“Kenapa kena melabur di Wall Street? Apa yang best sangat beli saham TE$LA?”
Sentimen orang awam terhadap pasaran saham di Bursa Malaysia sangat volatile. Setiap kali timbul isu politik, FBM KLCI tentunya akan mengalami kejatuhan.
Ketidakstabilan politik di Malaysia menjadi salah satu punca para pelabur asing mula mengeluarkan dana mereka dari pasaran saham tempatan.
Ia secara tidak langsung turut menjejaskan kerancakan pasaran saham kerana penglibatan pelabur asing yang semakin berkurangan.
Menurut sumber yang diperoleh daripada New Straits Times, pelabur asing telah menjual sebanyak RM25 bilion saham di pasaran saham tempatan setakat 21 Disember 2020.
Baca: Foreign investors sell RM25bil of Malaysian stocks year-to-date
Malah statistik pada bulan Februari 2021 mencatatkan, penglibatan pelabur institusi asing hanyalah berjumlah 15.94% daripada RM93.9 bilion iaitu jumlah keseluruhan nilai dagangan sepanjang bulan Februari 2021.

Sebenarnya, ramai pelabur dan pedagang merasakan pasaran Bursa Malaysia sudah semakin tepu dan mula bosan.
Apa alternatif yang ada untuk golongan ‘hardcore’ dalam saham?
Jika anda rasa pasaran saham tempatan kurang menarik, apa kata anda cuba melabur di pasaran saham Wall Street pula?
Sebelum itu, sudahkah anda tahu apakah perbezaan di antara melabur di Bursa Malaysia dan Wall Street?
Jika belum, jom baca perkongsian kami mengenai 6 perbezaan melabur di Bursa Malaysia dan Wall Street.
1. Modal Pelaburan

Ramai yang kata kalau nak melabur di Wall Street ini kena ada modal yang besar? Betul ke?
Menurut pelabur Wall Street tersohor iaitu Tuan Mukhriz Mangsor, modal yang sesuai untuk mula melabur di Wall Street adalah sebanyak USD1,000 ataupun bersamaan dengan sekitar RM4,000.
Ini adalah kerana saham di Wall Street kebanyakannya tinggi harganya. Sebagai contoh, 1 unit saham Tesla bernilai USD707.94.

Sumber: Yahoo Finance
Yang menariknya di Wall Street adalah kita boleh membeli saham tanpa had minimum. Kita juga boleh beli saham serendah 1 unit.
Jika dibandingkan di Malaysia, minima lot pembelian adalah 1 lot iaitu bersamaan 100 unit.
Modal permulaan di pasaran saham tempatan pula tidaklah sebesar Wall Street kerana di Bursa Malaysia terdapat banyak saham yang bernilai RM1 dan ke bawah. Jika anda ingin bermula dengan RM1,000 juga boleh.
Jika anda membeli 1 lot saham bernilai RM1, secara kasarnya anda hanya memerlukan modal serendah RM100.
Harus diingatkan bahawa pengiraan ini adalah tanpa mengambil kira kos-kos yang lain seperti brokerage fee, clearance fee dan SST.
2. Mata Wang
Mata wang yang digunakan untuk melabur di pasaran saham negara lain sudah tentulah bergantung kepada mata wang yang diguna pakai di negara tersebut.
Jika kita ingin melabur di Wall Street, mata wang yang digunakan adalah dolar Amerika manakala mata wang yang digunakan untuk melabur di Bursa Malaysia adalah Ringgit Malaysia.
Kadar pertukaran mata wang juga menjadikan pelaburan di Wall Street agak menarik kerana sekiranya kita berjaya menjana keuntungan, kadar keuntungan yang kita perolehi adalah lebih 4 kali ganda kerana kadar pertukaran mata wang USD kepada Ringgit Malaysia.
3. Waktu Berdagang
Waktu dagangan Bursa Malaysia dan Wall Street berbeza kerana perbezaan zon masa. Jika waktu dagangan Bursa Malaysia bermula pada jam 9 pagi dan ditutup pada 5 petang, Wall Street pula dibuka di sebelah malam.

