• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Pelabur Asing Beli Ekuiti RM425.3 Juta Setakat 19 Mac, Lebih Rendah Daripada Sebahagian Pasaran Asean

in Market Update
A A
Syarikat Dapat Manfaat Daripada Perubahan Indeks Konstituen

KUALA LUMPUR 27 FEBRUARI 2020. Pasaran saham Bursa Malaysia Indeks di Ibupejabat Bank RHB di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) — Pelabur asing membeli ekuiti tempatan bernilai RM425.3 juta bersih di Bursa Malaysia sehingga 19 Mac, menjadikan aliran keluar bersih asing terkumpul setakat ini pada tahun ini kepada RM1.3 bilion atau US$318.2 juta.

“Ini lebih rendah daripada beberapa pasaran di ASEAN seperti Thailand dan Filipina yang mencatatkan aliran keluar bersih asing, masing-masing sebanyak US$1.1 bilion dan US$849.6 juta, setakat ini pada 2021,” kata Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim.

Pada minggu ketiga Mac, katanya pelabur asing menjual ekuiti tempatan bernilai RM101.1 juta bersih berbanding RM240.7 juta pada minggu sebelumnya.

 Adam berkata Bursa Malaysia memulakan minggu tersebut dengan sentimen positif berikutan pelabur antarabangsa menyerap RM26.0 juta bersih ekuiti tempatan pada Isnin.

“Sentimen serantau dibantu oleh aktiviti ekonomi China yang melonjak dalam tempoh dua bulan pertama 2021 berbanding tahun lepas, walaupun angka menunjukkan pemulihan yang tidak sekata dengan pengeluaran industri yang kukuh didorong oleh eksport tetapi perbelanjaan pengguna mencatat kemajuan yang perlahan,” katanya kepada Bernama.

Pada Selasa, katanya pelabur antarabangsa menjadi penjual bersih di bursa tempatan berikutan mereka mengeluarkan RM21.4 juta bersih menjelang mesyuarat dasar monetari utama Rizab Persekutuan (Fed) pada Rabu.

Selain itu, katanya sentimen mengambil risiko telah terjejas oleh berita bahawa negara-negara terbesar di Eropah, termasuk Jerman dan Perancis, memutuskan untuk menangguhkan penggunaan vaksin COVID-19 AstraZeneca Plc berikutan kebimbangan mengenai kesihatan yang semakin meningkat yang telah mewujudkan satu lagi penangguhan untuk kempen vaksinasi Kesatuan Eropah.

“Pelabur asing kembali ke Bursa Malaysia pada Rabu dengan sejumlah RM12.8 juta bersih berikutan kaunter sarung tangan menyaksikan minat belian berikutan langkah oleh negara-negara Eropah untuk menggantung penggunaan vaksin COVID-19 AstraZeneca yang telah meningkatkan prospek penggunaan sarung tangan yang lebih tinggi di rantau itu.

“Bagaimanapun, penggantungan tersebut kemudiannya ditarik balik pada akhir minggu itu berikutan kes meningkat dalam persekitaran sekatan pergerakan baharu,” katanya.

Pada Khamis, dana asing terus membeli ekuiti tempatan walaupun pada kadar yang perlahan sebanyak RM9.5 juta bersih berikutan jaminan oleh Fed untuk mengekalkan kadar faedah hampir sifar untuk tempoh yang panjang walaupun dijangka inflasi meningkat.

Dalam pada itu, Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Fed AS mengekalkan kadar dasarnya pada paras sedia ada sebanyak 0-0.25 peratus selepas mesyuarat FOMC Mac 2021.

Ia turut meningkatkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2021 daripada +4.2 peratus kepada +6.5 peratus.

“Pada Jumaat lepas, pelabur asing menjual ekuiti tempatan bernilai RM128.0 juta bersih berikutan rundingan peringkat tinggi yang pertama antara AS dan China tidak berjalan lancar,” kata Adam.

Beliau berkata kedua-dua pihak saling mengkritik antara satu sama lain mengenai hak asasi manusia, perdagangan dan pakatan antarabangsa.

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan program rangsangan tambahan bertujuan memerangi pandemik COVID-19 serta memperkasakan ekonomi dan rakyat semasa peringkat pemulihan.

Program rangsangan tambahan itu, Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) berjumlah RM20 bilion dengan suntikan fiskal tambahan sebanyak RM11 bilion oleh kerajaan.

— BERNAMA

Share215ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In