• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Mulakan Minggu Urus Niaga Pagi Ini Lebih Positif

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Kekal Bercampur-Campur Pada Sesi Tengah Hari
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) — Dagangan di Bursa Malaysia memulakan minggu urus niaga pada pagi Isnin dengan lebih positif untuk dibuka tinggi, sejajar dengan prestasi di Wall Street dan pasaran minyak.

Pada pukul 9.08 pagi, indeks penanda aras FBM KLCI meningkat 5.03 mata kepada 1,620.72 berbanding 1,615.69 ketika ditutup pada petang Jumaat.

Indeks utama dibuka 3.93 mata lebih tinggi pada 1.619.62.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi dengan 393 berbalas 208 manakala 353 kaunter tidak berubah, 1,241 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah sebanyak 768.51 juta unit bernilai RM347.62 juta.

Malacca Securities menjangkakan kaunter komoditi dan minyak/gas akan meningkat memandangkan minyak sawit mentah telah mencapai paras tertinggi dalam tempoh beberapa tahun, sementara minyak mentah Brent pula terus berlegar untuk menghampiri paras US$70 setong.

Secara keseluruhan, sentimen pasaran di bursa tempatan akan tetap berhati-hati menjelang Mesyuarat Rizab Persekutuan AS akan datang yang dijangka mengumumkan keputusan mengenai kadar faedah.

“Walaupun indeks utama mungkin diniagakan dalam mod berhati-hati, peniaga masih lagi memantau saham-saham bertemakan pemulihan seperti sektor pengguna, perbankan dan pembinaan di celah-celah penurunan kes harian COVID-19 yang kini berada di bawah tahap 2,000,” katanya dalam satu nota penyelidikan hari ini.

Sementara itu, sektor teknologi menyaksikan penyusutan sederhana dalam urus niaga awal selepas mencatatkan peningkatan selama empat hari berturut-turut berikutan kerugian dicatatkan dalam dagangan semalaman di Nasdaq.

Pasaran-pasaran saham AS ditutup kebanyakannya tinggi terutamanya ketika Dow meningkat 0.9 peratus selepas pelancaran vaksin COVID-19 menunjukkan perkembangan positif tetapi pergerakan tidak menentu saham teknologi telah mengekang keuntungan di S&P 500 (+0.1 peratus) dan Nasdaq pula lebih rendah (- 0.6 peratus).

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, PetChem naik 11 sen kepada RM8.38 sementara Maybank, CIMB dan Press Metal masing-masing menambah enam sen kepada RM8.46, RM4.53 dan RM10.12.

Top Glove mengukuh empat sen kepada RM5.24 tetapi Public Bank, IOI dan TM masing-masing turun satu sen kepada RM4.31, RM4.22 dan RM6.02.

Antara kaunter paling cergas, GFM Services menyusut 3.5 sen kepada 43.5 sen, Dynaciate naik setengah sen kepada 15.5 sen, Dagang Nexchange meningkat empat sen kepada RM1.01 dan Lambo tidak berubah pada 2.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 21.53 mata kepada 11,893.66, FBMT 100 meningkat 27.57 mata kepada 11,566.44 dan FBM Emas Syariah lebih tinggi sebanyak 28.49 mata kepada 13,164.49.

Indeks FBM 70 pula bertambah 4.95 mata kepada 15,656.95 dan FBM ACE turun 36.65 mata kepada 10,628.54.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkembang 57.20 mata kepada 15,607.06 dan Indeks Perladangan meningkat 22.23 mata kepada 7,159.01 sementara Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 1.42 mata kepada 193.52.

– BERNAMA

Share214ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In