KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih rendah kerana kekurangan kegiatan susulan.
Pada rehat tengah hari, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut di bawah paras 1,600 dengan indeks utama jatuh sebanyak 2.95 mata kepada 1,598.47 daripada 1,601.42 pada penutupan urus niaga petang Jumaat minggu lepas.
Indeks utama dibuka 2.17 mata lebih tinggi pada 1,603.59 dan bergerak antara 1,597.83 dan 1,606.91 sepanjang sesi pagi.
Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung dengan 544 berbalas 407 sementara 446 kaunter tidak berubah, 835 tidak diniagakan dan 51 yang lain digantung.
Jumlah dagangan ialah 4.01 bilion saham bernilai RM1.94 bilion.
Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik tiga sen kepada RM8.28, Public Bank meningkat satu sen kepada RM4.20, Petronas Chemicals melonjak 16 sen kepada RM8.06, TNB lebih tinggi sebanyak lapan sen kepada RM10.88, IHH Healthcare turun sembilan sen kepada RM5. 32 dan CIMB menyusut enam sen kepada RM4.38.
Antara kaunter yang cergas pula, Berjaya Corp naik 2.5 sen kepada 33 sen, Widad meningkat tujuh sen kepada 62.5 sen, Straits Inter Logistics bertambah 1.5 sen kepada 25 sen, Mestron menokok satu sen kepada 29 sen, Macpie turun 10.5 sen kepada 36 sen sementara Fintec jatuh setengah sen kepada 6.5 sen.
Di papan indeks, FBM 70 naik 25.81 mata kepada 15,576.27, Indeks FBM Emas susut 10.68 mata kepada 11,767.61, FBMT 100 merosot 10.63 mata kepada 11,433.35, FBM ACE lega 14.74 mata kepada 10,502.37 dan FBM Emas Syariah jatuh 6.08 mata hingga 13,072.08.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 7.02 mata kepada 15,307.31, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 1.22 mata kepada 192.63 dan Indeks Perladangan turun 17.19 mata kepada 7,083.26.
— BERNAMA

