Baru-baru ini, SKPRES telah mengumumkan quarter report yang terkini. Jom kita dengarkan ulasan daripada Doc Mohd Ameruddin Ahmat mengenai kaunter ini.
Ulasan Mengenai Prestasi
- SKPRES mencatatkan pendapatan yang sangat kukuh sebanyak RM 713, peningkatan sebanyak 29.4% berbanding suku yang sama pada tahun sebelumnya. Keuntungan yang dicatatkan pula meningkat sebanyak 84.7% berjumlah RM 57 juta.
- Pendapatan dan keuntungan ini diperoleh dari segmen Electronic Manufacturing Services (EMS) di mana syarikat merupakan antara pemain utama dalam sector berkenaan. Di samping itu PCBA division telah mula menyumbangkan pendatapan dan keuntungan kepada syarikat.
- Kedudukan aliran tunai juga kekal kukuh RM 56 juta, perubahan yang kurang ketara dari suku yang sama tahun sebelumnya.
- Syarikat kehilangan sekurang-kurangnya 3% output pengeluaran akibat penularan Covid-19 pada Januari 2021 yang menyebabkan kilang di Johor Bahru terpaksa di tutup selama 2 minggu.

Prospek Tahun 2021
- Syarikat akan meneruskan usaha meluaskan perniagaan kepada produk-produk yg lebih baru dan terus fokus meningkatkan “market share” dalam segment sedia ada.
- Syarikat juga mendapat pertanyaan dari pelanggan sedia ada dan bakal-bakal pelanggan perniagaan yang baru. Ini penting untuk mengekalkan pertumbuhan syarikat kekal mapan.
- Syarikat juga telah mengambil Langkah-langkat pencegahan yang perlu untuk meminimakan risiko dan kesan-kesan pandemic Covid-19 dan perlaksanaan PKP (MCO)
- Syarikat telah mengumumkan cadangan pemberian Bonus issue (1:4) dan warrants (1:5) kepada setiap pemegang saham
Ditulis oleh Mohd Ameruddin Ahmat, graduan perubatan dari University College Dublin, Ireland x RUMC.



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)