Dalam dunia saham ini, kita sering tertanya-tanya saham apa yang patut dibeli setiap kali kita memulakan langkah untuk memilih kaunter saham yang terbaik untuk dibeli.
Soalan ini kerap kali dibincangkan dan diperdebatkan semua golongan pelabur saham daripada newbies sehinggalah ke advanced level.
Persoalan ini menjadi kunci kejayaan utama untuk para trader dan investor agar tidak tersalah membuat keputusan dalam pelaburan .
Mari kita lihat cara bagaimana untuk memilih kaunter saham yang bagus.

Baru-baru ini kita dapat melihat beberapa kaunter saham di Bursa Malaysia yang membuat turn around dan salah satu syarikat itu adalah KPOWER.
Bermula pada Ogos 2020, harga saham KPOWER ini secara beransur meningkat dan membuat keuntungan kepada pemegang sahamnya setelah begitu lama harga seunit berada pada aliran mendatar .
Bermula dengan hanya menjual tekstil di Sarawak, Dato Dr Ir Ts Mohd Abdul Karim Abdullah (Founder syarikat Serba Dinamik) telah membeli saham syarikat dan menjadi antara pemilik utama syarikat ini.
Selepas memiliki KPOWER, beliau terus mencari perniagaan lain yang berpotensi untuk syarikat ini.
Beliau telah mengambil langkah yang bijak untuk menerajui perniagaan yang berkaitan tenaga solar untuk syarikat KPOWER.
Semenjak kemenangan Joe Biden dalam pilihanraya Amerika Syarikat yang lalu, kaunter syarikat yang berkaitan dengan teknologi hijau dilihat mendapat sambutan yang memberangsangkan.
Hal ini kerana, Joe Biden dilihat lebih mesra dengan sektor tenaga yang boleh diperbaharui berdasarkan manifesto pilihan raya beliau yang lalu.
Selain daripada melihat bagaimana harga saham syarikat ini meningkat, kita juga boleh mengkaji syarikat ini dengan menggunakan 7 kriteria ini.

Langkah pertama, semak laporan suku tahunan terkini syarikat tersebut.
Dalam laporan ini, perkara yang paling penting adalah untuk kita perhatikan keuntungan bersih sesebuah syarikat tersebut.
Keuntungan ini pelu sentiasa positif.
Kedua, kita perlu rujuk kepada keuntungan tahunan yang dikenali sebagai Annual Profit. Laporan kewangan ini juga perlu menunjukkan peningkatan daripada tahun sebelumnya.
Langkah ketiga, sesuatu saham yang baik wajib mempunyai catalyst yang akan meningkatkan permintaan terhadap saham kaunter ini. Contohnya seperti kaunter saham syarikat JFTECH yang berlaku limit up selama 3 hari berturut- turut kerana syarikat tersebut memberi Bonus Issue kepada pemegang saham.
Keempat, pastikan sama ada kaunter saham sesebuah syarikat itu berat atau pun ringan. Bagaimana caranya untuk kita ketahui sesebuah syarikat itu berat atau pun ringan?
Kita boleh mengkaji Number of Shares (NOS) syarikat tersebut, syarikat yang berat mempunyai NOS sebanyak melebihi 2 bilion unit ke atas. NOS yang ideal pula adalah sekitar 200 juta sehingga 2 bilion unit.
Syarikat yang terlalu ringan pula mempunyai NOS lebih rendah daripada 200 juta unit. Kaunter yang berat kebiasaanya akan susah untuk meningkat harganya dan begitu pula sebaliknya untuk kaunter yag terlalu ringan.
Langkah kelima, kita perlu juga kenal apakah organisasi yang paling berkuasa dalam sesebuah sektor.
Contohnya dalam sektor teknologi, salah satu leader yang kita ketahui adalah INARI. Apakah pula yang menentukan sesuatu syarikat itu adalah leader dalam sesuatu sektor berkenaan? Syarikat tersebut perlu mempunyai Market Capitalization yang besar.
Keenam, syarikat tersebut mestilah mempunyai pelabur institusi atau dikenali sebagai jerung. Jerung terbahagi kepada tiga iaitu institusi, foreign fund dan individu high net worth.
Contoh pelabur institusi adalah seperti Tabung Haji, KWSP, Public Mutual dan pelbagai lagi .
Foreign fund pula adalah signal yang baik kepada sesebuah syarikat kerana ini menandakan perniagaan syarikat dalam keadaan yang baik kerana berjaya menarik minat syarikat luar Malaysia untuk melabur.
Individu high net worth pula seperti contoh yang diberikan di atas tentang KPOWER dan Dato Karim.
Terakhir sekali, kita juga perlu memerhatikan trend atau arah tuju harga saham sesebuah syarikat.
Trend yang dimaksudkan boleh jadi perkara yang berkaitan geografi perniagaan syarikat seperti penglibatan perniagaan di negara yang mempunyai ekonomi yang kuat seperti Amerika Syarikat dan China.
Penafian : Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.
Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus ke?

Bila dah dapat rentak dalam dunia pelaburan saham ini, mesti kita bersemangat nak capai tujuan utama kita iaitu nak menggandakan duit pelaburan yang dilaburkan. Betul tak?
Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal.
Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.
Best ke formula ni?
Tak susah ke?
Nak tahu apa istimewa sangat formula ini?
Dapatkan eBook CANSLIM -> https://thekapital.my/Ebook-CANSLIM



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)