Malaysian Pacific Industries Berhad (KLSE: 3867) (MPI) merupakan sebuah syarikat sektor teknologi yang tersenarai di Bursa Malaysia.
MPI menjana pendapatan dengan membekalkan perkhidmatan pembungkusan dan ujian semi konduktor luar (OSAT) dan pembuatan bingkai plumbum di tiga tapak penghasilan di Malaysia dan satu tapak pembuatannya di Suzhou, China.
Harga pasaran semasa MPI yang terkini adalah RM7.80 bilion.
Sebelum anda berniat untuk melabur saham di MPI, ambil tahu 10 perkara ini terlebih dahulu sebagai persediaan fundamental.
Ambil Tahu 9 Perkara Ini Sebelum Nak Melabur Di MPI
1. Pasaran Utama
Sebahagian besar pendapatan utama MPI pada tahun 2020 adalah dari pasaran Asia.
Ini termasuk pelanggan tempatan dan global sepertidi Singapura, Taiwan dan China.
Secara keseluruhannya, pendapatan daripada pasaran Asia telah menyumbang RM1.00 bilion (64.6%) kepada perolehan kepada MPI.
Baki perolehan sebanyak 35.4% daripada pasaran Eropah dan Amerika Syarikat.

Pada tahun 2020, MPI telah menjana RM212.4 juta daripada satu pelanggan utamanya, bersamaan dengan 13.6% perolehan keseluruhan pada tahun tersebut.
2. Keputusan Kewangan 10 Tahun Terkini
Pada tahun 2012, MPI telah merekodkan kerugian bersih berjumlah RM19.8 juta kerana MPI telah mencatatkan perolehan yang rendah pada tahun tersebut .
MPI telah menambah kapasiti pembuatan OSAT-nya di Suzhou, China daripada 4 juta unit kepada 20 juta unit setahun.
Sejak itu, MPI telah merekodkan peningkatan perolehan secara berterusan daripada pasaran Asia.
Ia telah menyumbang peningkatannya daripada perolehan keseluruhan daripada RM1.2 bilion pada 2012 kepada RM1.6 bilion pada tahun 2020.
Maka, daripada kerugian bersih sebanyak RM19.8 juta pada tahun 2012, MPI telah merekodkan keuntungan bersih sekitar RM100 hingga RM200 juta pada 2015 sehingga tahun 2020.
Pada tahun 2015 sehingga tahun 2020, MPI telah merekodkan purata Return on Equity (ROE) sebanyak 12.96% setahun.
Ini bermaksud, PMI telah menjana RM12.96 dalam keuntungan bersih daripada setiap RM100.00 di dalam ekuiti pemegangan saham dalam tempoh 6 tahun tersebut.
3. Pengurusan Aliran Tunai
Pada tahun 2011 sehingga tahun 2020, MPI telah mencatatkan sebanyak RM3.1 bilion dalam aliran tunai operasi dan juga RM81.6 juta dalam pendapatan faedah dan dividen.
- Daripada jumlah itu, MPI telah membayar: RM1.6 bilion di dalam pembelian bersih property, plant & equipment (PPE).
- RM238.8 juta di dalam pemulangan bersih hutang jangka panjang.
- RM394.7 juta di dalam dividen kepada pemegang sahamnya.
MPI telah menambah baki tunainya daripada RM69.5 juta pada tahun 2011 kepada RM835.2 juta pada tahun 2020.
Dengan ini, terbuktilah bahawa MPI merupakan sebuah syarikat yang berupaya untuk menjana aliran tunai operasi positif secara konsisten.
Ini telah membolehkan MPI membayar dividen secara konsisten, terutamanya pada tahun 2015 sehingga tahun 2020.
4. Kedudukan Kewangan Terkini
Pada suku tahun kedua tahun 2021, MPI telah merekodkan RM25.2 juta dalam liabiliti bukan semasa dan RM1.6 bilion dalam ekuiti pemegang saham.
Dengan itu, nisbah hutang terkini untuk MPI adalah 1.6%.
Pada masa yang sama, MPI telah mencatatkan sebanyak RM1.4 bilion di dalam aset semasa dan RM473.0 juta di dalam liabiliti semasa.
Ini bermaksdud, nisbah semasa bagi MPI adalah 3.0.
5. Keputusan Kewangan 12 Bulan Terkini
Pada suku ketiga 2020 sehingga suku pertama 2021, MPI telah merekodkan RM1.7 bilion dalam perolehan dan RM193.4 juta dalam keuntungan bersih ataupun 99.24 sen dalam earnings per share (EPS).

6. Pemegang Utama
Hong Leong Manufacturing Group Sdn Bhd (HLMG) ialah pemegang utama untuk MPI. Pada 28 Ogos 2020, HLMG memiliki 56.35% pegangan saham MPI.
Kini, Datuk Kwek Leng San merupakan pengerusi (Non-Executive Chairman) bagi MPI.
7. P/E Ratio
Pada 7 Mac 2021, harga MPI adalah RM39.40 setiap saham. Maka, P/E Ratio terkini adalah 20.38 jika ia dibandingkan dengan EPS-nya bagi 12 bulan terkini sebanyak 90.08 sen.
Kalau kita bandingkan dengan P/E Ratio lalu (2015 sehingga 2020), ia adalah tertinggi dalam 6 tahun tersebut.
P/E Ratio Terkini (12 Bulan EPS)
= Harga Saham Terkini / EPS 12 Bulan Terkini
= RM 39.40 / RM 0.9924
= 39.70

8. P/B Ratio
Pada suku kedua 2021, MPI telah mencatat sebanyak RM7.88 di dalam aset bersih bagi sesaham.
Maka, P/B Ratio MPI terkini adalah 5.00. Kalau kita membandingkannya dengan P/B Ratio lalu (2015 sehingga 2020), nisbahnya adalah tertinggi dalam 6 tahun tersebut.
P/B Ratio Terkini
= Harga Saham Terkini / Aset Bersih bagi Sesaham
= RM 39.40 / RM 7.88
= 5.00

9. Kadar Dividen
MPI telah membayar 27sen dalam dividends per share (DPS) pada tahun 2019 sehingga tahun 2020. Maka, kadar dividen MPI terkini adalah 0.69% setahun.
Jika MPI di bandingkan dengan kadar dividen tahun-tahun yang lalu (2015 sehingga tahun2020), nisbah terkini merupakan yang terendah dalam 6 tahun tersebut.
Kadar Dividen Terkini
= (Dividen Terkini / Harga Saham Terkini) x 100%
= (RM 0.27 / RM 39.40) x 100%
= 0.69%

Kesimpulan:
Secara kesimpulannya, kami mendapati:

Jadi, wajarkah anda melabur ke dalam saham MPI?
Berdasarkan data dan statistik yang dikongsikan di atas sebenarnya sudah cukup memberikan anda gambaran akan kebolehan MPI. Semuanya bergantung kepada anda.
Ian Tai merupakan Content Producer yang telah menyumbang 500+ artikel mengenai pengurusan kewangan peribadi kepada laman-laman web kewangan terkemuka di Malaysia dan Singapura seperti KCLau.com, the Fifth Person, Value Invest Asia dan Small Cap Asia.
Nak Tahu Tenik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.
Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?
Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.
Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.
Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.
Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB
✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?
Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)