• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 30, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Keuntungan Bersih Suku Kedua Top Glove Meningkat Kepada RM2.87 Bilion

in Catalyst
A A
Top Glove Terus Jadi Pilihan Firma Penyelidikan

Kredit Gambar: The Edge Market

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) — Keuntungan bersih Top Glove Corporation Bhd meningkat lebih daripada 24 kali ganda kepada RM2.87 bilion pada suku kedua bagi tahun kewangan berakhir 28 Februari, 2021 daripada RM115.68 juta pada suku kedua 2020 ketika permintaan sarung tangan global terus melonjak.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, pengeluar sarung tangan getah terbesar di dunia itu berkata ia juga memperoleh hasil jualan suku tahunan tertinggi sebanyak RM5.37 bilion pada suku kedua 2021, meningkat 336 peratus daripada RM1.23 bilion pada suku kedua 2020.

Untuk tempoh kumulatif enam bulan yang berakhir pada 28 Februari 2021, keuntungan bersihnya berjumlah RM5.23 bilion, kira-kira 22 kali ganda daripada RM227.11 bilion tahun lalu, manakala pendapatannya dalam tempoh tersebut meningkat kepada RM10.12 bilion dari RM2.44 bilion sebelumnya.

Sementara itu, Top Glove juga mengisytiharkan dividen interim satu peringkat sebanyak 25.2 sen sesaham yang perlu dibayar pada 6 April, 2021.

Mengenai prestasi syarikat, Top Glove berkata angka jualannya yang kukuh dan stabil disebabkan oleh permintaan berterusan untuk sarung tangan di peringkat global.

Walaupun keuntungannya yang lebih baik kerana output jualan yang lebih tinggi, paras penggunaan yang tinggi yang meningkatkan kecekapan pengeluaran, ditambah dengan purata harga jualan (ASP) lebih tinggi seiring dengan harga pasaran.

“Keuntungan tinggi dan luar biasa kumpulan ini juga berikutan peningkatan berterusan di seluruh operasinya melalui transformasi digital, penyelidikan dan pembangunan (R&D) berterusan dan inovasi, inisiatif kualiti dan produktiviti serta pengambilan dan pembangunan bakat (pekerja berkemahiran),” katanya.

Mengulas mengenai keputusan syarikat itu, Pengarah Urusannya Datuk Lee Kim Meow berkata prestasi kumpulan itu yang tidak pernah terjadi sebelum ini adalah hasil daripada keberkesanan inisiatif penambahbaikan yang didorong oleh teknologi syarikat yang berterusan dengan menumpukan kepada kualiti dan kecekapan kos.

“Inisiatif ini juga membolehkan kami untuk memenuhi peningkatan permintaan sarung tangan dengan cekap dan efektif,” katanya dalam satu kenyataan yang berasingan.

Mengenai pembayaran dividen 25.2 sen, Top Glove berkata ia merangkumi pembayaran dividen khas 20 peratus ditambah 50 peratus mengikut dasar dividen syarikat, berjumlah sebanyak 70 peratus pembayaran dividen.

“Jumlah dividen yang diisytiharkan untuk separuh pertama bagi tahun kewangan 2021 sebanyak 41.7 sen sesaham, mewakili kenaikan 253 peratus daripada dividen tahun penuh untuk tahun kewangan 2020 sebanyak 11.8 sen sesaham,” katanya.

Pada 28 Februari, 2021, kumpulan itu berada dalam kedudukan tunai bersih sebagai RM4.06 bilion.

Menyentuh program vaksinasi, Top Glove berkata walaupun dengan vaksin, kumpulan itu yakin bahawa permintaan sarung tangan global akan kekal kukuh.

“Walaupun permintaan mungkin akan stabil pasca pandemik, kumpulan itu berharap ia tidak akan kembali ke paras sebelum penularan COVID-19, susulan daripada peningkatan tahap kesedaran mengenai kebersihan serta ketidaktentuan terhadap jalan penyelesaian terhadap pandemik COVID-19. 

“Lebih-lebih lagi, selepas mendepani cabaran akibat pandemik ini, kerajaan dijangka akan menyimpan stok sarung tangan dan pakaian pelindung diri (PPE) lain sebagai persediaan sekiranya berlaku pandemik pada masa depan,” katanya.

Melangkah ke hadapan, Top Glove mengekalkan pandangan optimis terhadap prospeknya kerana permintaan sarung tangan global dijangka meningkat kepada sekitar 15 peratus setahun pasca pandemik daripada tahap pra-pandemik sekitar 10 peratus setahun berikutan peningkatan penggunaan dan tahap kesedaran mengenai kebersihan yang semakin meningkat.

Untuk memastikan ia berada dalam kedudukan yang baik bagi memenuhi permintaan sarung tangan yang kukuh, pihaknya akan terus melakukan pengembangan organik, pengembangan inorganik dan pelaburan strategik.

Ia berkata Top Glove telah memperuntukkan RM10 bilion untuk perbelanjaan modal selama lima tahun daripada tahun kewangan 2021 hingga tahun kewangan 2025, ia akan meningkatkan kapasiti pengeluarannya sekarang sekitar 100 bilion sarung tangan kepada jumlah kapasiti pengeluaran lebih daripada 200 bilion sarung tangan.

— BERNAMA

Share220ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In