• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ditutup Bercampur-Campur, Indeks Utama Naik 3.04 Mata

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri urus niaga petang ini bercampur-campur selepas beberapa saham mewah utama mencatatkan peningkatan pada minit terakhir.

Pada pukul 5 petang, indeks penanda aras FBM KLCI meningkat 3.04 mata kepada 1,623.96 daripada 1,620.92 ketika ditutup semalam.

Pagi ini, indeks utama dibuka 2.88 mata lebih tinggi pada 1,623.80 dan bergerak antara 1,617.92 dan 1,625.52

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung dengan 724 berbalas 457 sementara 412 kaunter tidak berubah, 622 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan melonjak kepada 11.88 bilion saham bernilai RM5.56 bilion daripada 10.29 bilion saham bernilai RM5.22 bilion pada Isnin.

Ahli ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Adam Mohamed Rahim berkata keuntungan yang dicatatkan di FBM KLCI didahului terutamanya oleh Sime Darby, yang mengukuh 7.4 peratus atau 17 sen kepada RM2.48.

Adam berkata sentimen di bursa tempatan turut mengambil petunjuk daripada peningkatan di Wall Street yang mencatatkan kenaikan dalam urus niaga semalaman.

Beliau menambah pelabur menjangkakan Rizab Persekutuan AS dan bank pusat lain seperti di Indonesia dan Taiwan yang mengadakan pertemuan minggu ini, akan mengekalkan dasar yang akomodatif untuk membantu memacu pemulihan ekonomi global selepas berakhirnya pandemik.

“Pelabur turut memantau secara dekat sebarang komen daripada penggubal dasar monetari AS mengenai kenaikan kadar hasil baru-baru ini,” katanya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, HLFG turun 56 sen pada RM17.40, Press Metal lemah 10 sen kepada RM10, Petronas Dagangan menyusut 36 sen kepada RM20.30, Maybank lega tiga sen kepada RM8.45 dan Nestle lebih rendah RM1.40 kepada RM135.70.

Hartalega berkurangan lapan sen kepada RM9.75 and Public Bank merosot satu sen kepada RM4.31.

Axiata lebih tinggi sebanyak sembilan sen kepada RM3.85 dan TNB menokok 14 sen kepada RM10.80.

Teladan Setia yang mula disenaraikan di Pasaran Ace hari ini menokok sembilan sen kepada 57 sen, Scomi menambah 7.5 sen kepada 11 sen dan Widad meningkat 3.5 sen kepada 71.5 sen.

Dagang Nexchange pula meningkat setengah sen kepada 98 sen dan BCM lebih rendah tujuh sen kepada 24 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 16.86 mata kepada 11,901.67, FBMT 100 menokok 22.95 mata kepada 11,584.25 dan FBM Emas Syariah lebih tinggi sebanyak 50.34 mata kepada 13,179.97.

FBM 70 meningkat 36.02 mata kepada 15,660.55 dan FBM ACE pulih 120.91 mata kepada 10,747.05.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 43.01 mata kepada 15,602.97, Indeks Perladangan mengukuh 74.38 mata kepada 7,230.27 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menyusut 0.45 mata menjadi 191.99.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama melonjak kepada 8.14 bilion saham bernilai RM4.3 bilion berbanding 5.97 bilion saham bernilai RM4.1 bilion pada hari Isnin.

Perolehan waran merosot kepada 343.66 juta unit bernilai RM56.85 juta daripada 361.20 juta unit bernilai RM61.89 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE turun kepada 3.39 bilion saham bernilai RM1.24 bilion daripada 3.96 bilion saham bernilai RM1.06 bilion sebelumnya.

Produk dan perkhidmatan pengguna merangkumi 1.37 bilion saham yang diniagakan Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan industri (1.45 bilion), pembinaan (427.93 juta), teknologi (1.04 bilion), SPAC (sifarl), perkhidmatan kewangan (75.83 juta), hartanah ( 556.39 juta), perladangan (183.47 juta), REIT (9.6 juta), dana tertutup (sifar), tenaga (2.58 bilion), penjagaan kesihatan (60.51 juta), telekomunikasi dan media (94.32 juta), pengangkutan dan logistik (219.350 juta), dan utiliti (58.57 juta).

– BERNAMA

Share233ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In