“Bro, aku rasa trading ni susah la. Aku mana ada masa nak tengok chart hari-hari.”
Betul ke melabur saham ni kena tengok graf dan carta hari-hari?
Ramai yang mengatakan pelaburan saham memerlukan fokus yang tinggi dan kena tengok carta setiap hari.
Pelaburan saham sememangnya memerlukan fokus yang tinggi tetapi sebenarnya ia tidak memerlukan seorang pelabur untuk sentiasa berada di hadapan komputer riba.
Bagi yang mempunyai mindset seperti itu, mungkin mereka belum kenal dengan teknik swing trading.
Swing trading? Apa benda pula tu?
Swing trading adalah satu teknik dagangan yang memerlukan seseorang pelabur untuk memegang saham yang dibeli lebih dari sehari dan boleh memakan masa selama beberapa minggu.
Jika ingin tahu lebih lanjut mengenai apa itu swing trading boleh baca di Swing Trading : Teknik Popular Bagi Mereka Yang Tak Banyak Masa.
Penulis merupakan salah seorang penggemar teknik swing trading. Kenapa?
Sebagai seorang pekerja yang berkhidmat sudah tentu penulis mempunyai masa yang agak terhad.
Saya merasa selesa dengan teknik swing kerana ia membolehkan saya untuk terus melabur dalam pasaran saham tanpa perlu sentiasa melihat carta dan pada masa yang sama saya masih boleh meneruskan kerja saya di pejabat.
Jika anda merasakan teknik swing ini sesuai untuk anda, The Kapital akan mengadakan sebuah webinar khas kepada yang ingin belajar teknik swing trading. Nak tahu apa yang anda akan belajar?
Jom lihat di bawah.
1. Teknik Compounding

Anda akan diajar satu teknik yang membolehkan anda mengembangkan modal pelaburan anda dengan mudah dengan hanya menggunakan teknik compounding.
“Compound interest is the eight wonder of the world. He who understands it, earns it he who doesn’t pays it. – Albert Einstein”
Tahukah anda, semua orang boleh jadi jutawan dengan bermodalkan RM3,500 dalam masa 5 tahun? Caranya adalah:
- Modal sebanyak RM3,500
- ROI 10%
- Laburkan kembali kesemuanya dan jana 10% setiap bulan.
- Ulang selama 5 tahun
Anda mungkin berminat dengan artikel Jadi Jutawan Dengan Teknik Compounding. Jika nak belajar secara live bersama Tuan Zhafir dan Tuan Khuzaimie, maka boleh lah sertai kami di webinar nanti.
2. Teknik Mengkaji Laporan Kewangan Syarikat

Sumber: Malaysiastock.biz
Ramai pelabur mengkaji prestasi syarikat berpandukan laporan kewangan yang dikeluarkan syarikat. Tetapi ramai juga yang tak pasti apa yang perlu dikaji daripada laporan kewangan tersebut.
Di webinar swing trading ini nanti, Tuan Zhafir akan ajar bagaimana untuk membuat perbandingan laporan kewangan suku tahunan dan juga laporan kewangan tahunan syarikat.
Di webinar ini juga speaker akan kongsikan laman web yang boleh digunakan untuk mengkaji laporan kewangan syarikat.
Kalau nak mudah faham,sudah tentu anda perlu contoh untuk belajar betul tak? Oleh itu, anda turut akan belajar berdasarkan beberapa case study kelak.
3. Cara Penggunaan Trading Platform RHB

