• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Terus Meningkat Untuk Dibuka Tinggi

in Market Update
A A
Kerugian Semalaman Wall Street Punca Bursa Malaysia, Serantau Dibuka Rendah Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) — Bursa Malaysia  meneruskan kenaikan semalam untuk dibuka tinggi pada Selasa walaupun bursa serantau mengalami prestasi suram pada pembukaan dagangan, mengambil petunjuk daripada prestasi bercampur-campur dalam tempoh semalaman di Wall Street.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran, meningkat 5.97 mata kepada 1,617.78 daripada 1,611.81 ketika ditutup pada Isnin.

Indeks utama itu dibuka 4.18 mata lebih tinggi kepada 1,615.99.

Bagaimanapun, di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 263 berbanding 245 manakala 324 kaunter tidak berubah, 1,346 kaunter tidak diniagakan dan lapan yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 313.40 juta unit bernilai RM189.60 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd menjelaskan FBM KLCI meneruskan kenaikan berturut-turut dan mengatasi prestasi bursa serantau pada Isnin, memandangkan ia mencatatkan peningkatan semula sekali gus mengimbangi penurunan yang dialami kaunter berwajaran tinggi sarung tangan.

Menurut firma pembrokeran itu, peralihan minat pelabur kepada saham yang mencatatkan kenaikan semula ditambah dengan penjualan saham secara meluas sehingga mengakibatkan harga susut di Wall Street mungkin terus mempengaruhi sektor teknologi pada Selasa.

Dari segi komoditi, harga minyak sawit mentah (MSM) melonjak untuk menghampiri paras tertinggi dalam tempoh 10 tahun pada RM3,963 satu tan manakala pelabur mungkin mengharapkan kadar pengangguran Malaysia yang diumumkan pada Selasa dapat menjadi pemangkin pasaran, jelasnya dalam nota penyelidikan.

“Pada masa ini, kami yakin indeks utama kekal berada di atas paras 1,600.

“Bagi sektor tumpuan, kami percaya pelabur dijangka menumpukan saham perladangan susulan harga MSM yang meningkat, manakala saham yang didorong pemulihan seperti pengguna, perjudian, penerbangan dan pengangkutan mungkin terus memperoleh daya tarikan memandangkan kes COVID-19 berkurangan,” menurutnya.

Malacca Securities menjelaskan saham pembinaan dan hartanah juga mula menyaksikan minat dagangan setelah mencatatkan prestasi tidak memberangsangkan berbanding dengan pasaran meluas.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank dan Tenaga masing-masing menambah empat sen kepada RM8.54 dan RM10.44, manakala Public Bank naik tiga sen kepada RM4.43.

Petronas Chemicals susut dua sen kepada RM8.33 dan IHH Healthcare turun tujuh sen kepada RM5.22.

Bagi saham aktif, Sealink naik dua sen kepada 30.5 sen, TA Win meningkat satu sen kepada 38.5 sen, Dagang Nexchange menokok setengah sen kepada 72.5 sen, sementara AirAsia X dan CME Group masing-masing tidak berubah pada 9.5 sen dan 6.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 22.02 mata kepada 11,745.79, Indeks FBMT 100 meningkat 23.95 mata kepada 11,454.50 dan Indeks FBM Emas Syariah menokok 1.05 mata kepada 12,882.47.

FBM ACE merosot 67.39 mata kepada 10,158.64 dan FBM 70 kurang 40.18 mata kepada 15,152.31.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 73.77 mata kepada 15,763.77, Indeks Perladangan naik 8.08 mata kepada 7,123.87, sementara Indeks Barangan dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.35 mata kepada 187.05.

— BERNAMA

Share209ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In