• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, August 13, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

in Market Update
A A
Kerugian Semalaman Wall Street Punca Bursa Malaysia, Serantau Dibuka Rendah Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) — Bursa Malaysia susut daripada peningkatan selama empat hari berturut-turut apabila dibuka rendah dalam dagangan awal Khamis akibat pengambilan untung walaupun pasaran Wall Street menyaksikan Dow Jones mencecah paras tertinggi pada akhir dagangan semalamannya.

Ini susulan laporan bahawa indeks harga pengguna Amerika Syarikat (AS) meningkat sebanyak 0.4 peratus pada Februari, sekali gus turut meredakan kebimbangan mengenai inflasi, kata peniaga.

Pada 9.07 pagi, indeks petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 5.64 mata kepada 1,634.19 daripada 1,639.83 pada akhir dagangan Rabu.

Sewaktu dibuka, indeks tersebut berkurangan 3.10 mata kepada 1636.73.

Namun, di pasaran lebih meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 343 berbanding 199 manakala 347 kaunter lain tidak berubah, 1,314 tidak diniagakan manakala 17 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 624.48 juta unit bernilai RM279.89 juta.

Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd dalam nota penyelidikannya, menjangkakan minat belian terus ketara di pasaran tempatan dan FBM KLCI mungkin meneruskan aliran peningkatannya susulan prestasi di Wall Street.

Menurutnya, susulan kes harian COVID-19 yang kekal di bawah paras 2,000 setakat ini, kalangan  penggiat pasaran berkemungkinan memilih untuk melihat lebih banyak pembukaan semula aktiviti perniagaan, termasuk aktiviti pelancongan domestik yang dijangka memacu sektor pelancongan pada masa ini.

Bagaimanapun, sektor teknologi dijangka tidak banyak berubah apabila pasaran Nasdaq mengalami penurunan.

Mengulas prestasi komoditi, ia berkata harga minyak sawit mentah (MSM) telah mencecah paras lebih tinggi kepada RM3,974 satu tan manakala minyak mentah Brent turut mencatat peningkatan.

“Kami percaya sektor yang pulih seperti  pengguna, permainan, pembinaan, pengangkutan serta saham berkaitan lebuh raya akan meningkat dalam tempoh terdekat.

“Selain itu, sektor perladangan, minyak dan gas juga akan meneruskan aliran peningkatan yang sejajar dengan pengukuhan harga MSM dan minyak mentah Brent,” katanya.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank naik tiga sen kepada RM8.57, Petronas Chemicals meraih satu sen kepada RM8.18 dan Tenaga untung lapan sen kepada RM10.80.

Public Bank dan IHH Healthcare tidak berubah pada RM4.32 dan RM5.29.

Bagi saham aktif, Vizione Holdings meningkat 3.5 sen kepada 34 sen, warannya naik tiga sen kepada 14 sen manakala Widad menokok 3.5 sen kepada 52 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 18.40 mata kepada 11,934.04,  Indeks FBMT 100 merosot 22.32 mata kepada 11,628.28 dan FBM ACE berkurangan 10.61 mata kepada 10,341.81.

Indeks FBM Emas Syariah naik 9.77 mata lebih kepada 13,190.80 manakala FBM 70 menokok 10.20 mata kepada 15,578.35.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 89.56 mata kepada 15,745.98, Indeks Perladangan susut 6.01 mata kepada 7,176.12 namun Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.10 mata kepada 190.20.

— BERNAMA

Share215ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In