• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 15, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Kembali Meningkat Pagi Ini Selepas Catat Kerugian Semalam

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Kekal Bercampur-Campur Pada Sesi Tengah Hari
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) — Urus niaga di Bursa Malaysia kembali mencatatkan peningkatan selepas kerugian semalam untuk dibuka lebih tinggi pagi ini (Jumaat), mengambil petunjuk daripada keuntungan semalaman di Wall Street yang didahului oleh saham teknologi.

Menurut para peniaga, prestasi memberangsangkan di Wall Street ialah selepas Presiden Amerika Syarikat Joe Biden memeterai Rang Undang-undang pelan rangsangan bernilai US$1.9 trilion.

Pada pukul 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengukuh 1.06 mata kepada 1,630.47 daripada 1,629.41 ketika urus niaga ditutup pada petang Khamis.

Indeks utama dibuka 1.18 mata lebih tinggi pada 1,630.59.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi 426 berbalas 153 sementara 330 kaunter tidak berubah, 1,295 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 521.23 juta unit bernilai RM202.38 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd dalam satu nota penyelidikannya, ia berkata bursa tempatan dijangka menyaksikan beberapa peningkatan semula di celah-celah keyakinan yang kian meningkat dalam kalangan pelabur terutama selepas kemerosotan ketara saham teknologi baru-baru ini.

Sementara, saham berharga murah sepatutnya terus mengambil kesempatan untuk bergerak tinggi pada masa ini, katanya.

Firma broker itu menambah harga minyak sawit mentah (MSM) telah melambung melepasi paras RM4,000 satu tan kepada RM4,060 satu tan metrik.

“Untuk fokus sektor pula, kami percaya sektor bertemakan pemulihan seperti pertaruhan/permainan, penerbangan, pengguna, hartanah dan pembinaan harus terus menyinar berikutan pembukaan semula kegiatan ekonomi, ditambah dengan program vaksinasi COVID-19 yang sedang dijalankan.

“Oleh itu, pelabur cenderung menilai potensi pertumbuhan pendapatan masa depan dengan penilaian yang menarik. Selain itu, kami berpendapat kaunter perladangan harus melihat potensi penembusan, mengambil kesempatan daripada harga MSM yang lebih kukuh,” tambahnya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik dua sen kepada RM8.57, Public Bank meningkat satu sen kepada RM4.35, Petronas Chemicals turun dua sen kepada RM8.18 sementara Tenaga dan IHH Healthcare masing-masing tidak berubah pada RM10.80 dan RM5.31.

Antara kaunter paling cergas, Sapura Energy menokok setengah sen kepada 16 sen, Dolphin International naik dua sen kepada 10.5 sen, sementara Avillion, KNM dan Velesto, masing-masing tidak berubah pada 12.5 sen, 20.5 sen dan 18.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 23.86 mata kepada 11,958.62, Indeks FBMT 100 meningkat 19.10 mata kepada 11,635.99 dan FBM ACE bertambah 35.99 mata kepada 10,479.11.

Indeks FBM Emas Syariah meningkat 45.11 mata kepada 13,234.58 dan FBM 70 melonjak 70.73 mata kepada 15,751.05.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan naik 26.91 mata kepada 7,216.63, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.87 mata kepada 191.69 tetapi Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 17.07 mata kepada 15,704.75.

— BERNAMA

Share248ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In