• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, July 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Pagi Lebih Rendah, Pelabur Beri Tumpuan Pada Petunjuk Global

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Kekal Bercampur-Campur Pada Sesi Tengah Hari
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) — Urus niaga di Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih rendah dan diniagakan secara berhati-hati dengan para pelabur memberi tumpuan kepada petunjuk hala tuju daripada pasaran antarabangsa.

Seorang peniaga berkata, kekurangan berita tempatan juga telah mejejaskan kehendak para pelabur.

Pada pukul 12.30 tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 3.22 mata kepada 1,622.97 daripada 1,626.19.

Indeks utama pagi ini dibuka 2.28 mata lebih tinggi pada 1,628.47 tetapi kemudiannya mula turun dan seterusnya mencecah paras terendah 1,620.35 pada satu ketika.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung 617 berbalas 423 manakala 408 kaunter tidak berubah, 789 tidak diniagakan dan 37 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 4.66 bilion saham bernilai RM2.24 bilion. 

Menurut Kenanga Investment Bank Bhd, persekitaran yang lengang pada masa ini berikutan kekurangan berita bukanlah sesuatu yang baik bagi pelabur yang ingin mengetahui berkenaan pelaburan dan saham baharu.

“Dari segi berita, memanglah agak sunyi terutamanya berita berkenaan korporat,” tambahnya.

Sementara dari perspektif teknikal, petunjuk teknikal mencadangkan indek pasaran utama mungkin menyaksikan kelemahan seterusnya, dengan menghala turun ke arah paras psikologi 1,600.

Di pasaran tempatan, saham berwajaran tinggi –  Maybank dan PBBank masing-masing tidak berubah pada RM8.38 dan RM4.23 sementara CIMB empat sen lebih rendah pada RM4.54 dan HLBank turun dua sen pada 19.08.

Dalam kalangan kaunter berwajaran tinggi, Tenaga dan PMetal masing-masing 22 sen lebih tinggi pada RM10.78 dan RM10.04 sementara Topglove menambah empat sen kepada RM5.45 dan PChem susut tujuh sen pada RM8.15.

Antara kaunter paling cergas, Macpie menambah 7.5 sen kepada 63 sen tetapi warannya rugi dua sen pada 10 sen, Ucrest tiga sen lebih tinggi pada 25.5 sen manakala Sealink, MAG dan warannya, semua meningkat 1.5 sen setiap satu pada 27.5 sen, 23 sen dan 10 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas lemah 23.78 mata kepada 11,899.43, FBMT 100 susut 24.43 mata kepada 11,577.15 dan FBM Emas Syariah jatuh 24.31 mata kepada 13,205.57 dan FBM 70 turun 38.58 mata kepada 15,650.76.

Bagaimanapun, FBM ACE meningkat 128.43 mata kepada 10,763.30.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 33.25 mata kepada 15,476.40, Indeks Perladangan jatuh 2.66 mata kepada 7,172.960 tetapi Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.32 mata kepada 193.45.

– BERNAMA

Share210ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In