Setiap 3 bulan sekali, syarikat yang tersenarai di pasaran saham wajib untuk mengeluarkan laporan kewangan iaitu Quarter Report.
Jom kita tengok beberapa fakta menarik mengenai Quarter Report ini, dan cara-cara untuk memperhalusinya dengan lebih mendalam.
1. Dapat membaca Quarter Report (QR) sesebuah syarikat adalah salah satu kunci pemahaman terhadap prestasi syarikat. Jika dalam dunia saham, kita akan tahu Fundamental Analysis dan Technical Analysis sangatlah penting untuk kita kuasai sebelum melakukan pelaburan.
Di sini kita boleh tekankan bahawa mendalami QR boleh membantu kita untuk mengenali lebih lagi Fundamental sesebuah syarikat.
2. Bagaimana yang dikatakan Fundamental syarikat tersebut? Kita akan kaji perkara-perkara seperti prestasi kewangan syarikat, kemampuan sesebuah syarikat untuk berkembang dan lain-lain.
Apabila berbincang tentang saham, perkara yang kita fokuskan adalah pegangan kita terhadap suatu syarikat. Sudah semestinya syarikat tersebut wajib dan bertanggungjawab untuk melaporkan laporan kewangan mereka secara berkala terutamanya kepada pegangan saham yang umum.
Laporan itu yang kita panggil sebagai Quarter Report.
3. Laporan suku tahunan syarikat ini merupakan laporan semasa syarikat, dikenali juga sebagai interim financial report. QR mempunyai 4 laporan suku (quarter) dalam 1 tahun perakaunan.
Contoh sekiranya tempoh perakaunan sesebuah syarikat itu bermula tersenarai di Bursa pada 1 Januari 2020, maka tarikh akhir tahun itu merupakan 31 Disember 2020.
4. Di sini syarikat tersebut haruslah mengeluarkan QR 4 kali untuk setiap suku. Kebiasaannya bulan QR yang dikeluarkan adalah Februari, Mei, Ogos dan November.
Jika sesebuah syarikat itu bermula 1 Januari, tempoh susunan quarter adalah seperti Januari sehingga Mac adalah suku pertama. Suku kedua ialah April sehingga Jun. Suku ketiga pula ialah Julai sehingga September. Suku terakhir ialah Oktober sehingga Disember.
5. Setiap satu syarikat yang tersenarai pegangan sahamnya wajib menyediakan QR bagi orang umum. Hal ini adalah kerana QR merupakan satu keperluan yang telah digariskan oleh Security Commisions Malaysia.
Sekiranya syarikat tersebut gagal untuk mengemukakan laporan ini, mereka akan diberi amaran dan bahkan mungkin boleh dibuang senarai daripada Bursa. Setelah berkenalan dengan QR, kita juga harus tahu kepentingan QR ini.

6. QR ini dapat melaporkan prestasi syarikat kepada pemengang saham. Sebagai seorang pelabur yang baik, kita pasti ingin melihat perkembangan syarikat yang kita ingin melaburkan saham.
Dalam laporan ini, syarikat haruslah telus dan transparent dengan perkembangan dan perubahan mereka. Seperti perubahan struktur korporat syarikat, pemberian dividen, pembelian aset baru dan lain-lain.
Kedua, dapat melihat perancangan hadapan syarikat.
Ketiga, boleh mengukur kesihatan kewangan syarikat. Daripada QR kita akan dapat membandingan kewangan sesebuah syarikat dari satu suku tahun dan satu suku tahun lagi.
Keempat, QR juga adalah untuk membuat keputusan samada teruskan pelaburan atau tidak. Dalam QR kita akan dapat memperhalusi kerugian atau kenaikan keuntungan sesebuah syarikat yang akan memberi kesan kepada keputusan dalam melabur dalam satu syarikat itu.
Apakah kaedah utama untuk memahami QR dengan baik? Kita akan kupaskan satu per satu sejarah QR ini.
Kita dapat lihat adanya date, yang mana menunjukkan tarikh keluarnya QR itu.
Seterusnya terdapat financial year. Financial year ini akan menunjukkan tahunan perakaunan sesebuah syarikat.
Sebelahnya pula quarter, quarter seperti yang telah kupaskan itu akan menunjukkan suku ke berapa mengikut tahun.
Revenue, yang mana memberikan informasi seberapa banyak jualan produk atau servis syarikat termasuklah jumlah keuntungan dan kos modal mereka. Jika sesebuah syarikat itu dilihat melakukan kenaikan revenue pada setiap suku atau setiap tahun, ini akan memberi signal bahawa syarikat tersebut merupakan sebuah syarikat yang baik.
Profit before tax (PBT) atau keuntungan sebelum cukai. PBT ini berkait dengan net profit bersebelahan dengannya.
Net profit ini pula keuntungan bersih selepas tolak cukai dan kebiasaannya net profit akan berkurang dari PBT. Tetapi sekiranya net profit lebih besar jumlahnya daripada PBT ini terdapat beberapa sebab, seperti syarikat tersebut terlebih bayar cukai dan dipulangkan semula cukai tersebut (refund tax).
Quarter of quarter (QoQ) pula adalah perbezaan keuntungan bersih antara suku tahun dengan suku tahun sebelumnya.

