“Pernah minum susu Ducth Lady? Siapa owner syarikat ni?”
Dutch Lady Milk Industries Berhad (KLSE: 3026) (DLADY) adalah sebuah syarikat tenusu yang tersenarai di Bursa Malaysia.
Syarikat ini beroperasi di tapak penghasilannya yang terletak di Petaling Jaya, Selangor. DLADY menghasilkan dan menjual produk-produk tenusu di bawah beberapa jenama seperti:-
- Dutch Lady
- Dutch Baby
- Friso Gold
Kini, DLADY mempunyai nilai pasaran semasa RM2.28 bilion. Mari kita lihat 10 perkara ini sebelum nak melabur saham DLADY.
1. Keputusan Kewangan 10-Tahun Terkini
DLADY telah menjana lebih daripada RM1 bilion setahun di dalam perolehan pada tahun 2014 sehingga tahun 2019 dan perolehan ini mula meningkat sejak tahun 2019 atas faktor peningkatan permintaan pasaran.
Selain itu, DLADY telah merekodkan peningkatan untuk keuntungan bersih daripada RM60.4 juta pada tahun 2009 kepada RM149.1 juta pada tahun 2016.
Selepas tempoh itu, keuntungan bersihnya telah menurun kepada RM103.0 juta pada tahun 2019.

Penurunan ini adalah disebabkan oleh peningkatan kos bahan mentah dan juga impak daripada penurunan nilai Ringgit Malaysia di pasaran global.
DLADY telah mencatatkan penurunan dalam Net Profit Margin (NPM) daripada 14.23% pada tahun 2016 kepada 9.65% pada tahun 2020.
2. Pengurusan Aliran Tunai
Pada tahun 2010 sehingga tahun 2019, DLADY telah menjana RM1.39 bilion dalam aliran tunai operasi dan RM32.4 juta di dalam pendapatan faedah.
Daripada jumlah tersebut, DLADY telah membayar:
- RM 164.9 juta di untuk pembelian property, plant & equipment (PPE).
- RM 1.22 bilion di untuk dividen kepada pemegang saham.
- RM 27.4 juta di untuk kos faedah.
DLADY mampu menjana aliran tunai operasi positif secara berterusan dan membolehkan syarikat ini membayar dividen secara berterusan pada masa 10 tahun tersebut.
3. Keputusan Kewangan 12 Bulan Terkini
Untuk tempoh 12 bulan terkini, DLADY telah menjana RM1.10 bilion dalam perolehan dan RM 73.36 juta dalam keuntungan bersih bersamaan dengan RM1.146 dalam Earnings Per Share (EPS).
Ia adalah pertama kali DLADY merekodkan keuntungan bersih kurang daripada RM100 juta setahun.
Hal ini disebabkan oleh kos bahan mentah yang meningkat pada tahun 2020, berbanding dengan 2019.


4. Kedudukan Kewangan Terkini
Pada suku keempat tahun 2020, DLADY merekodkan RM8.1 juta dalam liabiliti bukan semasa dan RM166.6 juta dalam ekuiti pemegangan saham. Maka, nisbah hutang terkini untuk DLADY adalah 4.85%.
Pada masa tersebut, ia telah merekod RM288.4 juta dalam aset bersih dan RM324.2 juta dalam liabiliti semasa. Maka, nisbah semasa bagi DLADY adalah 0.89.
5. Pemilik Utama DLADY
Pada 12 Mei 2020, 5 pemegang utama DLADY adalah seperti berikut:

6. Pelupusan Tapak Penghasilannya di Petaling Jaya
Pada 10 Mac 2021, DLADY telah menandatangani Conditional Sale and Purchase Agreement (SPA) untuk melupuskan tapak penghasilannya.
Ini termasuk kilang, gudang, bilik beku dan pejabat yang terletak di Petaling Jaya, Selangor pada harga sebanyak RM200.0 juta kepada UEM Land Bhd.
Saat itu, DLADY menyewa balik tapak penghasilannya pada harga RM500,000 setiap bulan untuk tempoh 2 tahun.
DLADY mempunyai pilihan untuk memperbaharui perjanjian sewa untuk 2 tema (6 bulan untuk setiap tema) setelah perjanjian sewanya tamat.
7. Tapak Penghasilan Baru di Bandar Baru Enstek, Negeri Sembilan
Pada 19 Mac 2020, DLADY telah membeli tiga lot tanah milik kekal bersaiz 32.59 ekar di Bandar Baru Enstek, Negeri Sembilan dengan harga sebanyak RM59.79 juta daripada Pelaburan Hartanah Bhd (PHB).
Mulai 2021, DLADY telah mengemukakan bahawa mereka bercita – cita untuk melabur RM340 juta ke dalam pembinaan tapak penghasilan baru pada tiga lot tanah dibeli olehnya.
8. P/E Ratio
Pada 22 Mac 2021, harga saham DLMI adalah RM 35.74.
Ia adalah penurunan lebih kurang 40% jika dibandingkan dengan lebih RM60 setiap saham yang direkodkan pada tahun 2017 sehingga tahun 2019.
Pada 2016, DLADY telah merekodkan RM149.1 juta di dalam keuntungan bersih.
Pada 2020, keuntungan bersihnya adalah RM73.4 juta, iaitu penurunan hampir 50% jika dibandingkan dengan keuntungan bersihnya pada 2016.
Pada 30 Disember 2016, harga DLADY ialah RM55.56 setiap saham dan merekodkan RM2.33 di dalam earnings per share (EPS). Jadi, P/E Ratio bagi DLADY pada 2016 adalah 23.72.
P/E Ratio (2016):
= Harga Saham / EPS
= RM 55.56 / RM 2.33
= 23.72
Pada tahun 2020, DLADY merekodkan RM1.146 di dalam EPS. Maka, P/E Ratio terkini bagi DLADY adalah 31.19.
P/E Ratio (2020):
= Harga Saham / EPS
= RM 35.74 / RM 1.146
= 31.19
Persoalan kepada pelabur semua: ‘Adakah kejatuhan harga DLADY merupakan satu diskaun ataupun satu refleksi kepada prestasi kewangan terkininya?’
9. P/B Ratio
Sejak tahun 2011, DLADY telah mengurangkan ekuiti pemegangan saham daripada RM259.2 juta pada tahun 2011 kepada RM166.6 juta pada tahun 2020.
Penurunan ini berpunca daripada pembayaran dividen berlebihan kepada pemegang sahamnya terutamanya pada tahun 2012 sehingga tahun 2014 dan pada tahun 2017.
Maka, pengiraan P/B Ratio terkini untuk DLADY tidak diberikan kerana ianya tidak memberi makna kepada pelabur.

10. Kadar Dividen
Untuk tempoh 12 bulan terkini, DLADY telah membayar sebanyak 80 sen di dalam dividen sesaham. Ianya merupakan nilai yang terendah sejak tahun 2012.
Maka, kadar dividen terkini DLADY yang terkini adalah 2.24% setahun.
Kadar Dividen Terkini:
= (DPS 12-Bulan Terkini / Harga Saham) x 100%
= (RM 0.80 / RM 35.74) x 100%
= 2.24%

Perbandingan kadar dividen terkini dengan kadar dividen lepas tidak diberikan kerana perbandingan ini adalah lebih bermakna jika syarikat berkenaan membayar dividen secara meningkat dan berterusan untuk tempoh 10 tahun terkini.
Kesimpulan:
Hasil daripada kajian mengenai Dutch Lady secara holistik, kami mendapati,

Selepas melihat data, statistik dan informasi di atas, wajarkah kita melabur di dalam saham DLADY? Itu semua bergantung kepada pemahaman dan kekuatan kewangan anda.
Ian Tai merupakan Content Producer yang telah menyumbang 500+ artikel mengenai pengurusan kewangan peribadi kepada laman-laman web kewangan terkemuka di Malaysia dan Singapura seperti KCLau.com, the Fifth Person, Value Invest Asia dan Small Cap Asia.
Nak Tahu Tenik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.
Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?
Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.
Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.
Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.
Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB
✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?
Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB




![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)