• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, August 11, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Trading Idea

7 Saham Ini Catat Untung Bersih & Peningkatan Pendapatan Konsisten 3 Tahun

in Trading Idea
A A
7 Saham Ini Catat Untung Bersih & Peningkatan Pendapatan Konsisten 3 Tahun
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

Cuma ada 7 saham yang untung konsisten selama 3 tahun dan semuanya patuh syariah.

Sebelum membeli sesebuah saham, adakah anda tahu sama ada syarikat tersebut sedang membuat keuntungan ataupun mengalami kerugian?

Tahukah anda, di Bursa Malaysia terdapat beberapa syarikat yang berjaya menjana pendapatan serta keuntungan bersih selama 3 tahun berturut-turut.

Soalnya, benarkah ada syarikat yang mampu menjana pendapatan serta keuntungan bersih selama 3 tahun berturut-turut?

Betul ke?

Jawapannya, ada.

Daripada ratusan saham di Bursa Malaysia, hanya 7 saham yang berjaya membuat peningkatan selama 3 tahun berturut-turut pada perolehan serta keuntungan bersihnya.

Yang menariknya, kesemua 7 saham tersebut adalah patuh syariah.

Jom kita tengok satu persatu syarikat tersebut.

Sumber: Malaysiastock.biz

1. ARB Berhad (ARBB)

Sumber: ARBB

ARBB yang sebelum ini dikenali sebagai Aturmaju Resources Berhad, telah ditubuhkan pada Oktober 1997 dan disenaraikan di papan utama (Main Market) Bursa Malaysia pada Februari 2004 yang lalu.

Di peringkat awal, perniagaan terasnya berkaitan dengan pembalakan. Seiring dengan peredaran masa dan teknologi, syarikat ini mula menceburi bidang teknologi maklumat dalam servis IT.

Pada April 2019, syarikat ini menukar nama ke ARB untuk memberi nafas baru kepada jenama syarikat mereka.

Pada tahun 2018, ARBB berjaya merekodkan perolehan sebanyak RM15.26 juta.

Pada tahun 2020 pula, ARB Berhad telah merekodkan perolehan sebanyak RM219.45 juta. Kenaikan selama 3 tahun ini adalah sebanyak 1338.56%.

Keuntungan syarikat pula telah meningkat dari RM4.25 juta pada 2018 ke RM44.23 juta pada tahun 2020.

2. Foundpac Group Berhad (FPGROUP)

Sumber: Foundpac

Foundpac Group Berhad (FPGROUP) yang berpusat di Bayan Lepas, Pulang Pinang, telah disenaraikan di Bursa Malaysia pada 29 Disember 2016.

Perniagaan utama FPGROUP adalah di dalam reka bentuk, pembangunan, pembuatan, pemasaran dan penjualan bahagian-bahagian kejuruteraan (precision engineering) untuk pengeluar semi konduktor.

Perolehan dan keuntungan bersih FPGROUP semakin meningkat kerana syarikat ini mencatatkan pemulihan daripada segi perolehan bagi segmen pembuatan teknologi berketepatan tinggi dan juga segmen laser stencils.

Antara perkara positif FPGROUP ini adalah setakat 30 Jun 2020, syarikat ini tidak mempunyai sebarang pinjaman dan mempunyai ekuiti pegangan saham sebanyak RM96.01 juta. Malah nisbah hutang terkininya adalah sifar.

Pada tahun 2018, FPGROUP berjaya merekodkan perolehan sebanyak RM35.53 juta.

Pada tahun 2020 pula, FPGROUP telah merekodkan perolehan sebanyak RM51.05 juta. Kenaikan selama 3 tahun ini adalah sebanyak 43.68%.

Keuntungan syarikat pula telah meningkat dari RM10.69 juta pada 2018 ke RM21.29 juta pada tahun 2020.

3. Pintaras Jaya Berhad (PTARAS)

Sumber: Pintaras Jaya Berhad

Pintaras diasaskan oleh Dr Chiu Hong Keong seorang jurutera teknikal pada tahun 1989. Pintaras disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun 1994.

Pintaras adalah peneraju dan mempunyai kepakaran dalam bidang cerucuk dan asas bangunan.

Syarikat ini pernah disenaraikan dalam ‘Top 200 companies for the Forbes Asia “Best Under A Billion Company” pada tahun 2008 dan 2013.

Pada tahun 2018, Pintaras telah membeli syarikat Pintary International Pte Ltd di Singapura dan juga anak syarikatnya. 

Pengambil alihan syarikat ini dilihat menyumbang kepada pendapatan dan keuntungan syarikat. Nak tahu berapa banyak perolehan syarikat ini berkembang sejak tahun 2018?

Pada tahun 2018, perolehan Pintaras hanya RM95.91 juta dan 3 tahun kemudian perolehan Pintaras telah mencecah RM373.90 juta. Ia adalah kenaikan sebanyak 289.84% dalam masa 3 tahun sahaja.

Keuntungan syarikat pula telah meningkat dari RM20.71 juta pada tahun 2018 ke RM39.26 juta pada tahun 2020.

