• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

Ini Sumber Terbaik Untuk Dapatkan Harga Terkini Komoditi

in Asas Saham
A A
Ini Sumber Terbaik Untuk Dapatkan Harga Terkini Komoditi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

“Ada masanya mesti korang hairan macam mana harga saham komoditi naik tiba-tiba“

Jangan risau, kerana saya sendiri pun pernah melaluinya. Sebagai contoh, apabila pasaran saham dibuka jam 9 pagi secara tiba-tiba harga emas naik dengan mendadak.

Maka, timbul persoalan apa yang menyebabkan harga saham yang berkaitan dengan emas naik dan apakah catalyst yang menyebabkan kenaikan harga saham tersebut.



Sumber: Trading View

Pada kebiasaannya kenaikan harga saham yang berkait rapat dengan komoditi ini adalah disebabkan pergerakan harga komoditi itu sendiri. 

Di dalam artikel ini, kami kongsikan satu sumber di mana anda boleh rujuk pergerakan komoditi di seluruh dunia.

Sebelum Itu, Tahukah Anda Apa Itu Komoditi?

Menurut Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia, komoditi bermaksud barangan yang diperdagangkan terutamanya keluaran ladang, bahan mentah dan bahan galian.

Antara contoh barangan keluaran ladang adalah seperti :-

  • kacang soya
  • gandum
  • jagung
  • kopi dan lain – lain.

Sumber: pxfuel

Tahukah anda perubahan iklim juga boleh menyebabkan harga komoditi jatuh teruk?

Baca : Perubahan Iklim Dunia Menyebabkan Komoditi Kopi Bakal Berdepan Krisis Yang Buruk

Contoh komoditi bahan mentah dan bahan galian pula adalah seperti emas, perak, minyak mentah, aluminium, timah, dan banyak lagi.


Sumber: pxfuel

Pernah dengar nama portal kewangan Investing.com?

Investing.com adalah sebuah platform pasaran kewangan yang menyediakan real time data, carta, alat kewangan, berita terkini dan analisa terhadap 250 bursa saham di seluruh dunia dalam 44 edisi bahasa.

Tahukah yang anda juga boleh menukar bahasa Investing.com ini kepada Bahasa Melayu?

Caranya, klik sahaja pada bendera yang tertera di bucu atas sebelah kanan dan anda akan nampak bendera Malaysia pula atau pilih sahaja Bahasa Melayu.

Sumber: Investing.com

Dengan lebih 46 juta pengguna setiap bulan, Investing.com adalah salah satu daripada tiga laman web kewangan global dengan trafik website tertinggi menurut SimilarWeb dan Alexa.

Selain pasaran saham global, Investing.com turut merangkumi komoditi, matawang kripto, indeks dunia, mata wang dunia, bon, dana, kadar faedah, niaga hadapan (futures) dan lain-lain.

Investing.com yang ditubuhkan pada tahun 2007, kini telah menjadi portal kewangan global terkemuka yang sentiasa komited untuk melancarkan ciri yang berinovatif untuk memastikan Investing.com sebagai sumber sehenti yang optimum kepada pembacanya.

Ciri menarik yang terdapat di Investing.com adalah laman sesawang ini menyediakan harga komoditi pada masa yang sebenar (real-time).

Langkah Pertama: Masukkan ‘Investing.com’ di laman pencarian Google

Langkah Kedua: Klik ‘Real Time Commodities’


Sumber: Investing.com

Langkah Ketiga: Lihat pada harga semasa komoditi yang ingin dikaji


Sumber: Investing.com

Daripada gambar rajah di atas, terdapat 4 komoditi yang sering mendapat perhatian adalah emas, perak, minyak mentah dan besi.

Aluminium, zink, plumbum, nikel, kuprum dan timah tergolong sebagai besi dan sering dijadikan petunjuk pergerakan harga besi.

Langkah Keempat: Contohnya pilih Gold (Emas), klik pada Technical Chart.

Sumber: Investing.com

Klik pada Technical Chart sekiranya anda ingin membuat kajian teknikal pada pergerakan harga emas.

Langkah Kelima: Buat kajian analisa teknikal pada carta untuk mengkaji pergerakan harga


Sumber: Investing.com

Pergerakan harga komoditi amat memainkan peranan penting sebagai catalyst kepada pergerakan harga saham syarikat yang terlibat dengan perniagaan komoditi.

Sebagai contoh pada bulan Ogos 2020 yang lalu, harga emas membuat uptrend dan terus membuat All Time High.

Catalyst seperti ini mampu membuatkan para pelabur berminat terhadap saham-saham syarikat berkaitan dengan emas.

Pada ketika itu, saham syarikat yang terlibat dengan perniagaan emas naik mencanak-canak kerana para pelabur berpendapat bahawa kenaikan harga emas akan menyebabkan syarikat mampu penjana keuntungan yang lebih tinggi.

Tak percaya? Jom lihat carta Poh Kong di bawah. Poh Kong adalah sebuah syarikat yang terkenal dengan perhiasan barang kemas.

Apabila harga emas meningkat, saham Poh Kong yang telah lama berada dalam fasa sideways akhirnya berjaya menarik minat ramai para pelabur.

Sumber:Trading View

Selain daripada Poh Kong, terdapat beberapa saham yang teras perniagaannya adalah penggalian emas dan menjual perhiasan barang kemas telah membuat uptrend pada ketika itu.


Sumber: Trading View

Secara kesimpulannya, pergerakan harga komoditi boleh menjadi catalyst dan menyebabkan harga saham yang berkaitan turut mendapat tempiasnya.

Baca: Harga Minyak Sawit Mentah Diniagakan Antara RM3200 – RM3700 satu Tan Pada Mac

Nak tahu apa yang boleh menyebabkan harga saham syarikat yang terlibat dengan komoditi mendapat minat pelabur?

Antaranya adalah apabila harga komoditi membuat breakout, harga komoditi mencapai paras tertinggi tahun tersebut dan harga komoditi mencapai paras tertinggi dalam sejarah (All Time High).

Baca: Harga Minyak Mentah Dunia Cecah USD70, Apa Pelabur Boleh Buat?

Terdapat beberapa komoditi lain yang boleh dijadikan kajian seperti minyak mentah, besi dan kayu.

Jika anda ingin menjadi seorang pedagang sharp shooter yang sentiasa pantas mencari peluang untuk membuat keuntungan daripada pasaran saham, anda harus rajin memerhatikan pergerakan harga komoditi di Investing.com.

Jadi tiada lagi alasan untuk anda berkata anda terlepas kapal lagi sekiranya saham-saham komoditi ini membuat kenaikan.

Perkara yang penting adalah anda harus membuat kajian anda sendiri dan boleh mula membuat watchlist anda sendiri.

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Kami janji berbaloi……

>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!

Share410ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

11 months ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

12 months ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In