• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, August 11, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Didorong Pemerkasa, Fed Memihak Kepada Kadar Faedah Rendah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Kekal Bercampur-Campur Pada Sesi Tengah Hari
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis dengan sentimen yang didorong pengumuman Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Wall Street yang positif susulan pengumuman dasar Rizab Persekutuan AS (Fed) yang memihak kepada kadar faedah rendah.

Pada 9.06 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) meningkat 5.83 mata untuk ditutup kepada 1,630.80 berbanding 1,624.97 sewaktu ditutup pada Rabu.

Indeks itu dibuka 1.21 mata lebih tinggi kepada 1,626.18.

Di pasaran lebih meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 355 kepada 207 manakala 316 kaunter tidak berubah, 1,369 tidak diniagakan and 27 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 713.02 juta saham bernilai RM218.72 juta.

Malacca Securities yakin bahawa pakej rangsangan ekonomi bernilai RM20 bilion itu yang turut melibatkan beberapa program seperti peningkatan pembiayaan mikro-kredit dan pelanjutan subsidi upah, akan memperkukuhkan pemulihan ekonomi dan sentimen pasaran pada masa depan.

Kerajan turut berhasrat melaksanakan pendekatan lebih bersasar dalam memerangi pandemik COVID-19 bagi menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara atau di sesuatu negeri.

“Kami percaya bahawa pakej rangsangan ekonomi ini akan memberikan sinar kepada sektor bertemakan pemulihan seperti pelancongan, permainan, penerbangan, perbankan dan pengguna.

“Selain itu, pelabur juga boleh menumpukan kepada kaunter utiliti berikutan kestabilan sektor itu. Sementara itu, peniaga mungkin ingin memberi fokus kepada sektor bertemakan penyusutan seperti hartanah dan pembinaan untuk mencari peluang dagangan,” katanya dalam satu nota hari ini.

Selain itu, pasaran saham Amerika Syarikat (AS) meningkat semula dengan kukuh apabila Dow (+0.6 peratus) menerajui paras psikologi 33,000 selepas Rizab Persekutuan AS mengekalkan pendirian kadar faedah rendah sekurang-kurangnya sehingga 2023.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, bank pulih daripada penyusutan dengan Public Bank dan CIMB masing-masing naik lima sen kepada RM4.29 dan RM4.56, manakala Maybank meningkat tujuh sen kepada RM8.42.

TM menokok 12 sen kepada RM6.52, Genting menambah lima sen kepada RM5.35, dan PetChem tinggi dua sen kepada RM8.19.

Sementara itu, Top Glove susut empat sen kepada RM5.34 dan Supermax jatuh lima sen kepada RM4.30 selepas meningkat pada Rabu.

Bagi kaunter aktif, Pasukhas turun setengah sen kepada 3.5 sen, Pegasus and AirAsia X masing-masing menokok setengah sen kepada 3.5 sen dan 11 sen, manakala Scomi tinggi satu sen kepada 6.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 35.16 mata kepada 11,958.80, FBMT 100 naik 36.53 mata kepada 11,634.94, dan Indeks FBM Emas Shariah pulih 11.08 mata kepada 13,257.23.

FBM 70 tinggi 29.60 mata kepada 15,736.30 dan FBM ACE naik 102.93 mata kepada 10,705.12.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 109.16 mata kepada 15,609.12, Indeks Perladangan turun 2.59 mata kepada 7,198.00, dan Indeks Perkhidmatan dan Perindustrian naik 1.0 mata kepada 192.83.

— BERNAMA 

Share312ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In