• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 15, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ditutup Pada Paras Terendah Harian, IK Susut 0.58 Peratus

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) — Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di pasaran serantau berikutan kebimbangan terhadap kelembapan harga minyak.

Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri paras terendah hariannya pada 1,616.73, susut 9.46 mata atau 0.58 peratus berbanding 1,626.19 sewaktu ditutup pada Jumaat.

Indeks utama pasaran itu dibuka 2.28 mata lebih tinggi kepada 1,628.47, paras tertinggi hariannya, dan mula menurun selepas itu dan mencapai paras rendah 1,616.73 sewaktu ditutup.

Di pasaran lebih meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 744 kepada 392, manakala 422 kaunter tidak berubah, 679 tidak diniagakan dan 37 yang lain digantung.

Jumlah dagangan susut kepada 7.57 bilion saham bernilai RM3.99 bilion daripada 9.04 bilion saham bernilai RM5.80 bilion pada Jumaat.

Ahli ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim berkata penggiat pasaran bimbang terhadap penurunan permintaan bagi produk bahan api susulan perintah berkurung yang terkini di Eropah.

Selain kelemahan harga minyak, kejatuhan Lira Turki selepas ketua bank pusat di negara itu ditukar, turut mempengaruhi prestasi pasaran tempatan.

“Dalam kalangan indeks konstituen FBM KLCI, Sime Darby mencatatkan penurunan terbesar sebanyak 5.2 peratus, diikuti IHH Healthcare yang merosot 3.1 peratus pada Isnin berikutan penyedia penjagaan kesihatan swasta yang utama di Turki, Acibadem Holdings menyumbang kira-kira 25 peratus kepada perolehan kumpulan IHH bagi tahun fiskal 2020,” katanya kepada Bernama.

Oleh itu, beliau berkata penurunan Lira boleh memberikan impak yang signifikan ke atas kebolehlihatan pendapatannya pada masa depan.

Kaunter yang mencatat kehadiran di Turki termasuk Sime Darby turun 13 sen kepada RM2.39, IHH susut 17 sen kepada RM5.13 dan Airport merosot 10 sen kepada RM6.54. 

Setakat ini, minyak mentah Brent merosot 0.53 peratus kepada US$64.19 setong.

Sementara itu, dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank turun lima sen kepada RM8.33, PBBank jatuh satu sen kepada RM4.22, PChem jatuh dua sen kepada RM8.20, namun Tenaga naik 20 sen kepada RM10.76. 

Bagi kaunter aktif, Macpie merosot 4.5 sen kepada 51 sen dan waran jatuh 2.5 sen kepada 9.5 sen, Widad susut 13 sen kepada 43.5 sen, DNeX jatuh lapan sen kepada 86.5 sen, manakala Ucrest naik 1.5 sen kepada 24 sen. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun  62.27 mata kepada 11,860.94, FBMT 100 susut 62.36 mata kepada 11,539.22 dan FBM Emas Shariah merosot kepada 58.47 mata kepada 13,171.42.

FBM 70 berkurangan 64.32 mata kepada 15,625.02 manakala FBM ACE meningkat 17.80 mata kepada 10,652.66.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan jatuh 83.22 mata kepada 15,426.43, Indeks Perladangan susut 25.22 mata kepada 7,150.40 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.05 mata kepada 193.08.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama jatuh kepada to 4.11 bilion saham bernilai RM2.95 bilion berbanding 5.25 bilion saham bernilai RM4.78 bilion pada Jumaat lepas.

Jumlah dagangan waran turun kepada 260.68 juta unit bernilai RM41.47 juta daripada 305.82 juta unit bernilai RM53.32 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE turun kepada 3.20 bilion saham bernilai RM1 bilion daripada 3.48 bilion saham bernilai RM958.77 juta sebelum ini.  

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 668.40 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan industri (1.08 bilion), pembinaan (178.70 juta), teknologi (736.50 juta), SPAC (tiada), perkhidmatan kewangan (71.70 juta), hartanah (381.98 juta), perladangan (23.33 juta), REIT (9.14 juta), dana tertutup (34,100), tenaga (572.82 juta), penjagaan kesihatan (79.18 juta), telekomunikasi dan media (49.43 juta), pengangkutan dan logistik (222.36 juta) dan utiliti (28.94 juta).

— BERNAMA

Share217ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In