• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Diniagakan Tinggi Pada Sesi Dagangan Tengah Hari, Seiring Prestasi Bursa Serantau

in Market Update
A A
Kerugian Semalaman Wall Street Punca Bursa Malaysia, Serantau Dibuka Rendah Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan awal hari ini lebih tinggi, seiring dengan pergerakan kebanyakan bursa serantau lain selepas mengambil petunjuk positif di Wall Street serta pasaran minyak.

Pada pukul 12.30 tengah hari, indeks penanda aras FBM KLCI meningkat 4.86 mata kepada 1,620.55 daripada 1,615.69 ketika ditutup pada petang Jumaat.

Indeks utama dibuka 3.93 mata lebih tinggi pada 1,619.62 dan berlegar antara 1,619.21 dan 1,623.76.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi dengan 566 berbalas 508 sementara 415 kaunter tidak berubah, 706 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah sebanyak 5.87 bilion unit bernilai RM2.68 bilion.

Seorang penganalisis berkata kaunter perbankan mendahului trend menaik kerana prospek ekonomi kini telah semakin baik, dirangsang oleh berita mengenai pakej bantuan koronavirus AS minggu lepas.

Pengeluaran perindustrian China yang lebih baik daripada jangkaan, melonjak 35.1 peratus tahun ke tahun dalam tempoh dua bulan pertama 2021 berserta kes harian COVID-19 dalam negara yang semakin berkurangan, turut membantu meningkatkan sentimen.

Beliau berkata sektor-sektor seperti tenaga dan pengguna turut menunjukkan peningkatan berikutan harga minyak mentah dan minyak sawit yang kukuh.

Bagaimanapun, penganalisis berkata pelabur akan terus memantau pendirian kadar faedah Rizab Persekutuan AS minggu ini untuk mendapatkan petunjuk seterusnya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank menokok enam sen kepada RM8.46, CIMB naik sembilan sen kepada RM4.56, Hong Leong Bank 12 sen lebih tinggi pada RM19.14 dan RHB Bank turun tiga sen kepada RM5.48.

Sime Darby Plantation naik tiga sen kepada RM4.90 sementara KLK meningkat enam sen kepada RM23.18.

Genting mengukuh 14 sen kepada RM5.23 dan PetChem naik lima sen kepada RM8.32.

Antara kaunter paling cergas, XOX meningkat setengah sen kepada 7.5 sen, AirAsia X satu sen lebih tinggi kepada 11 sen, Dagang Nexchange menambah 1.5 sen kepada 98.5 sen dan Lambo tidak berubah pada 2.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menokok 25.83 mata kepada 11,887.96, FBMT 100 meningkat 24.17 mata kepada 11,563.04 dan FBM Emas Syariah naik 4.13 mata kepada 13,140.13.

Indeks FBM 70 pula 8.06 mata lebih rendah kepada 15,643.94 dan FBM ACE menyusut 39.70 mata kepada 10,625.49. 

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan bertambah 79.58 mata kepada 15,629.44, Indeks Perladangan meningkat 20.16 mata kepada 7,156.94 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.96 mata kepada 193.06.

– BERNAMA

Share210ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In