Saya percaya ramai pelabur yang hanya tahu menggunakan trading platform masing-masing untuk beli dan jual saham sahaja.
Akan tetapi, ramai yang tidak memaksimakan penggunaan trading platform yang dimiliki kerana tidak mengetahui kesemua fungsi yang ada.
Adalah satu kerugian sekiranya para pelabur tidak menggunakan trading platform masing-masing sebaik mungkin kerana terdapat banyak fungsi yang bermanfaat.
Sebagai contoh, trading platform RHB menyediakan laporan terkini yang disediakan oleh para research analyst RHB Investment Bank sendiri.
Namun begitu, ramai yang tidak membaca laporan-laporan yang disediakan broker setiap hari.
Jika anda seorang yang sibuk bekerja, saya percaya anda juga tiada masa untuk mengawasi portfolio anda. Lebih-lebih lagi saham yang dibeli adalah saham yang volatile.
Sekiranya anda ingin menjaga modal pelaburan anda, trading platform RHB mempunyai fungsi stop loss untuk membantu anda bagi tujuan tersebut.
Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai penggunaan trading platform RHB, kami akan bawakan Tuan Zhafir yang juga seorang remisier RHB Investment Bank untuk jelajah platform tersebut dan menjawab segala persoalan anda berkenaan trading platform RHB.
4. Belajar 6 Jenis Breakout

Sumber: The Kapital
Sememangnya satu kerugian sekiranya anda seorang pelabur tapi tak tahu teknik Buy on Breakout. Istilah breakout merujuk kepada pergerakan harga saham yang berjaya menembusi paras rintangan.
Breakout memberi isyarat bahawa terdapat minat belian yang tinggi masuk ke dalam pasaran sehingga mampu menembusi paras rintangan dan hadir bersama volume yang tinggi.
Jika anda seorang yang rajin membaca maka e-book Buy on Breakout adalah ditulis khas bagi anda.
Dapatkan di sini : Buy on Breakout
Jika nak belajar 6 jenis breakout, jangan lupa untuk sertai kami di webinar Swing Trading.
Tuan Khuzaimie pula akan berkongsi ilmu dan pengalaman beliau yang mahal dalam pasaran saham ini. Jika beliau boleh lakukannya, anda juga pasti boleh.
6 jenis breakout tersebut adalah:
- Breakout resistance
- Breakout downtrend line
- Breakout 52 week high
- Breakout All Time High
- Breakout Sideway
- First Breakout
5. Belajar Teknik Breakout
Tadi dah ceritakan mengenai jenis-jenis breakout. Selain mengenali jenis breakout, anda turut akan diajar teknik-teknik breakout.
Ini adalah part yang menarik kerana anda akan diajar 4 teknik fresh breakout. Inilah teknik yang anda wajib pelajari untuk memantapkan teknik pelaburan anda.
Ada beberapa pattern fresh breakout yang anda pasti berminat nak tahu.
Sama seperti fundamental, anda turut akan didedahkan dengan case study untuk ilmu teknikal yang akan diajar kelak.
Bila dah pelajari teknik-teknik di atas, anda akan dikongsikan pula bila masa yang tepat untuk jual saham yang dipegang. Bila dah beli saham mesti kena tahu bila nak jual kan?
Bila anda sudah tahu bila nak jual, gunalah teknik swing untuk cari saham yang lain pula dan memaksimakan keuntungan anda.

Anda ada masalah berikut?
1. Tak ada masa nak monitor saham selalu
2. Tak tahu saham yang sesuai untuk hold sebulan dua
3. Tak tahu Fundamental yang kena kaji untuk saham swing
Atau masalah ini?
1. Tak tahu bila nak take profit
2. Tak mampu kawal emosi dan tamak waktu trade
3. Tak faham support dan resistance
Ini adalah seminar untuk anda.
Buat julung kalinya, kami memperkenalkan
WEBINAR SWING TRADING
bersama speaker: Tuan Zhafir Anuar, Remisier RHB
&
Tuan Khuzaimie a.k.a Kuchai, Trainer
Tarikh : 3 – 4 April 2021
(Sabtu – Ahad)
Masa : 9 pagi – 5 petang
Kita belajar slow slow dari rumah selama 2 hari berturut-turut melalui aplikasi ZOOM.
Dalam Webinar Swing Trading ini anda akan belajar:
✔ Cara bagaimana untuk tak perlu monitor saham hari-hari untuk buat duit
✔ Cukup sekadar trade seminggu atau sebulan sekali
✔ Mantapkan ilmu teknikal untuk Sharp Entry dan Sharp Exit
Daftar harga early bird sekarang -> https://thekapital.my/swingtrading




