dan Dagang Nexchange menyusut 4.5 sen kepada 86 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 12.35 mata kepada 11,755.45, FBM 70 melonjak 88.95 mata kepada 15,818.27, FBM Emas Syariah naik 13.45 mata kepada 13,019.30, FBMT 100 menambah 11.21 mata kepada 11,404.57 sementara FBM ACE turun 80.78 mata hingga 9,708.34.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan menyusut 14.22 mata kepada 7,031.32, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 0.07 mata kepada 193.95 tetapi Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 23.67 mata kepada 15,300.23.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 4.03 bilion saham bernilai RM2.34 bilion daripada 3.92 bilion saham bernilai RM2.39 bilion Jumaat minggu lepas.

Perolehan waran turun kepada 196.23 juta unit bernilai RM25.67 juta daripada 194.35 juta unit bernilai RM21.03 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 3.61 bilion saham bernilai RM436.54 juta daripada 2.50 bilion saham bernilai RM513.85 juta pada Jumaat lalu.

Produk dan perkhidmatan pengguna merangkumi 952.68 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan industri (1.06 bilion), pembinaan (238.27 juta), teknologi (492.67 juta), SPAC (sifarl), perkhidmatan kewangan (101.0 juta), hartanah (593.62 juta), perladangan (20.31 juta), REIT (8.22 juta), dana tertutup (28,100), tenaga (394.30 juta), penjagaan kesihatan (26.04 juta), telekomunikasi dan media (31.11 juta), pengangkutan dan logistik (86.04 juta) dan utiliti (21.29 juta).

– BERNAMA

Share249ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In