Sumber: RHB Invest
Pasaran Wall Street dibuka pada jam 10.30 malam sehingga 5 petang waktu tempatan Malaysia.

Sumber: RHB Invest
Jika anda mempunyai komitmen kerja hakiki 9-5 dan masih ingin melabur saham, Wall Street adalah tempat yang sesuai bagi anda kerana ianya dibuka di sebelah malam.
4. Keuntungan
Di Bursa Malaysia, terdapat peraturan ‘Limit Up’ dan ‘Limit Down’ bagi mengawal selia Bursa Malaysia dan untuk mengelakkan saham-saham di Bursa Malaysia mudah dimanipulasikan.
Sebagai contoh, saham di atas RM1 di Bursa Malaysia akan dikenakan Limit Up sekiranya kenaikan harian mencecah 30%.
Maka untuk para pelabur di pasaran Bursa Malaysia untuk menjana keuntungan harian adalah agak terhad.
Di Wall Street pula tiada had kenaikan dalam sehari yang dikenakan terhadap saham yang diperdagangkan.
Ini membolehkan pelabur menjana keuntungan yang tinggi sekiranya saham tersebut mendapat permintaan tinggi.
5. Risiko

Hampir kesemua pelaburan ada risiko masing-masing cuma tahap risiko setiap instrumen pelaburan adalah berbeza.
Melabur saham di Bursa Malaysia mungkin lebih rendah risikonya kerana tidak banyak saham yang didagangkan.
Selain itu, Bursa Malaysia terikat dengan badan Securities Commission (SC) yang mengawal selia aktiviti perdagangan.
Risiko yang ada di Wall Street pula adalah kadar volatility saham di sana yang lebih tinggi.
Hal ini kerana, terdapat banyak saham yang didagangkan serta pasaran saham Wall Street terdiri daripada pelabur dari seluruh dunia lalu menjadikan pasaran saham Wall Street sangat rancak.
6. Pilihan Kaunter
Terdapat 934 saham di Bursa Malaysia dan daripada jumlah tersebut, 715 saham adalah patuh syariah.
Baca : Senarai Terkini Saham Patuh Syariah (November 2020)
Wall Street pula menawarkan lebih 10 ribu saham yang didagangkan namun daripada jumlah tersebut hanya 295 saham yang patuh syariah.
Kesimpulannya, ada banyak perbezaan yang besar di antara Bursa Malaysia dan Wall Street.
Akhirnya, pilihan platform pelaburan bergantung kepada anda untuk melabur dalam pasaran saham yang mengikut keselesaan, kewangan dan fleksibiliti anda.
Pastikan anda kenal pasti kelebihan dan risiko yang ada dalam setiap instrumen sebelum memulakan pelaburan.
First Step Melabur Di Wall Street

Dah lama pendam niat nak melabur saham di Wall Street?
Nak ada pegangan saham syarikat yang terkemuka di dunia seperti Facebook, Google, Tesla dan banyak lagi?
Nak merasa buat duit ekstra dalam USD?
Kami tahu kebanyakan buku-buku yang dijual di pasaran adalah dalam Bahasa Inggeris dan susah nak difahami…
Jangan risau…
Demi followers yang disayangi, kami hasilkan e-book yang mudah difahami.
Tak kira anda pelabur baru atau lama, e-book ini memang sesuai untuk anda.
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
• 3 indeks yang ada di Wall Street
• Cara pilih saham-saham yang berkualiti
• Cara pilih saham mengikut kriteria
• Teknik yang berkesan untuk beli saham Wall Street
• Cara menentukan saham patuh syariah atau tidak
• Kenali broker-broker yang ada untuk jual beli saham Wall Street
• Dua screener percuma
Dapatkannya sekarang di -> eBook Dari Malaysia Ke Wall Street