• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Agak Lemah Ketika Akhiri Sesi Dagangan Tengah Hari

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini agak rendah selepas menyaksikan urus niaga tidak menentu sepanjang sesi berkenaan hari ini.

Pada 12.30 tengah hari, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 0.69 mata kepada 1,597.04 daripada 1,597.73 ketika ditutup pada urus niaga petang Khamis.

Indeks utama dibuka 1.01 mata lebih tinggi pagi ini pada 1,598.74 dan bergerak antara 1,593.24 dan 1,599.69 sepanjang sesi urus niaga pagi.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi dengan 553 berbalas 373 manakala 417 kaunter tidak berubah, 889 tidak diniagakan dan 45 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 3.47 bilion saham bernilai RM1.68 bilion.

Menurut Rakuten Trade, ekuiti Amerika Syarikat pada masa ini berada di persimpangan antara pemulihan ekonomi dan kehilangan rangsangan, justeru, ketidakpastian pasaran yang berterusan adalah dijangkakan.

“Walaupun kami menjangkakan pasaran serantau akan mengalami beberapa situasi tidak menentu, kami dapati ada sejumlah dana asing memasuki Asia dan terdapatnya pengumpulan dana asing semalam. Oleh itu, kami unjurkan kebanyakannya pasaran serantau ditutup kukuh hari ini,” katanya.

Firma penyelidikan itu turut menyatakan FBM KLCI mungkin menyaksikan mod stabil dan bergerak dalam lingkungan julat yang kecil antara 1,595-1,605 hari ini dengan para pelabur akan memantau perkembangan politik tempatan yang akan berlaku pada hujung minggu ini.

Dalam kalangan kaunter berwajaran tinggi, Maybank naik satu sen kepada RM8.24, PBBank meningkat dua sen kepada RM4.19, PChem turun lapan sen pada 7.97 dan IHH lega tujuh sen pada RM5.34.

Bagi kaunter paling cergas pula, Matang bertambah 1.5 sen kepada 12.5 sen, Widad meningkat lima sen pada 55 sen, Komark naik 4.5 sen pada 36 sen sementara DNex turun setengah sen pada 95.5 sen sementara warannya 1.5 sen lebih tinggi pada 35.5 sen .

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menambah 5.23 mata kepada 11,741.58, FBMT 100 naik 0.09 mata menjadi 11,409.70, FBM ACE melonjak 100.64 mata kepada 10,463.48 dan FBM 70 menokok 19.49 mata kepada 15,492.36.

Bagaimanapun, FBM Emas Syariah menyusut 1.14 mata kepada 13,040.46.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan untung 10.67 mata kepada 15,258.66, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.01 mata kepada 191.48 dan Indeks Perladangan mengukuh 24.85 mata kepada 7,107.20.

– BERNAMA

Share213ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In