PPB Group Berhad (KLSE: 4065) (PPB) merupakan sebuah syarikat pelaburan yang tersenarai di Bursa Malaysia.
Syarikat ini menumpukan pelaburannya di dalam bidang perladangan dan penapisan kelapa sawit, penghasilan oleochemical, biodiesel, specialty fats.
Syarikat ini juga terlibat dalam pembuatan bahan makanan seperti minyak masak, beras, tepung, dan gula.
Nilai pasaran semasa syarikat PPB adalah sebanyak RM26.1.
Mari kita lihat 10 perkara ini sebelum melabur saham PPB:
1. PPB ialah Pemegang Saham Terbesar Wilmar International Ltd (Wilmar)
PPB mempunyai 18.48% pegangan saham dalam Wilmar. PBB merupakan di antara syarikat dalam bidang pertanian yang tersenarai terbesar di Asia dengan nilai pasaran bernilai USD34.8 bilion atau RM105.9 bilion.
Wilmar telah membina satu perniagaan model yang berintegrasi dan ia beroperasi dengan aset yang disenaraikan seperti berikut:

Secara ringkasnya, prestasi kewangan untuk Wilmar dalam Ringgit Malaysia (RM) dan jumlah dividen diterima daripadanya adalah seperti berikut:

Buat masa ini, Wilmar meruupakan aset terbesar dan juga penyumbang keuntungan yang terbesar syarikat ini.
2. Segmen Beras dan Perniagaan Pertanian
Selain Wilmar, PPB juga menjana sebahagian besar daripada keuntungan bersihnya daripada segmen beras dan perniagaan pertanian. Segmen ini beroperasi dengan:

Segmen ini telah menyumbang RM213.0 juta dalam keuntungan sebelum cukai (PBT) pada tahun 2019 kepada PPB.

3. Perniagaan Lain-Lain PPB
PPB juga menjalani pelbagai jenis perniagaan seperti:

Sumbangan daripada segmen ini kepada PPB adalah kecil jika dibandingkan dengan Wilmar dan segmen beras dan perniagaan pertanian.
4. Keputusan Kewangan Keseluruhan (2011-2019)
Pada tahun 2011 sehingga tahun 2019, secara puratanya, PPB telah merekodkan sebanyak RM1 bilion dalam keuntungan bersih untuk setiap tahun.

Pada masa itu, PPB mencapai purata Return on Equity (ROE) sebanyak 5.68% setahun.
5. Pengurusan Aliran Tunai (2011-2019)
Pada tahun 2011 sehingga tahun 2019, PPB telah menjana sebanyak RM4.6 bilion dalam aliran tunai operasi, dividen dari associates (terutamanya daripada Wilmar) dan faedah daripada pelaburannya ke dalam instrument kewangan dan bank.
Daripada jumlah tersebut, PPB telah membayar:
– RM1.4 bilion untuk pembelian bersih property, plant, equipment, biological assets dan intangible assets.
– RM557.9 juta untuk pemulangan bersih hutang jangka panjang.
– RM2.8 bilion untuk pembayaran dividen kepada pemegang sahamnya.
PPB telah berjaya mengekalkan baki tunainya lebih daripada RM1bilion di dalam masa 9 tahun tersebut.
Jadi, terbukti bahawa PPB merupakan sebuah syarikat yang berupaya untuk menjana aliran tunai secara positif daripada operasi dan pelaburannya dan ini membolehkannya membayar dividen yang konsisten pada masa tersebut kepada pemegang sahamnya.

6. Kedudukan Kewangan Terkini
Pada suku ketiga tahun 2020, PPB telah mencatatkan RM350.8 juta dalam liabiliti bukan semasa dan RM22.0 bilion dalam ekuiti pemegang saham.
Maka, nisbah hutang terkini bagi PPB adalah 1.59%. Pada masa tersebut, PPB telah mencatatkan RM3.07 bilion dalam aset bersih dan RM986.7 juta dalam liabiliti semasa. Jadi, nisbah semasa PPB terkini adalah 3.12.
7. Keputusan Kewangan 12 Bulan Terkini
Untuk tempoh 12 bulan lalu, PPB telah menjana RM1.29 bilion dalam keuntungan bersih atau 90.08 sen dalam earnings per share (EPS).

8. P/E Ratio
Pada 17 Februari 2021, harga seunit saham PPB ialah RM 18.36. Jadi, P/E Ratio terkini adalah 20.38 jika ia dibandingkan dengan EPS-nya bagi 12 bulan terkini sebanyak 90.08 sen.
Kalau kita bandingkan dengan P/E Ratio untuk tahun-tahun yang lepas (2011 – 2019), nilai nisbah terkini adalah berdekatan dengan daripada purata dalam 9 tahun tersebut.
P/E Ratio Terkini (12 Bulan EPS)
= Harga Saham Terkini / EPS 12 Bulan Terkini
= RM 18.36 / RM 0.9008
= 20.38

9. P/B Ratio
Pada suku ketiga tahun 2020, PPB telah merekod sebanyak RM15.48 di dalam aset bersih bagi sesaham. Maka, P/B Ratio PPB terkini adalah 1.19.
Jika kita membandingkan ia dengan P/B Ratio untuk tahun-tahun yang lepas (2011 – 2019), ia adalah lebih rendah daripada purata dalam 9 tahun tersebut.
P/B Ratio Terkini
= Harga Saham Terkini / Aset Bersih bagi Sesaham
= RM 18.36 / RM 15.48
= 1.19

10. Kadar Dividen
Pada tahun 2019, PPB telah mengumumkan bahawa ia akan membayar 31.0 sen di dalam dividends per share (DPS). Maka, kadar dividennya terkini adalah 1.69% setahun.
Jika ia dibandingkan dengan kadar dividen dengan tahun-tahun yang lepas (2011 – 2019), ia terletak di antara kadar dividen purata dan tertinggi pada masa tersebut.
Kadar Dividen Terkini
= (Dividen Terkini / Harga Saham Terkini) x 100%
= (RM 0.31 / RM 18.36) x 100%
= 1.69%

Kesimpulan:
Secara kesimpulan, kami mendapati:

Jadi, wajarkah anda melabur ke dalam saham PPB? Tepuk dada, tanyalah selera.
Ian Tai merupakan Content Producer yang telah menyumbang 500+ artikel mengenai pengurusan kewangan peribadi kepada laman-laman web kewangan terkemuka di Malaysia dan Singapura seperti KCLau.com, the Fifth Person, Value Invest Asia dan Small Cap Asia.
Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!
Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?
Jangan tertinggal keretapi lagi.
Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.
Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.
Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)