• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kekurangan Pemangkin Pembelian

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Kekal Bercampur-Campur Pada Sesi Tengah Hari
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 23 Mac (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa, dengan situasi pasaran kekal lembap berikutan kekurangan pemangkin pembelian dan aliran masuk ketara daripada dana asing.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran, turun 2.51 mata kepada 1,614.22 selepas ditutup di paras terendah harian 1,616.73 pada Isnin.

Indeks itu 0.05 mata lebih tinggi kepada 1,616.78 pada pukul 9 pagi namun susut selepas 30 saat dagangan.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 228 berbanding 207 manakala 310 kaunter tidak berubah, 1,465 kaunter tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 309.59 juta saham bernilai RM146.57 juta.

Menurut Rakuten Trade indeks itu dijangka meningkat lebih tinggi dan menguji paras 1,620 pada Selasa dalam keadaan pasaran serantau mengalami prestasi tidak menentu.

“Memandangkan ketidaktentuan pasaran meningkat, kami berpandangan pasaran serantau mungkin akan mengalami prestasi lembap hari ini,” jelasnya.

Bagaimanapun buat masa ini, pasaran serantau, Nikkei 225 Jepun naik 0.52 peratus kepada 29,324.71; Hang Seng Hong Kong tidak berubah pada 28,885.34; Straits Times Singapura menokok 0.62 peratus kepada 3,147.45 manakala Kospi Korea Selatan meningkat 0.05 peratus kepada 3,037.11.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank turun dua sen kepada RM8.31, Tenaga naik enam sen kepada RM10.82, PBBank menambah satu sen kepada RM4.23 sementara PChem, IHH, CIMB dan Topglove masing-masing tidak berubah pada RM8.20, RM5.31, RM4.50 dan RM5.14.

Bagi kaunter aktif, G3 naik tiga sen kepada 24 sen, Widad menambah empat sen kepada 47.5 sen, DataPRP turun 42 sen kepada RM1.33 dan Hubline tidak berubah pada 4.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 5.13 mata kepada 11,855.81, FBMT 100 turun 11.47 mata kepada 11,527.75 dan FBM Emas Syariah merosot 12.78 mata kepada 13,158.64.

FBM 70 menokok 9.36 mata kepada 15,634.38 dan FBM ACE meningkat 39.05 mata kepada 10,691.71.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 17.56 mata kepada 15,443.99, Indeks Perladangan naik 3.69 mata kepada 7,154.09 sementara Indeks Barangan dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.74 mata kepada 193.82.

— BERNAMA

Share230ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In