4. Sern Kou Resources Berhad (SERNKOU)

Sumber: Sernkou

Sern Kou ditubuhkan pada tahun 1992 dan terletak di Muar, Johor. Sern Kou terlibat dengan pembuatan dan perdagangan perabot kayu yang merangkumi perabot set meja makan, ruang tamu dan bilik tidur.

Segmen utama perniagaannya adalah:

  1. Pembuatan perabot & papan lapis
  2. Pemprosesan dan perdagangan kayu
  3. Pengeringan tanur (kiln) dan operasi kilang papan

Pada tahun 2018, Sernkou berjaya merekodkan perolehan sebanyak RM173 juta.

Pada tahun 2020 pula, Sernkou telah merekodkan perolehan sebanyak RM300.10 juta. Kenaikan selama 3 tahun ini adalah sebanyak 73.47%.

Keuntungan syarikat pula telah meningkat dari RM11.83 juta pada 2018 ke RM22.37 juta pada tahun 2020.

Ada beberapa catalyst yang menyumbang kepada peningkatan perolehan ini dan antaranya adalah:

  • Sumber kayu yang berterusan.
  • Peningkatan eksport ke Amerika.
  • Penambahan kapasiti kilang papan di Kuala Krai.
  • Peluang ketika perang dagang Amerika dan China.

5. Sarawak Plantation Berhad (SWKPLNT)

Sumber: Borneo Post

Sarawak Plantation Berhad (SPB) diperbadankan di Malaysia pada 28 Oktober 1997 sebagai sebuah syarikat berhad persendirian dengan nama Sarawak Plantation Sdn. Bhd.

Kumpulan pada dasarnya terlibat dalam penanaman dan pemprosesan kelapa sawit. Perniagaan lain termasuk pengeluaran benih, penternakan lembu, penyediaan perkhidmatan makmal dan pengurusan dan pelaburan hartanah.

Sarawak Plantation memiliki 20 ladang kelapa sawit dengan keluasan seluas 35.076 hektar pada 31 Disember 2019. Kumpulan ini juga memiliki dan mengendalikan 2 kilang kelapa sawit.

Pada tahun 2018, Sarawak Plantation berjaya merekodkan perolehan sebanyak RM310.79 juta.

Pada tahun 2020 pula, Sarawak Plantation telah merekodkan perolehan sebanyak RM465.75 juta.

Meskipun perolehan Sarawak Plantation tidak jauh beza jika dibandingkan tahun 2020 dengan tahun 2018, tetapi keuntungan bersihnya menunjukkan peningkatan yang ketara iaitu daripada RM15.76 juta melonjak kepada RM83.05 juta.

Peningkatan ini adalah sebanyak RM67.29 juta ataupun 426.97% dalam masa 3 tahun.

6. Vstecs Berhad (VSTECS)

 Sumber: Vstecs

Vstecs memulakan perniagaan menjual komputer peribadi pada tahun 1985. Vstecs mengedarkan pelbagai produk ICT seperti telefon pintar, komputer peribadi, tablet, mesin pencetak, perisian, dan pelbagai perisian yang digunapakai oleh industry.

Tahukah anda Vstecs juga dilantik sebagai pengedar iPhone serta aksesori Apple?

Segmen perniagaan kumpulan ini terbahagi kepada 3 iaitu ICT distribution, enterprise systems dan ICT services.

Antara kesemua 7 syarikat ini, Vstecs adalah syarikat yang mencatatkan perolehan tertinggi setiap tahun sejak tahun 2018 sehingga 2020.

Perolehan Vstecs pada 2018 adalah sebanyak RM1.6 bilion manakala perolehan Vstecs pada 2020 adalah sebanyak RM2.02 bilion.  Kenaikan selama 3 tahun ini adalah sebanyak 26.25%.

Keuntungan syarikat pula telah meningkat dari RM32.80 juta pada 2018 ke RM48.48 juta pada tahun 2020.

7. Westports Holdings Berhad (WPRTS)

Sumber: The Sun Daily

Westports secara amnya menguruskan operasi pelabuhan dan mengendalikan kontena dan kargo konvensional.

Selain itu, Westports juga menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti servis marin, perkhidmatan penyewaan serta perkhidmatan sampingan yang lain.

Antara kesemua 7 syarikat ini pula Westports merekodkan keuntungan bersih tertinggi bagi 3 tahun berturut-turut iaitu sebanyak RM701 juta, RM 773 juta dan RM 865 juta.

Secara kesimpulannya daripada hampir seribu kaunter saham di Bursa Malaysia, terdapat 7 saham yang membuat keuntungan bersih secara konsisten sejak tahun 2018. Keuntungan yang tinggi dan konsisten adalah perkara yang positif bagi syarikat. Namun, kita sebagai pelabur juga harus mengambil kira analisa teknikal sebelum membeli sesebuah saham.

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Kami janji berbaloi……

>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!

Share1551ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

1 year ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

1 year ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

1 year ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In