Bioalpha Holdings Berhad (BIOHLDG) merupakan syarikat yang terlibat dalam penyediaan makanan tambahan kesihatan di Malaysia.
Antara produk yang daripada syarikat ini termasuklah produk:
- Herba
- Makanan tambahan
- Produk kecantikan NuShine
- Makanan dan minuman kesihatan
Antara servis lain yang ditawarkan oleh syarikat ini antaranya adalah seperti:
- Pemasaran
- Pemprosesan dan pembuatan
- Penyelidikan dan pembangunan
Syarikat ini mempunyai nilai pasaran sekitar RM250.0 juta dan harga pasaran untuk seunit saham ini adalah sekitar RM0.235.
Bioalpha Catat Kerugian Untuk Suku Keempat 2020
Menurut laporan kewangan suku keempat Bioalpha, syarikat ini telah mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM8.4 juta yang majoritinya disebabkan oleh aktiviti seperti:
- Kemerosotan penghutang dagangan
- Penghapusan inventori dan hutang lapuk
- Penghapusan nilai goodwill (nilai syarikat)
Kerugian daripada aktiviti di atas dianggar bernilai RM5.0 juta dan ianya hanyalah bersifat one-off sahaja.
Sumber: KLSE Screener
Kerugian yang dialami ini telah menyebabkan syarikat mencatatkan kerugian pendapatan keseluruhan pada tahun 2020 sebanyak RM37.1 juta berbanding keuntungan bersih bernilai RM9.0 juta yang dicatatkan pada tahun 2019.
Kerugian yang dialami oleh syarikat ini juga adalah akibat kesan daripada pendamik Covid-19 yang telah menjejaskan pendapatan syarikat sebanyak:
- -71.5% untuk segmen pembuatan berbanding tahun sebelumya
- -34.7% untuk segmen farmasi berbanding tahun sebelumnya
Imej : Pendapatan Suku Tahunan Yang Semakin Mengukuh. Sumber: KLSE Screener
Walaupun pendapatan bersih tahunan syarikat dilihat merosot, namun pendapatan suku tahunan syarikat Bioalpha ini sebenarnya dilihat semakin mengukuh.
Pendapatan untuk suku tahunan keempat telah meningkat kepada RM16.7 juta. Peningkatan ini adalah hasil daripada anak syarikatnya di China iaitu Bioalpha Hainan yang menyumbang sebanyak RM8.9 juta pendapatan suku keempat syarikat.
Bukan itu sahaja, kerugian bersih syarikat juga telah dikurangkan kepada RM8.4 juta disebabkan oleh:
- Jualan yang meningkat
- Skala ekonomi yang lebih tinggi
- Kawalan kos keseluruhan yang lebih baik
Imej : Bioalpha Setuju Untuk Mendapatkan Vaksin Sinovac. Sumber: Kosmo
Baru-baru ini, Bioalpha telah mengumumkan bahawa syarikat tersebut akan mendapat dan menyebarkan vaksin Covid-19 di Malaysia daripada syarikat Shanghai Bukun Trading Co. Ltd (SNTC).
Vaksin Sinovac Biotech kini sedang menunggu kelulusan daripada pihak berkuasa untuk diedarkan kepada rakyat Malaysia.
Baca: Duopharma Dan Phamarniaga Menunggu Waktu Bersinar Di Bursa Malaysia
Pesanan pertama vaksin ini akan melibatkan 100,000 dos dan disusuli dengan pesanan seterusnya yang menglibatkan 1 juta dos pesanan.
Bioalpha akan mula membuat pesanan vaksin ini setelah Sinovac Biotech telah mendapat kelulusan daripada National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) yang dijangka bakal diumumkan pada suku tahun pertama 2021.
Saranan Daripada CGS-CIMB
CGS-CIMB telah merendahkan jangkaan mereka terhadap syarikat Bioalpha dengan keadaan ekonomi semasa yang menghadkan kapasiti jualan syarikat ini.
CGS-CIMB menjangkakan pendapatan Bioalpha akan pulih di masa hadapan, dengan penilaian terkini, CGS CIMB memberikan saranan untuk Hold saham ini.
Sumber artikel : CGS CIMB
Rumusan
Untuk menjawab persoalan boleh hold atau tidak, CGS CIMB masih memberikan saranan untuk hold saham ini, tetapi kepada yang masih belum masuk saham ini.
Adalah lebih baik kita mengkaji dengan lebih mendalam daripada segi fundamental dan teknikal terlebih dahulu.
ASYIK-ASYIK TERLEPAS

Dulu semasa PKP leader-leader saham sarung tangan getah mencatat prestasi keuntungan luar biasa.
Kalau belum tahu, leader bagi saham syarikat sarung tangan getah adalah
• Topglove
• Hartalega
• Supermx
Biasanya bila dah terlepas kapal, kita akan perhatikan laggard bagi syarikat sarung getah pula seperti
• HLT
• Rubberex
• Adventa
Itu contoh sahaja, ada lagi kaunter lain dalam senarai leader & laggard ni…
Ingat pelabur dan pedagang bijak takkan kejar harga yang dah naik.
Sebaliknya mereka akan mula memerhatikan syarikat yang bakal ikut naik juga (read: laggard)
Mana nak cari tu? Jangan risau, kami ada share semuanya dalam e-book ini.
➡️
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), teknologi, penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas) dan banyak lagi.
Dengarnya saham-saham teknologi pula akan terbang? Semoga lepas ni, takde yang tertinggal kereta api lagi…
Dapatkan e-book Leaders and Laggards sekarang
➡️




