• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Serba Dinamik Cadang Tubuh Anak Syarikat Baharu Uruskan Penglibatannya Dalam Industri Angkasa

in Catalyst
A A
Untung Bersih Serba Dinamik Naik Kepada RM148 Juta Pada Suku Ketiga

Kredit gambar: The Star

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) — Serba Dinamik Group Bhd berhasrat menubuhkan sebuah anak syarikat baharu pada suku ketiga tahun ini bagi menjayakan penerokaan syarikat dalam industri angkasa.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Dr Ir Mohd Abdul Karim Abdullah berkata anak syarikat itu akan menguruskan penglibatannya dalam industri baharu menerusi peningkatan kapasiti melalui kerjasama dengan pelbagai agensi dan peserta/pemain antarabangsa.

“Bagaimanapun, seiring dengan perniagaan kami yang kian meningkat dan kehadiran kami dalam industri turut berkembang, kami akan melihat kepada keperluan perniagaan dan mencari penyelesaian terbaik yang dapat memberi manfaat kepada kumpulan bagi memastikan kelangsungan perniagaan,” kata Mohd Karim kepada Bernama.

Baru-baru ini, kumpulan perkhidmatan tenaga itu telah mengumumkan kerjasamanya dengan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) untuk memperkukuhkan lagi pembangunan ekonomi dan industri angkasa Malaysia.

Kumpulan itu berkata Malaysia masih belum menyertai ‘ekonomi angkasa baharu’ walaupun sudah bersedia untuk melakukannya.

MYSA telah mengambil inisiatif melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan memperkenalkan Rang Undang-undang Lembaga Angkasa Malaysia 2020, yang dibentangkan bagi bacaan pertama tahun lepas.

Mohd Karim berkata Serba Dinamik merancang untuk menerokai bidang ekonomi angkasa kerana ia akan menghubungkan titik-titik dari segi teknologi maklumat dan komunikasi, yang merupakan antara kecekapan teras dalam kumpulan, melalui kesalinghubungan internet ke kawasan-kawasan dalam negara  yang tidak dapat dihubungi dengan menggunakan teknologi satelit untuk kesalinghubungan.

“Ini diperlukan bagi menyokong pelbagai inisiatif kumpulan mengenai teknologi sempadan yang memerlukan saling hubung jalur lebar dan internet untuk merealisasikan penggunaannya,” tambahnya beliau.

Mohd Karim turut maklum bahawa menyediakan kemudahan dan infrastruktur akan membuka pasaran yang lebih besar untuk industri berkaitan yang lain di bawah Revolusi Industri Keempat (IR4.0).

“Ia juga memberikan sumbangan dari segi pembangunan negara, yang merupakan hasrat kerajaan pada masa ini untuk menyediakan kesalinghubungan kepada seluruh masyarakat,” tambahnya.

Mohd Karim berkata, peranan MYSA adalah memberi sokongan teknikal penasihat dalam organisasi untuk membantu Serba Dinamik merealisasikan objektifnya dan serterusnya bertapak dalam ekonomi angkasa.

Serba Dinamik turut memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan SWISSto12, syarikat yang berpangkalan di Switzerland dan pakar dalam teknologi untuk menghasilkan komponen yang digunakan dalam satelit melalui teknologi percetakan 3D.

Dengan MOU itu, SWISSto12 dijangka dapat menyediakan sokongan kepada Serba Dinamik dan rakan niaga dalam inisiatif angkasa mereka.

“Menerusi kerjasama ini juga, Serba Dinamik akan meningkatkan kemampuannya dalam bidang kejuruteraan bernilai tinggi yang amat diperlukan untuk menyokong ekonomi ruang angkasa,” kata Mohd Karim.

Beliau menambah kumpulan itu juga akan memupuk tenaga kerja dengan memberikan latihan dan pendidikan untuk mewujudkan profesional yang kompeten dan berkemahiran dalam industri angkasa bagi memastikan Malaysia mempunyai tenaga kerja yang diperlukan untuk menyokong industri yang sedang berkembang ini.

“Kami juga akan berusaha untuk memindahkan pengetahuan daripada pemain industri melalui kerjasama kami dengan pemain antarabangsa dalam bidang ini. Pemindahan pengetahuan ini akan membantu Serba Dinamik untuk memperoleh kemampuan kejuruteraan bernilai tinggi yang memastikan Serba Dinamik dapat menjadi salah satu pemain utama dalam industri angkasa lepas,” ujar Mohd Karim.

Ditanya sama ada dengan penerokaan baharu ini, kumpulan itu merancang untuk keluar dari perniagaan minyak dan gas, Mohd Karim berkata Serba Dinamik akan mengekalkan kehadirannya dalam industri berkenaan.

“Kehadiran Serba Dinamik dalam industri minyak dan gas akan berterusan manakala ekonomi angkasa akan turut serta sebagai satu lagi penyumbang utama kepada pendapatan kumpulan ini. Serba Dinamik akan bertambah besar dan kuat dengan bidang baharu ini yang akan memastikan kelestarian kumpulan,” tambahnya.

— BERNAMA

Share248ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In