KUALA LUMPUR, 23 Mac (Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi hari ini dalam kerugian dengan pelabur mengambil sikap berhati-hati sementara kekurangan pemangkin positif di pasaran tempatan turut menjejaskan sentimen.
Pada 12.30 tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 11.27 mata kepada 1,605.46 selepas ditutup pada paras rendah seharian 1,616.73 semalam.
Indeks utama dibuka 0.05 mata lebih tinggi pada 1,616.78 pada pukul 9 pagi tetapi kemudiannya menyusut dan seterusnya mencecah paras serendah 1,604.42 pada satu ketika.
Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung dengan 723 berbalas 300 manakala 412 kaunter tidak berubah, 775 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.
Jumlah dagangan ialah 3.88 bilion saham bernilai RM2.10 bilion.
Di pasaran serantau, Nikkei 225 Jepun susut 0.02 peratus kepada 29,167,95, Hang Seng Hong Kong turun 1.18 peratus kepada 28,545,71, Straits Times Singapura meningkat 0.25 peratus menjadi 3,135,87 dan Kospi Korea susut 0.49 peratus kepada 3,020.60.
Saham berwajaran tinggi, Maybank menyusut empat sen kepada RM8.29, PBBank turun satu sen pada RM4.21 dan PChem lebih rendah 11 sen pada RM8.09 sementara Tenaga menambah dua sen pada RM10.78.
Sementara itu, CIMB dan Topglove masing-masing turun satu sen pada pada RM4.49 dan RM5.13, sementara IHH tidak berubah pada RM5.31.
Bagi kaunter paling cergas, BJCorp mengukuh 5.5 sen pada 28 sen, Widad meningkat lapan sen pada 51.5 sen dan warannya menambah lima sen pada 30 sen, Macpie naik 2.5 sen pada 53.5 sen sementara warannya turun satu sen kepada 8.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas lemah 59.84 mata kepada 11,801.10, FBMT 100 turun 61.89 mata kepada 11,477.33 dan FBM Emas Syariah jatuh 63.28 mata kepada 13,108.14, FBM 70 lebih rendah 12.05 mata kepada 15,612.97 dan FBM ACE merosot 76.99 mata hingga 10,575.67.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 62.13 mata kepada 15,364.30, Indeks Perladangan susut 1.19 mata kepada 7,149.21 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menyusut 0.72 mata kepada 192.36.
– BERNAMA

