• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ditutup Kukuh Petang Ini, Indeks Utama Naik 12.97 Mata

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan hari ini lebih kukuh, dirangsang oleh sokongan belian berterusan untuk kaunter berwajaran tinggi membabitkan saham Tenaga Nasional, Top Glove dan sektor telekomunikasi.

Tenaga menyumbang 3.23 mata kepada indeks barometer, Top Glove mengukuh 2.32 mata sementara Axiata dan Digi, masing-masing menyumbang 2.25 dan 1.76 mata.

Pada pukul 5 petang, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 12.97 mata kepada 1,624.78 daripada 1,611.81 ketika ditutup petang Isnin.

Pagi ini, pasaran dibuka 4.18 mata lebih tinggi kepada 1,615.99 dan berlegar antara 1,612.29 dan 1,625.22 sepanjang sesi urus niaga.

Pergerakan harga di pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi rugi 634 berbalas 551 manakala 459 kaunter tidak berubah, 534 tidak diniagakan dan lapan yang lain digantung.

Jumlah dagangan menyusut kepada 8.12 bilion unit bernilai RM5.91 bilion daripada 9.80 bilion unit bernilai RM6.28 bilion pada penutupan petang Isnin.

Untuk prestasi bursa serantau, Indeks Hang Seng Hong Kong naik 0.81 peratus kepada 28,773.23, Nikkei Jepun 0.99 peratus lebih tinggi kepada 29,027.94, Indeks Straits Times Singapura bertambah 1.96 peratus menjadi 3,072.88 sementara Kospi Korea Selatan menyusut 0.67 peratus kepada 2,976.12.

Seorang peniaga berkata saham Asia ditutup bercampur-campur hari ini kerana rancangan pakej rangsangan Amerika Syarikat bernilai US$1.9 trilion semakin nyata. Bagaimanapun, sentimen positif dipengaruhi oleh kebimbangan pelabur mengenai inflasi dan pandemik COVID-19.

Di pasaran tempatan, Bursa Malaysia kekal berada dalam zon positif sepanjang hari, dirangsang oleh kegiatan membeli saham ketika harga murah dengan tanda-tanda aliran dana asing yang positif yang didorong oleh penilaian yang menarik.

Ahli ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Adam Mohamed Rahim memberitahu Bernama prestasi Bursa dipacu oleh kaunter sarung tangan seperti Kossan dan Top Glove yang meningkat lebih daripada satu peratus untuk hari itu.

“Peningkatan ketara dalam kaunter sarung tangan muncul selepas Top Glove mengumumkan keputusan kewangan suku kedua yang mencatatkan hasil penjualan tempoh suku tahunan tertinggi sebanyak RM5.37 bilion, meningkat 336 peratus daripada RM1.23 bilion pada suku yang sama tahun lalu.

“Ini meskipun berlakunya penurunan dalam jumlah pengeluaran sebanyak lapan peratus berikutan penutupan sementara kilangnya di Klang pada bulan November dan Disember 2020,” katanya.

Kaunter sokongan lain adalah saham syarikat telekomunikasi yang menyaksikan harga saham Maxis, Digi dan Axiata meningkat lebih daripada 2.0 peratus pada hari ini, tambah beliau.

Di kalangan saham berwajaran tinggi, Public Bank menambah dua sen kepada RM4.42 dan Tenaga naik 30 sen kepada RM10.70, Petronas Chemicals turun 15 sen kepada RM8.20, IHH Healthcare lebih rendah sebanyak sembilan sen kepada RM5.20 sementara Maybank tidak berubah pada RM8.50 .

Antara kaunter paling cergas, Jadi Imaging meningkat satu sen kepada 13.5 sen, AirAsia Group naik enam sen kepada RM1.02 dan Managepay Systems menambah tiga sen kepada 22 sen

Sealink turun 4.5 sen kepada 24 sen sementara AirAsia X tidak berubah pada 9.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 111.20 mata kepada 11,834.97, Indeks FBMT 100 meningkat 110.81 mata kepada 11,541.36, Indeks FBM Emas Syariah melonjak 141.30 mata kepada 13,022.72, FBM 70 mengukuh 220.78 mata kepada 15,413.27 tetapi FBM ACE turun 36.31 mata kepada 10,189.72.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan meningkat 51.89 mata kepada 7,167.68 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 52.44 mata kepada 15,742.44 sementara Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menyusut 0.18 mata kepada 187.22.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama turun kepada 5.88 bilion saham bernilai RM5.35 bilion daripada 7.42 bilion saham bernilai RM5.6 bilion pada hari Isnin.

Perolehan waran meningkat kepada 646.05 juta unit bernilai RM101.54 juta daripada 553.03 juta unit bernilai RM105.58 juta semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE turun kepada 1.6 bilion saham bernilai RM458.49 juta daripada 1.83 bilion saham bernilai RM571.06 juta sebelumnya.

Produk dan perkhidmatan pengguna merangkumi 1.54 bilion saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan industri (1.1 bilion), pembinaan (308.96 juta), teknologi (952.11 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (153.98 juta), hartanah (518.22 juta), perladangan (29.61 juta), REIT (14.83 juta), dana tertutup (20,000), tenaga (536.30 juta), penjagaan kesihatan (85.94 juta), telekomunikasi dan media (73.76 juta), pengangkutan dan logistik (529.19 juta) dan utiliti (42.95 juta).

– BERNAMA

Share211ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In