• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Catat Kerugian Ketika Akhiri Sesi Urus Niaga Pagi

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Kekal Bercampur-Campur Pada Sesi Tengah Hari
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi urus niaga pagi ini lebih rendah berikutan kegiatan pengambilan untung selepas bursa tempatan mencatatkan keuntungan selama empat hari berturut-turut.

Pada pukul 12.30 tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 11.09 mata kepada 1,628.74 daripada 1,639.83 ketika ditutup pada petang Rabu.

Indeks utama dibuka 3.10 mata lebih rendah kepada 1,636.73 dan bergerak antara 1,628.53 dan 1,636.73 sepanjang sesi urus niaga.

Bagaimanapun, pergerakan harga di pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi rugi 612 berbalas 415 manakala 475 kaunter tidak berubah, 701 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 5.73 bilion unit bernilai RM2.77 bilion.

Di bursa serantau, Indeks Hang Seng Hong Kong naik 1.60 peratus menjadi 29,371.23, Nikkei Jepun meningkat 0.34 peratus kepada 29,135.55, Indeks Straits Times Singapura bertambah 0.87 peratus kepada 3,106.40 dan Kospi Korea Selatan lebih tinggi sebanyak 1.98 peratus kepada 3,016.70.

Seorang peniaga berkata, Bursa Malaysia diniagakan lebih rendah sepanjang sesi pagi, sekali gus mengenepikan trend kukuh pasaran serantau yang mengambil petunjuk daripada kerancakan urus niaga semalaman di Wall Street.

Purata Perindustrian Dow Jones ditutup pada paras tertinggi pada Rabu, dirangsang oleh penurunan hasil bon AS, berita berkenaan pakej rangsangan baharu serta laporan indeks harga pengguna Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah daripada jangkaan untuk bulan Februari,” katanya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank menambah empat sen kepada RM8.58, Public Bank naik dua sen kepada RM4.34 dan Tenaga meningkat lapan sen kepada RM10.80.

Petronas Chemicals susut dua sen kepada RM8.15 sementara IHH Healthcare tidak berubah pada RM5.29.

Antara kaunter paling cergas,  AirAsia X meningkat satu sen kepada 10.5 sen dan Zelan menambah dua sen kepada 13.0 sen, Saudee turun 2.5 sen kepada 75.5 sen, Widad menyusut satu sen kepada 47.5 sen sementara Vizione tidak berubah pada 31.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 34.69 mata kepada 11,917.75, Indeks FBMT 100 merosot 48.57 mata kepada 11,602.03 dan Indeks FBM Emas Syariah lebih rendah sebanyak 16.92 mata pada 13,164.11.

FBM ACE meningkat 45.39 mata kepada 10,397.81 dan FBM 70 mengukuh 53.03 mata kepada 15,621.18.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 109.80 mata kepada 15,725.74 dan Indeks Perladangan susut 29.15 mata kepada 7,152.98 sementara Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.05 mata menjadi 190.15.

– BERNAMA

Share215ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In