• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Prestasi FBM KLCI Sejak Peristiwa Kejatuhan Pasaran Saham Dunia Mac 2020

in Catalyst
A A
Prestasi FBM KLCI Sejak Peristiwa Kejatuhan Pasaran Saham Dunia Mac 2020
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

“Ingat tak masa market crash lepas Kerajaan umum PKP?”

Saat pasaran saham domestik jatuh pada Mac 2020 yang lalu, pasaran saham di seluruh dunia turut mengalami kejatuhan yang dahsyat.

Jika ada yang tak cut loss pada ketika itu, nampak gayanya memang rugi teruk. Bukan sahaja pasaran saham Malaysia, pasaran saham global turut terjejas.

Baca: Pasaran Saham Dunia Terus Merudum

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Baca Juga: Bursa Malaysia Ditutup Paras Terendah Dalam Tempoh 10 Tahun

Paras terendah indeks pasaran tempatan ketika itu adalah pada 19 Mac 2020. Keesokan harinya, barulah indeks FBM KLCI membuat kenaikan semula. Jom lihat carta FBM KLCI pada ketika itu.


Sumber: Trading View

FBM KLCI ditutup pada 1219.72 mata pada 19 Mac 2020 dan FBM KLCI dilihat bertahan di sekitar paras sokongan tersebut.

Sumber: Investing.com

Mari kita mulakan dengan permulaan krisis kesihatan global yang lalu iaitu sekitar bulan Disember 2019. Situasi yang kita lalui sekarang ini boleh dikatakan bermula pada penghujung tahun 2019.

Pada penghujung Disember 2019, FBM KLCI berlegar-legar di sekitar 1618 mata dan beberapa kali membuat percubaan untuk menembusi paras rintangan namun tidak berjaya.



Sumber: Trading View

Pada 31 Disember 2019, dunia dikejutkan dengan laporan Suruhanjaya Kesihatan Perbandaran Wuhan, China akan penularan wabak koronavirus novel yang telah dikenal pasti melalui beberapa siri kes radang paru-paru di Wuhan, China.



Sumber: WHO

Kemerosotan mendadak indeks utama Bursa Malaysia itu berikutan jualan panik susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac 2020 bagi membendung penularan Covid-19 di negara ini.

Ketika itu banyak saham yang membuat kejatuhan sehingga harga saham berada pada paras di bawah nilai (undervalue).

Dalam tempoh hanya beberapa bulan, FBM KLCI membuat kenaikan semula untuk menuju ke paras rintangan sebelum pandemik Covid-19.

Kenaikan FBM KLCI sedikit sebanyak didorong oleh kenaikan mendadak harga saham pengeluar sarung tangan di dalam indeks tersebut seperti Top Glove dan Hartalega.


Sumber: Trading View

Percubaan untuk menembusi paras rintangan tersebut tidak berjaya lalu menyebabkan lantunan ke bawah semula.

Sentimen pilihan raya presiden di Amerika Syarikat turut sedikit sebanyak menjejaskan prestasi 3 indeks utama Amerika Syarikat iaitu Dow Jones, Nasdaq Composite Index dan S&P500. Kesannya?

Prestasi FBM KLCI turut terjejas daripada kejatuhan 3 indeks utama tersebut.


Sumber: Trading View

Pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) ke-59 yang telah diadakan pada 3 November 2020 merupakan salah satu pilihan raya yang paling sengit dalam sejarah Amerika Syarikat.

Kemenangan Joe Biden telah mengembalikan keyakinan pelabur untuk kembali ke pasaran saham.

Para pelabur yakin terhadap dasar-dasar yang akan membawa ekonomi negara Amerika ke tahap yang lebih baik dan di samping keyakinan Biden untuk mengendalikan krisis Covid-19 di negara Uncle Sam.

Sumber: Berita Harian

Carta FTSE Bursa Malaysia sendiri menunjukkan pasaran Amerika Syarikat mempengaruhi prestasi saham di Malaysia.


Sumber: Trading View

Setelah banyak percubaan untuk melepasi paras rintangan, akhirnya FBM KLCI berjaya membuat breakout pada 3 Disember 2020.

Sumber: Trading View

FBM KLCI dilihat begitu hampir untuk melepasi paras psikologi 1,700 mata dan percubaannya pada 16 Disember 2020 menemui kegagalan.

Sumber: Trading View

Pasaran saham di awal tahun 2021 juga tidak menceriakan para pelabur ekoran paras sokongan gagal menahan FBM KLCI daripada terus jatuh.

Regulated short selling yang dibenarkan semula pada 4 Januari 2021 menjadi antara penyumbang kepada kejatuhan tersebut.

Sejak itu FBM KLCI terus berlegar-legar di antara support dan resistance. Double Bottom pattern yang terbentuk daripada pergerakan FBM KLCI memberi petanda positif kepada pasaran saham tempatan dengan potensi untuk membuat breakout.



Sumber: Trading View

Kejayaan kerajaan Malaysia membawa masuk vaksin pada penghujung bulan Februari juga sedikit sebanyak mengembalikan keyakinan para pelabur bahawa ekonomi akan pulih dalam masa terdekat.

Setelah setahun FBM KLCI jatuh ke paras terendah sejak kali terakhir berada pada sekitar 1,200 mata, di manakah kedudukan FBM KLCI yang terkini?



Sumber: Trading View

Setakat 19 Mac 2020, FBM KLCI masih lagi berlegar-legar di kawasan paras sokongan dan disokong kuat pada paras tersebut.

MIDF Research menjangkakan FBM KLCI akan berjaya mencecah 1,700 mata pada tahun ini.

Baca: MIDF Research: FBM KLCI expected to rise to 1,700, ringgit at 4.04 versus US dollar in 2021

Berdasarkan kajian tersebut, FBM KLCI dijangka akan bergerak lebih tinggi berdasarkan projeksi pertumbuhan pendapatan korporat setinggi 12.85% bagi tahun 2021.

Kesimpulannya, kita semua berharap agar FBM KLCI akan membuat kenaikan semula dan semoga pelabur asing akan kembali ke dalam pasaran tempatan.

Pelbagai faktor seperti isu politik sesebuah negara, ekonomi negara dan potensi negara akan menarik pelabur asing untuk melabur ke dalam negara kita.

Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Kami Ada Solusi!

Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.

Topik-topik yang bakal kami kongsikan

1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli

…Dan banyak lagi …

Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Memang mudah nak faham.

Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Kami janji berbaloi……

DAFTAR SEKARANG!
Share433ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In