• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Dagangan Di Bursa Malaysia Ditutup Teramat Rendah, Indeks Utama Susut 2.09 Mata

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) — Bursa Malaysia ditutup teramat rendah pada urus niaga Selasa dengan indeks utama menyusut 0.13 peratus, terjejas oleh kegiatan jualan membabitkan saham berwajaran tinggi yang diketuai oleh Top Glove.   

Pada pukul 5 petang, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.09 mata kepada 1,609.19 daripada 1,611.28 pada penutupan petang Isnin.

Indeks utama dibuka 5.13 mata lebih rendah pada 1,606.15 dan bergerak antara 1,601.08 dan 1,610.61 sepanjang urus niaga hari ini.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung dengan 649 berbalas 414 manakala 441 kaunter tidak berubah, 695 tidak diniagakan dan 93 yang lain digantung.

Jumlah dagangan susut kepada 5.78 bilion saham bernilai RM3.59 bilion daripada 6.71 bilion saham bernilai RM3.58 bilion sebelumnya.

Ahli ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim berkata bursa tempatan telah diheret turun oleh Top Glove yang jatuh lebih daripada 5.0 peratus.

Saham Top Glove merosot teruk selepas Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat mengarahkan pegawainya di semua pintu masuk pelabuhan AS untuk merampas sarung tangan pakai buang yang dihasilkan di Malaysia oleh pengeluar sarung tangan itu.

Jabatan itu mendakwa produk sarung tangan pakai buang itu telah dihasilkan atau dibuat dengan menggunakan buruh paksa,

Top Glove menyusut 27 sen atau 5.35 peratus kepada RM4.78 dengan 68.15 juta unit bertukar tangan.

Sementara itu, kebanyakan pasaran serantau diniagakan lebih tinggi hari ini dengan Nikkei 225 Jepun meningkat 0.16 peratus kepada 29,432.70, Indeks Hang Seng Hong Kong naik 0.84 peratus kepada 28,577.50 dan Indeks Straits Times Singapura menokok 0.61 peratus kepada 3,194.80.

“Pasaran serantau seperti Hong Kong dan Jepun berada dalam zon menaik hari ini, berlawanan dengan Malaysia, maka kemungkinan kegiatan membeli akan berlaku esok dan boleh membantu melonjakkan FBM KLCI,” kata Adam kepada Bernama.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi yang lain, Maybank naik dua sen kepada RM8.40, Public Bank meningkat lima sen kepada RM4.28, TNB lebih tinggi sebanyak enam sen kepada RM10.40, IHH Healthcare melonjak 13 sen kepada RM5.43, CIMB menambah dua sen kepada RM4.46 , Petronas Chemicals tidak berubah pada RM8.10 dan Axiata turun enam sen kepada RM3.79.

Bagi kaunter aktif, Berjaya Corp meningkat enam sen kepada 39.5 sen, Dagang NeXchange naik dua sen kepada 90.5 sen, Permaju Industries menambah satu sen kepada 19 sen, Flexidynamic yang baharu disenaraikan di Pasaran ACE melonjak 23 sen kepada 43 sen, Widad turun tujuh sen kepada 58.5 sen dan Macpie menyusut 9.5 sen kepada 21 sen.

Di papan indeks, FBM 70 meningkat 0.58 mata menjadi 15,602.37, Indeks FBM Emas turun 12.05 mata kepada 11,822.77, FBMT 100 menyusut 10.94 mata kepada 11,495.04, FBM Emas Syariah lebih rendah 44.23 mata kepada 13,089.39 dan FBM ACE merosot 251.2 mata kepada 10,232.89.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 39.80 mata kepada 15,458.91, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.67 mata kepada 193.53 dan Indeks Perladangan menambah 38.21 mata kepada 7,134.67.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama sedikit rendah pada 3.83 bilion saham bernilai RM2.92 bilion daripada 3.88 bilion saham bernilai RM2.64 bilion pada hari Isnin.

Perolehan waran turun kepada 250.08 juta unit bernilai RM36.92 juta daripada 278.35 juta unit bernilai RM44.94 juta semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE menurun kepada 1.69 bilion saham bernilai RM631.33 juta daripada 2.54 bilion saham bernilai RM891.53 juta pada Isnin.

Produk dan perkhidmatan pengguna merangkumi 894.71 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan industri (1.28 bilion), pembinaan (193.42 juta), teknologi (503.87 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (68.87 juta), hartanah (355.78 juta), perladangan (19.91 juta), REIT (5.57 juta), dana tertutup (14,100), tenaga (219.95 juta), penjagaan kesihatan (113.43 juta), telekomunikasi dan media (40.18 juta), pengangkutan dan logistik (107.39 juta) dan utiliti (26.02 juta).

– BERNAMA

Share222ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In