• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 15, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Meningkat Pada Awal Dagangan

in Market Update
A A
Kerugian Semalaman Wall Street Punca Bursa Malaysia, Serantau Dibuka Rendah Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) — Bursa Malaysia memulakan dagangan Khamis dengan menokok 0.70 peratus, didahului oleh saham-saham Public Bank dan Top Glove.   

Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 11.03 mata kepada 1,584.54 berbanding 1,573.51 yang dicatatkan pada Rabu.  

Indeks penanda aras itu menambah 6.46 mata kepada 1,579.97 sewaktu dagangan dibuka.

Di pasaran lebih meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 295 berbanding 155 manakala 266 kaunter lain tidak berubah, 1,408 lain tidak diniagakan manakala sembilan lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 463.33 juta saham bernilai RM179.87 juta.

Bursa Malaysia menyaksikan aktiviti jualan besar-besaran pada Rabu dengan indeks petunjuk utama susut 2.2 peratus, kebanyakannya disebabkan oleh kerugian dialami saham-saham sarung tangan.

Sementara itu, firma pembrokeran, Rakuten Trade Sdn Bhd berkata aktiviti jualan itu mungkin sudah berakhir dan akan disusuli oleh kegiatan memburu saham-saham berharga rendah pada dagangan hari ini.

“Kami mendapati dana asing turut menyertai pasaran dengan aliran masuk positif semalam dan menjangkakan indeks utama akan mencatat aliran melebihi paras 1,580 dengan 1,570 sebagai paras sokongan segera,” katanya dalam nota penyelidikan.

Kaunter Top Glove dan Public Bank masing-masing meraih lapan sen kepada RM4.60 dan RM4.28 yang turut menyumbang sebanyak 4.13 mata kepada indeks utama. 

Saham-saham wajaran tinggi lain seperti Maybank naik tiga sen kepada RM8.28, Public Bank meningkat lapan sen kepada RM4.28, Petronas Chemicals meraih satu sen kepada RM8.01, TNB menokok 10 sen kepada RM10.22 manakala IHH Healthcare tidak berubah pada RM5.32. 

Bagi saham aktif, Dagang Nexchange mengukuh enam sen kepada 97 sen, Zelan naik 4.5 sen kepada 15.5 sen, Berjaya Corp meningkat 2.5 sen pada 48 sen, Berjaya Land menokok 4.5 sen kepada 45 sen, Fintec tidak berubah pada enam sen dan Matang jatuh satu sen kepada 11.5 sen.

Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas meningkat 70.49 mata kepada 11,685.05, FBM 70 meraih 45.09 mata kepada 15,518.66, FBMT 100 naik 66.92 mata kepada 11,348.69, FBM ACE menambah 32.14 mata kepada 10,097.94 dan FBM Emas Shariah melonjak 67.57 mata kepada 12,915.74.    

Mengikut sektor pula, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 94.3 mata kepada 15,315.29, Indeks Perladangan naik 16.72 mata kepada 7,028.23 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 1.24 mata kepada 192.38.   

— BERNAMA

Share208ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In