Kita mungkin rasa seperti syarikat baru kerana namanya yang kurang dikenali, tetapi sebenarnya AWANTEC sebelum ini dikenali sebagai Prestariang Berhad. Oh begitu, bila sebut PRESBHD barulah kenal.
Jom kita tengok 10 perkara tentang AWANTEC yang kita perlu tahu sebagai seorang pelabur dan pedagang saham.
1. QR AWANTEC pada Q2 Disember tahun 2020 melaporkan keuntungan bersih sebanyak RM10,826,000 atau kenaikan QoQ sebanyak 1,218%.
2. Keuntungan yang telah dicatatkan oleh AWANTEC pada laporan suku semasa adalah RM11.3 juta berbanding tahun lepas (tahun lepas rugi sebanyak RM3.5 juta) telah meningkat sebanyak 424%.
3. AWANTEC disasarkan menjadi Two Obvious Winners bersama TM selepas kerajaan mengumumkan pelancaran MyDigital. Kerajaan memberi kepercayaan kepada AWANTEC untuk pengurusan cloud service.

4. AWANTEC juga menjalin kerjasama dengan Google Cloud untuk meneruskan projek MyDigital selama 3 tahun (2021-2023). Kerajaan mensasarkan 80% pemindahan data umum kepada data hybrid menjelang tahun 2022.
5. Dalam segmen peningkatan skil, AWANTEC telah memperoleh kontrak 3 tahun yang bernilai RM50 juta bersama-sama dengan Menteri Besar Selangor Incorporated.
6. Untuk pelan rasionalisasi, AWANTEC telah menjual bangunan syarikatnya kepada Serba Dinamik Group Bhd pada harga RM24.2 juta. Ini adalah untuk mengurangkan pinjaman syarikat dan menambahbaik kewangan syarikat.

7. Selain daripada itu, AWANTEC juga membuat kerjasama dengan Huawei Technologies untuk mempromosi penggunaan produk dan servis Huawei Cloud dan Artificial Intelligence (AI) dalam sektor awam.

8. Public float shares AWANTEC adalah sebanyak 51.54%, di mana ‘berat’ syarikat ini masih lagi pada tahap sederhana.
9. Dengan adanya catalyst baru untuk AWANTEC, harga sahamnya dilihat membuat major uptrend dan mungkin terus meningkat dengan projek-projek terbaru yang diumumkan dan akan datang.
10. Syarikat AWANTEC bukanlah sebuah syarikat yang besar dalam pasaran global dan tidak menarik banyak pelabur institusi. Setakat ini, hanya terdapat 48% pelabur institusi yang melabur ke dalam syarikat ini.
Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!
Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?
Jangan tertinggal keretapi lagi.
Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.
Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.
Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)