• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, July 12, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Untuk Seketika Sebelum Kembali Meningkat

in Market Update
A A
Kerugian Semalaman Wall Street Punca Bursa Malaysia, Serantau Dibuka Rendah Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 5 April (Bernama) —  Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini untuk seketika sebelum meningkat semula, mengambil petunjuk daripada prestasi yang lebih baik di Wall Street minggu lepas.

Dagangan di Wall Street telah didorong oleh sentimen positif daripada data pembuatan yang kukuh di seluruh dunia berserta penurunan hasil bon AS.

Pada 9.08 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 2.22 mata kepada 1,585.35 daripada 1,582.64 ketika penutupan urus niaga petang Jumaat minggu lepas.

Indeks utama dibuka 0.46 mata lebih rendah pada 1,586.51.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi 349 berbalas 150 sementara 345 kaunter tidak berubah, 1,287 tidak diniagakan dan lapan yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 492.45 juta saham bernilai RM180.01 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd menjangkakan bursa tempatan untuk kekal diniagakan secara berhati-hati hari ini selepas FBM KLCI menamatkan minggu sebelumnya agak lemah selepas penjualan mendadak pada Rabu lalu.

“Namun, kami berpendapat pelabur cenderung untuk tetap optimis terhadap saham teknologi yang mengakhiri urus niaga lebih positif minggu lepas di Wall Street.

“Oleh kerana beberapa pasaran global masih belum beroperasi kerana cuti umum, kami menjangkakan aktiviti urus niaga mungkin akan mereda hari ini dan FBM KLCI diunjur berlegar di bawah paras 1,600 psikologi buat masa ini,” katanya.

Bagi sektor yang menjadi tumpuan hari ini, firma penyelidikan itu mencadangkan saham teknologi sementara kaunter yang agak terbelakang membabitkan sektor hartanah dan pembinaan akan mendapat perhatian kerana sektor-sektor ini dianggap pulih dengan pasaran yang lebih meluas,” tambahnya.

 Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik tiga sen kepada RM8.28, Petronas Chemical meningkat tujuh sen kepada RM8.07 dan IHH Healthcare dua sen lebih tinggi pada RM5.31.

Public Bank dan Tenaga masing-masing kekal pada harga RM4.24 dan RM10.26.

Antara kaunter cergas pula, Parkson dan Barakah Offshore masing-masing menambah satu sen kepada  26 sen dan 13 sen, sementara Fintec Global, Nexgram dan Berjaya, masing-masing meningkat setengah sen kepada enam sen, 5.5 sen dan 45.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengembang 28.26 mata kepada 11,771.36, FBM 70 naik 73.29 mata kepada 15,802.61, FBMT 100 meningkat 25.78 mata kepada 11,419.14, FBM Emas Syariah menokok 43.53 mata kepada 13,049.38 dan FBM ACE melonjak 75.79 menunjuk kepada 9,864.91.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan naik 3.1 mata kepada 7,048.64 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri menambah 0.57 mata kepada 194.59 tetapi Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 0.30 mata kepada 15,276.26.

– BERNAMA

Share206ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In