• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Kerana Kekurangan Pemangkin Baharu

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Kekal Bercampur-Campur Pada Sesi Tengah Hari
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) — Dagangan di Bursa Malaysia terus menyusut ketika dibuka untuk urus niaga pagi ini dan dijangka berada dalam mod stabil dengan sentimen pasaran kekal berhati-hati berikutan ketiadaan pemangkin baharu di tengah-tengah harga minyak mentah dan minyak sawit mentah yang rendah.

Pada 9.06 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 1.66 mata kepada 1,596.07 daripada 1,597.73 mata ketika ditutup semalam (Khamis).

Bagaimanapun pada 9 pagi ini, indeks utama dibuka 1.01 mata lebih tinggi pada 1,598.74.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi dengan 226 berbalas 180 manakala 334 kaunter tidak berubah, 1,492 tidak diniagakan dan 45 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 331.55 juta saham bernilai RM137.4 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, memandangkan minat perdagangan yang lemah di pasaran, peniaga akan lebih bersikap berpilih dalam mencari peluang perdagangan.

Sementara itu, sektor yang menjadi tumpuan ialah pembinaan, bahan binaan dan hartanah selepas berita mengenai Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang muncul di media semalam.

“Dalam pada itu, sektor bertemakan pemulihan seperti pengguna masih akan diperhatikan, sementara saham teknologi mungkin pulih, disokong oleh prestasi positif semalaman di Nasdaq.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank tidak berubah pada RM8.23, PBBank dan Tenaga masing-masing naik dua sen kepada RM4.19 dan RM10.78, PChem turun tujuh sen pada RM7.98 dan IHH serta CIMB kedua-duanya tidak berubah, masing-masing pada RM5.41 dan RM4.46.

Bagi kaunter paling cergas, HiapTeck dan warannya masing-masing naik 1.5 sen kepada 48.5 sen dan 11.5 sen, Widad meningkat 1.5 sen kepada 51.5 sen, MMAG turun satu sen kepada 34 sen dan HBGlob 1.5 sen lebih tinggi pada 27 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 3.52 mata kepada 11,732.82, FBMT 100 turun 4.41 mata kepada 11,405.20 dan FBM Emas Syariah lebih rendah 10.81 mata kepada 13,030.78.

Indeks FBM ACE bagaimanapun naik 2.01 mata pada 10,364.85 dan FBM 70 menambah 22.72 mata kepada 15,495.59.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 31.47 mata kepada 15,279.47, sementara Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.31 mata kepada 191.16, dan Indeks Perladangan kerugian 6.67 mata kepada 7,075.68.

– BERNAMA

Share208ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In