• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, May 11, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pagi Ini

in Market Update
A A
Kerugian Semalaman Wall Street Punca Bursa Malaysia, Serantau Dibuka Rendah Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) —  Bursa Malaysia mencatatkan urus niaga yang rendah ketika dibuka pagi ini.

 Pada 9.12 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 3.34 mata kepada 1,622.85 daripada paras 1,626.19 semasa ditutup pada urus niaga Jumaat minggu lepas.

Indeks utama meningkat 2.28 mata kepada 1,628.47 pada pukul 9 pagi dan kemudiannya mula turun satu minit selepas diniagakan.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung dengan 324 berbalas 268 manakala 358 kaunter tidak berubah, 1,287 tidak diniagakan dan 37 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 836.49 juta saham bernilai RM340.87 juta.

Menurut Public Bank Investment Bank Bhd, para pelabur sedang “menghadam” langkah Rizab Persekutuan AS untuk tidak melanjutkan tempoh rehat peraturan sementara pandemik yang berakhir bulan ini serta harga minyak yang kembali meningkat daripada penurunan teruk baru-baru ini.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, PBBank dan PChem masing-masing memperoleh satu sen kepada RM4.24 dan RM8.23 sementara Tenaga naik 20 sen kepada RM10.76.

Bagaimanapun, Maybank turun satu sen kepada RM8.37.

Bagi kaunter paling cergas, Macpie meningkat 11.5 sen kepada 67 sen dan warannya naik setengah sen kepada 12.5 sen, Dynacia dan AT, masing-masing tidak berubah pada 15 sen dan 11.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas lemah 26.93 mata kepada 11,896.28, FBMT 100 turun 29.59 mata kepada 11,571.99 dan FBM Emas Syariah menyusut 32.22 mata kepada 13,197.67.

FBM 70 lebih rendah 62.37 mata kepada 15,626.97 tetapi FBM ACE meningkat 140.77 pada 10,775.64.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 2.51 mata kepada 15,507.14, Indeks Perladangan susut 16.46 mata kepada 7,159.16 sementara Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.35 mata pada 193.48.

– BERNAMA

Share204ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In