• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Dnex Dan CGP Fund Peroleh Kepentingan 100 Peratus Dalam Silterra Khazanah

in Catalyst
A A
Saham DNEX Paling Aktif Didagangkan Susulan Rancangan Pengambilalihan

Gambar: The Malaysian Reserve

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) — Dagang NeXchange Bhd (DNeX) dan Beijing Integrated Circuit Advanced Manufacturing and High-End Equipment Equity Investment Fund Centre (CGP Fund) telah memeterai perjanjian jual beli saham dengan Khazanah Nasional Bhd. 

Perjanjian itu membabitkan cadangan pengambilalihan kepentingan 100 peratus dalam SilTerra Malaysia Sdn Bhd pada harga RM273 juta. 

DNeX dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata ia akan memperoleh 60 peratus kepentingan ekuiti dalam SilTerra manakala baki 40 peratus akan dimiliki CGP Fund.

“Pertimbangan pembelian 60 peratus DNeX akan mencecah kira-kira RM163.8 juta yang akan dibiayai melalui gabungan hasil yang akan dihimpunkan melalui cadangan tawaran persendirian, dana janaan dalaman dan/atau pinjaman. 

“Pengambilalihan ini akan selesai menjelang akhir suku kedua 2021 dengan suntikan modal dijangka dalam tempoh 180 hari selepas itu,” katanya. 

DNeX dan CGP Fund juga telah memberi suntikan modal sebanyak RM200 juta dengan cara melanggan saham biasa baharu yang akan diperuntukkan dan diterbitkan oleh SilTerra. 

“Daripada suntikan modal tersebut, kira-kira RM150 juta akan digunakan sebagai perbelanjaan modal bagi menaik taraf peralatan dan keupayaan pembuatan SilTerra dalam teknologi baharu dengan bakinya diperuntukkan sebagai modal kerja,” katanya.

Berdasarkan pegangan ekuiti DNeX sebanyak 60 peratus, suntikan modal oleh syarikat itu akan berjumlah kira-kira RM120 juta.

Pengarah Urusan Kumpulan DNeX, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata syarikat itu merancang untuk mengoptimumkan operasi sedia ada dan pengurusan sumber dalam menyesuaikan diri dengan perniagaan baharu bersama rakan kongsinya, CGP Fund. 

“Perkongsian ini juga akan bertindak sebagai pemangkin dalam membawa masuk ekosistem pemain teknologi antarabangsa yang mantap bagi memupuk rakyat serta kandungan Malaysia untuk pasaran global,” katanya. 

Pengambilalihan itu adalah sebahagian daripada pelan pengembangan dan kepelbagaian DNeX.

“Berada dalam industri pembuatan, penyatuan prestasi kewangan SilTerra, yang berada dalam bentuk pendapatan berulang daripada kontrak pembuatannya akan melengkapi pendapatan sedia ada DNeX,” katanya lagi.

— BERNAMA

Share239ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In