• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Akhiri Urus Niaga Hari Ini Melepasi Paras 1,600

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) — Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi petang ini dan diniagakan melepasi paras 1,600, meningkat 0.44 peratus selepas dirangsang oleh beberapa berita positif di dalam negara.

Bagaimanapun, pasaran secara meluas kekal lesu.

Pada 5 petang, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengukuh 7.11 mata kepada 1,602.40 mata berbanding 1,595.29 ketika ditutup semalam.

Pagi ini, indeks utama dibuka lemah pada 1,591.66 sekitar 9 pagi dan seterusnya bergerak antara 1,585.44 dan 1,602.77 sepanjang hari.

Ahli ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd,  Adam Mohamed Rahim berkata di dalam negara, data ekonomi menunjukkan Indeks Harga Pengguna Malaysia meningkat sebanyak 0.1 peratus pada Februari, menamatkan trend menurun selama 11 bulan berturut-turut dan ini sekali gus memberikan beberapa isyarat bahawa ekonomi negara kini sedang berkembang.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung dengan 633 berbalas 438 manakala 477 kaunter tidak berubah, 675 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan menyusut kepada 6.95 bilion saham bernilai RM3.56 bilion daripada 7.05 bilion saham bernilai RM4.04 bilion pada urus niaga Selasa.

Adam berkata bursa tempatan tidak menghiraukan prestasi lemah di kebanyakan bursa serantau seperti Korea Selatan, Jepun, Hong Kong dan Indonesia yang indeks masing-masing mempamerkan penurunan.

“Pasaran serantau berada dalam kerugian di tengah-tengah prospek pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan berikutan sekatan pergerakan baharu di Eropah serta potensi kenaikan cukai di Amerika Syarikat,” kata beliau kepada Bernama.

Alasan lain yang menjuruskan kepada pemulihan pada urus niaga Rabu di pasaran tempatan adalah pelabur asing yang berpotensi telah kembali menyertai ekonomi Malaysia dengan dana asing berubah menjadi penjual bersih di Bursa Malaysia minggu lepas.

Ini turut disokong oleh kajian Standard Chartered yang menunjukkan syarikat Eropah dan AS telah meletakkan Malaysia sebagai negara Asia Tenggara kedua terbaik untuk peluang menubuhkan atau mengembangkan sumber, penjualan atau operasi mereka dalam tempoh enam hingga 12 bulan akan datang.

Sementara itu, Adam berkata indeks indeks perladangan dan utiliti adalah antara kaunter yang meraih keuntungan dengan memperoleh 0.4 peratus sementara indeks telekomunikasi dan media mencatatkan kerugian terbesar sebanyak 0.6 peratus.

Saham paling untung dalam kalangan saham berwajaran tinggi, PChem menambah 15 sen pada RM8.07, MISC naik 16 sen pada RM6.85, Tenaga meningkat 12 sen kepada RM10.82, Top Glove tujuh sen lebih tinggi pada RM5.12 dan IOICorp menambah enam sen kepada RM4 .30.

Bagi kaunter aktif pula, DNex menambah 9.5 sen kepada 98 sen dan warannya naik 4.5 sen kepada 34 sen, MMAG menyusut 10.5 sen pada 39 sen, G Ocean meningkat setengah sen kepada 6.5 sen, SMI naik tiga sen pada 21 sen sementara YongTai menokok satu sen kepada 27 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 24.67 mata kepada 11,753.79, FBMT 100 meningkat 25.57 mata kepada 11,429.44 dan FBM Emas Syariah lebih tinggi 42.45 mata kepada 13,063.34.

Bagaimanapun, FBM 70 menyusut 62.71 mata kepada 15,447.36 sementara FBM ACE kerugian 72.75 mata kepada 10,438.86.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan meningkat 27.85 mata kepada 7,163.05 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.7 mata menjadi 191.12, tetapi Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 18.45 mata kepada 15,266.77.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama turun kepada 4.05 bilion saham bernilai RM2.74 bilion daripada 4.45 bilion saham bernilai RM3.25 bilion semalam.

Perolehan waran merosot kepada 275.66 juta unit bernilai RM44.29 juta daripada 291.59 juta unit bernilai RM47.12 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 2.62 bilion saham bernilai RM774.44 juta daripada 2.31 bilion saham bernilai RM742.79 juta sebelumnya.

Produk dan perkhidmatan pengguna merangkumi 628.30 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (799.50 bilion), pembinaan (148.34 juta), teknologi (763.94 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (66.30 juta), hartanah (728.20 juta), perladangan (25.82 juta), REIT (8.24 juta), dana tertutup (16,800), tenaga (619.77 juta), penjagaan kesihatan (26.19 juta), telekomunikasi dan media (51.19 juta), pengangkutan dan logistik (153.9 juta) dan utiliti (34.1 juta).

– BERNAMA

Share221ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In