• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Teruskan Momentum Minggu Lepas, Dibuka Lebih Tinggi Pagi Ini

in Market Update
A A
Kerugian Semalaman Wall Street Punca Bursa Malaysia, Serantau Dibuka Rendah Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 8 Mac (Bernama) — Bursa Malaysia meneruskan trend menaik yang dipamer minggu lepas pada urus niaga pagi Isnin ini, mengambil petunjuk daripada prestasi menggalakkan bursa serantau yang lain, didorong oleh keyakinan kuat terhadap rancangan pakej rangsangan Amerika Syarikat bernilai US$1.9 trilion serta harga minyak mentah yang tinggi.

Pada pukul 9.04 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 12.39 mata kepada 1,612. 61 daripada 1,600.12 ketika ditutup petang Jumaat lepas.

Indeks utama dibuka 7.36 mata lebih tinggi pada 1,607.48.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi dengan 503 berbalas 89 sementara 277 kaunter tidak berubah, 1,303 tidak diniagakan dan lapan yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 541.16 juta unit bernilai RM214.05 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata pada Jumaat lepas, FBM KLCI mengatasi kerugian di Wall Street dan melonjak melepasi tahap psikologi 1,600, dirangsang oleh minat belian berterusan dalam saham berwajaran tinggi perbankan selepas Bank Negara Malaysia memutus untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR), ditambah dengan kenaikan saham tenaga untuk mendorong indeks utama mengukuh.

“Kami berpendapat momentum positif indeks utama untuk terus berlanjutan kerana kerancakan urus niaga dalam sektor perbankan mungkin menunjukkan harapan pasaran ke arah pemulihan ekonomi.

“Sementara itu, harga minyak Brent terus mempamerkan peningkatan selepas Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya mengambil keputusan untuk mengekalkan pengeluaran yang stabil sehingga April,” katanya dalam satu nota hari ini.

Dalam pada itu, ia menambah peniaga dijangka turut memberi tumpuan kepada segmen bertemakan pemulihan seperti pelancongan, pembinaan dan hartanah berikutan penurunan kes harian COVID-19.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank menokok enam sen kepada RM8.42, Public Bank naik 10 sen kepada RM4.45, Petronas Chemicals melonjak 18 sen kepada RM8.00, Tenaga meningkat lapan sen kepada RM10.42 dan IHH Healthcare dua sen lebih baik pada RM5. 35.

Antara kaunter paling cergas, Sapura Energy, Velesto dan Alam Maritim masing-masing meningkat 1.5 sen kepada 16.5 sen, 19 sen dan 10.5 sen, KNM menambah satu sen kepada 21.5 sen dan Bumi Armada naik 3.5 sen kepada 49 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas melonjak 101.68 mata kepada 11,796.94, Indeks FBMT 100 meningkat 94.33 mata kepada 11,492.90, Indeks FBM Emas Syariah mengukuh 92.94 mata pada 13,028.77, FBM ACE naik 45.18 mata kepada 10,453.17 dan FBM 70 melonjak 147.93 mata kepada 15,496.58.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 142.61 mata kepada 15,595.35, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 2.66 mata pada 187.50 tetapi Indeks Perladangan turun 33.40 mata kepada 7,130.02.3.

– BERNAMA

Share212ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In