• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, July 12, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Trading Idea

Uzma Berhad, Dari Non-Renewable Ke Renewable Energy

in Trading Idea
A A
Uzma Berhad, Dari Non-Renewable Ke Renewable Energy
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

“Harga saham naik lagi tinggi dari expectation penganalisa pasaran!”

Sumber: Uzma Berhad

Uzma Berhad (Uzma) merupakan salah sebuah syarikat di dalam industri petroleum di Malaysia yang mula tersenarai di Bursa Malaysia sejak tahun 2011.

Antara perkhidmatan dan produk syarikat ini adalah seperti:

  • Drilling
  • Kejuruteraan empangan
  • Pembekalan bahan kimia ladang minyak
  • Peralatan dan perkhidmatan petrokimia
  • Perkakas dan peralatan kilang minyak

Uzma Ceburi Bidang Renewable Energy

Sumber: The Star

Terkini, Uzma Berhad telah menceburi perniagaan baru di dalam sektor tenaga solar dengan membeli 49% pegangan syarikat Suria Infiniti Sdn Bhd dan 100% pegangan di dalam Mahendran Surya Innovations Sdn Bhd. 

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

Sungguhpun baru sahaja menceburi sektor tenaga boleh diperbaharui, Uzma Berhad telah berjaya tersenarai sebagai antara 10 syarikat yang terlibat dalam projek Large Scale Solar keempat (LSS4) baru-baru ini.

Pendapatan Kasar Terkini Uzma Terjejas

Sumber: Malaysiastock.Biz

Untuk laporan kewangan suku kedua tahun 2021, Uzma Berhad telah mencatatkan kemerosotan sebanyak 7.3% berbanding suku yang sama pada tahun sebelumnya.

Kemerosotan ini berpunca daripada pendapatan segmen perkhidmatan dan pengeluaran kimia yang lemah.

Kemerosotan daripada segmen ini juga sebenarnya telah dijangka oleh para penganalisa pasaran atas sebab keadaan harga minyak dunia yang tidak menentu pada tahun 2020.

Namun begitu, margin keuntungan kasar syarikat ini dilihat stabil pada angka 44% hasil daripada aktiviti pengurangan kos yang di laksanakan pihak pengurusan pada waktu mencabar tahun 2020.

Segmen tenaga boleh diperbaharui yang baru diceburi Uzma Berhad juga dilihat menyumbang sekitar 6% daripada keseluruhan pendapatan syarikat.

Projek Jangka Masa Panjang Yang Diperolehi Uzma

Uzma Peroleh Kontrak Daripada Petronas Carigali

Uzma berjaya meraih kontrak daripada Petronas Carigali untuk membekalkan Portable Water Injection Modules (PWIM). 

Kontrak yang bernilai RM130 juta ini akan melibatkan rekabentuk, kejuruteraan, pemasangan dan pelbagai lagi untuk tempoh 12 tahun bermula pada bulan Disember 2020.

Projek ini dijangka akan menyumbang RM7.8 juta sepanjang tempoh kontrak ini di laksanakan. 

Pertumbuhan Buku Pesanan Yang Positif

Buku pesanan Uzma Berhad setakat suku ketiga tahun 2020 telah mencecah sekitar RM360 juta.

Uzma juga telah berjaya membuktikan kebolehan syarikat dalam penyediaan perkhidmatan penyelengaraan untuk industri petroleum.

Dengan projek penyelenggaraan ini, buku pesanan Uzma kini adalah sekitar RM1.6 bilion, hampir tiga kali ganda daripada pendapatan tahun 2020.

Uzma Teruskan Membida Kontrak

Pihak pengurusan Uzma Berhad dilihat mengambil langkah proaktif dengan terus membida beberapa projek lagi yang secara keseluruhan bernilai hampir RM2.5 bilion.

Dengan sentimen pemulihan ekonomi semasa dan ditambah dengan pemulihan harga minyak dunia, Uzma Berhad dijangka akan peroleh impak positif daripadanya.

Baca: Harga Minyak Mentah Dunia Cecah USD70, Apa Pelabur Boleh Buat?

Pandangan Penganalisa Pasaran Terhadap Uzma Berhad

Pihak penyelidik dan penganalisa pasaran daripada Kenanga Research telah memberikan saranan belian kepada kaunter Uzma ini disokong dengan sentimen positif tentang industri petroleum baru-baru ini.

PublicInvest juga menyatakan bahawa saham syarikat Uzma Berhad telah “outperform” jangkaan mereka untuk syarikat-syarikat lain yang berada di dalam sektor yang sama.

Harga saranan daripada penganalisa adalah sekitar RM0.81 dan hari ini harga seunit saham Uzma sebenarnya adalah lebih tinggi berbanding harga sasaran tersebut.

Berikut merupakan maklumat terkini berkenaan syarikat fundamental syarikat yang dilihat amat positif tentang hala tuju syarikat ini terutamanya dari segi pendapatan syarikat.

Kajian teknikal juga penting untuk kita tahu masa yang tepat untuk membeli atau menjual sesuatu saham berkenaan.

Baca: Kajian Fundamental Atau Teknikal Yang Lebih Penting Untuk Melabur Saham Ini?

Sebagai pelabur, kajian tersendiri juga perlu dibuat sebelum membuat sebarang keputusan belian atau jualan.

Penafian : Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus atau tidak?

Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal. 

Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.

Dengan menggunakan CANSLIM, secara tidak langsung kita telah pun membuat 2 jenis analisis tadi. Pelabur boleh menilai sendiri sama ada saham syarikat itu sesuai untuk dibeli atau boleh diabaikan.

Miliki e-book CANSLIM -> TheKapital.my/Ebook-CANSLIM

Share392ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

12 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

12 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

12 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In