7. Year of year (YoY) adalah perbezaan keuntungan bersih antara satu tahun dengan tahun sebelumnya.
Mari kupas pula tentang komponen penting dalam QR penuh.
Unaudited Financial Statement. Untuk Unaudited Financial Statement ini terdapat 4 bahagian iaitu penyata pendapatan (income statement atau statement of comprehensive income), kunci kira-kira(balance sheet atau statement of financial position), penyata ekuiti(statement of equity),penyata pengeluaran kewangan(statement of cash flow).

Seterusnya Seasonal or Cyclical Factors. Bahagian ini kita akan perhatikan adakah sesebuah syarikat itu mempunyai kesan daripada apa-apa industry cyclical atau seasonal factors.
Hal ini amatlah penting kerana sekiranya apa-apa berlaku kepada suatu industri itu, syarikat yang terlibat dengan faktor musim ini juga akan memberi kesan kepada prestasi harga sahamnya dalam pasaran.
Segment Information. Pada bahagian ini dapat kita kupaskan tentang cabang perniagaan yang sesebuah syarikat itu jalankan. Hal ini kerana mana-mana syarikat sememangnya akan ada satu fokus perniagaannya yang utama, tetapi kita perlu juga ambil tahu tentang cabang-cabang lain yang syarikat tersebut ceburi.
Contohnya seperti Uzma Bhd merupakan syarikat Oil and Gas tetapi mereka juga berada dalam sektor servis tenaga solar.
Selain itu, komponen yang penting kita perlu titik beratkan adalah Changes in the Compostion of the Group. Hal ini berkaitan dengan perubahan dalam suatu struktur korporat sesebuah syarikat sama ada penambahan atau pengurangan anak syarikat.

Di samping itu, kita harus juga memerhatikan Review of Performance, yang mana akan menerangkan tentang apa yang berlaku pada prestasi kewangan suku tahun tertentu.
Di bahagian ini juga kitab oleh membandingkan prestasi quarter semasa sekarang dengan quarter semasa tahun lepas. Pada bahagian ini berbeza dengan yang telah kita kupaskan tadi, bahagian review of performance ini akan memaklumkan tentang punca kenaikan atau penurunan prestasi mengikut suku tahun itu.
Comparison with Preceding Quarter’s Results. Berbanding Review of Performance, bahagian ini menjelaskan tentang sebab perubahan quarter dengan quarter sebelumnya sahaja.
Prospect for the Financial Year Ended atau Current Prospect. Bahagian ini amatlah penting seperti fungsi jantung dalam badan.
Hal ini kerana pada bahagian inilah kita akan mengetahui lebih lagi tentang perancangan syarikat pada masa hadapan dalam memastikan syarikat terus berkembang. Prospect ini juga akan memberi pentujuk awal hala tuju syarikat.
Status of Corporate Proposals, yang mana diceritakan tentang apa-apa sahaja status syarikat buat yang masih dalam perbincangan. Perbicangan ini termasuklah projek, pemerolehan projek dan lain-lain.
Utilization of Proceeds from the Public Issue. Bahagian ini menjelaskan tentang perkembangan semasa apa yang syarikat telah dapat capai atau selesaikan daripada penerimaan duit IPO.
Kebiasaannya bahagian ini cuma ada pada QR syarikat yang terbaharu sahaja. Syarikat-syarikat yang telah lama tersenarai dalam Bursa tidak akan menunjukkan bahagian ini.
Material Litigation yang bermaksud perkembangan berkaitan apa-apa kes mahkamah dan undang-undang yang sedang berjalan terhadap syarikat. Sekiranya syarikat banyak terlibat dengan kes-kes mahkamah hendaklah kita hindari sebagai pelabur yang berpotensi.
8. Secara kesimpulannya, kita dapat tahu bahawa QR ini amatlah penting untuk seorang pelabur memahami dan mendalami kerana ini akan memberi kesan kepada pelaburan kita pada masa hadapan nanti.
Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus ke?

Bila dah dapat rentak dalam dunia pelaburan saham ini, mesti kita bersemangat nak capai tujuan utama kita iaitu nak menggandakan duit pelaburan yang dilaburkan. Betul tak?
Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal.
Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.
Best ke formula ni?
Tak susah ke?
Nak tahu apa istimewa sangat formula ini?
Dapatkan eBook CANSLIM -> https://thekapital.my/Ebook-CANSLIM



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)