KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) — Dagangan di Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi hari ini lebih tinggi dengan indek utama meningkat 0.35 peratus, disokong oleh kaunter Top Glove dan TNB.
Pada rehat tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melonjak 5.48 mata kepada 1,578.99 daripada 1,573.51 ketika ditutup pada petang Rabu.
Indeks utama dibuka 6.46 mata lebih tinggi pada 1,579.97 dan bergerak antara 1,576.33 dan 1,586.26 sepanjang sesi pagi.
Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi dengan 615 berbalas 389 manakala 399 kaunter tidak berubah, 721 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.
Jumlah dagangan ialah 4.84 bilion saham bernilai RM2.04 bilion.
Top Glove meningkat 10 sen kepada RM4.62 dan TNB menokok 12 sen kepada RM10.24. Kedua-dua kaunter ini menguasai 2.82 mata daripada perolehan di indeks utama.
Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, FBM KLCI mencatatkan jualan lebihan semalam dan kegiatan membeli semasa harga murah mungkin muncul dalam waktu terdekat ini, mengambil petunjuk daripada keuntungan semalaman yang dicatatkan oleh saham teknologi.
Sementara itu, harga minyak sawit mentah meningkat, didorong oleh data eksport yang kukuh untuk bulan Mac 2021.
Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Public Bank menambah tiga sen kepada RM4.23, Petronas Chemicals naik lima sen kepada RM8.05 dan TNB dan Press Metal, masing-masing meningkat 12 sen kepada RM10.24 dan RM10.02.
Bagaimanapun, Maybank, IHH Healthcare dan CIMB masing-masing turun satu sen kepada RM8.24, RM5.31 dan RM4.33.
Bagi kaunter paling cergas, Dagang Nexchange naik 2.5 sen kepada 93.5 sen, JKG Land dan Yong Tai masing-masing meningkat tiga sen pada 13.5 sen dan 29.5 sen, MCT mengukuhkan lima sen kepada 34.5 sen, MK Land menokok 5.5 sen kepada 27.5 sen, Fintec tidak berubah pada enam sen dan Berjaya Corp susut 2.5 sen kepada 43 sen.
Di papan indeks, FBM 70 meningkat 45.65 mata kepada 15,519.22, Indeks FBM Emas mengembang 42.60 mata kepada 11,657.16, FBMT 100 lebih tinggi 37.73 mata pada 11,319.5, FBM Emas Syariah mengukuh 56.40 mata kepada 12,904.57 dan FBM ACE turun 8.97 menunjuk kepada 10,056.83.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 5.39 mata kepada 15.226.38, Indeks Perladangan meningkat 12.03 mata kepada 7,023.54 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 1.14 mata kepada 192.28.
– BERNAMA

