• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

FBM KLCI Ditutup Pada Paras Harian Tertinggi

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) — Indeks utama mengakhiri minggu ini pada paras harian tertinggi ketika sentimen berhati-hati di pasaran meluas, disokong oleh saham wajaran tinggi termasuk saham perbankan yang menerima manfaat daripada keputusan Bank Negara Malaysia mengekalkan Kadar Dasar Semalaman pada 1.75 peratus dan harga minyak yang lebih kukuh, kata peniaga.

Pada 5 petang, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melonjak 18.86 mata atau 1.19 peratus untuk ditutup kepada 1,600.12 daripada 1,581.26 ketika ditutup pada Khamis.

Indeks utama itu dibuka 1.42 mata lebih tinggi kepada 1,582.26 dan mencecah paras harian terendah  kepada 1,579.74 awal hari ini.

Bagaimanapun, suasana pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 617 kepada 560, manakala 422 kaunter tidak berubah, 556 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Minyak mentah Brent naik 1.24 peratus kepada US$67.96 selepas Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya (OPEC)+ melanjutkan pengurangan pengeluaran.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 7.99 bilion unit bernilai RM5.15 bilion daripada 9.63 bilion unit bernilai RM5.37 bilion pada Khamis. 

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Top Glove naik 29 sen kepada RM5.25, Public Bank dan CIMB mengukuh 12 sen masing-masing kepada RM4.35 dan RM4.49, RHB Bank menokok 18 sen kepada RM5.50 dan Hong Leong Bank naik 26 sen kepada RM18.68. 

Sime Darby Plantation tidak berubah pada RM4.95, TNB susut enam sen kepada RM10.34, IHH Healthcare jatuh 14 sen kepada RM5.33, Press Metal turun 12 sen kepada RM9.60 dan Maxis jatuh satu sen kepada RM4.56.

Bagi saham aktif, Velesto Energy naik satu sen kepada 17.5 sen, Bumi Armada menokok tiga sen kepada 45.5 sen, TH Heavy Engineering menambah 1.5 sen kepada 13.5 sen, Sapura Energy menokok setengah sen kepada 15 sen, Sealink International meraih tiga sen kepada 21 sen dan Komarkcorp susut 17.5 sen kepada 43.5 sen. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat  74.59 mata kepada 11,695.26, FBMT 100 naik 82.31 mata kepada 11,398.57, FBM Emas Shariah menambah 18.77 mata kepada 12,935.83, FBM ACE naik 13.73 mata kepada 10,407.99, namun FBM 70 turun 90.34 mata kepada 15,348.65.   

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 0.34 mata kepada 184.84, Indeks Perladangan meningkat 13.96 mata kepada 7,163.42 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 265.09 mata kepada 15,452.74. 

Jumlah dagangan di Pasaran Utama rendah kepada 5.77 bilion saham bernilai RM4.46 bilion daripada 5.81 bilion saham bernilai RM4.58 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan waran turun kepada 443.22 juta unit bernilai RM94.73 juta daripada 487.12 juta unit bernilai RM83.64 juta semalam. 

Jumlah dagangan di Pasaran ACE turun kepada 1.78 bilion saham bernilai RM594.34 juta daripada 3.33 bilion saham bernilai RM709.20 juta.   

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 804.48 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (1.40 bilion), pembinaan (179.31 juta), teknologi (591.03 bilion), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (221.79 juta), hartanah (481.90 juta), perladangan (25.58 juta), REIT (102.78 juta), dana tertutup (23,500), tenaga (1.38 bilion), penjagaan kesihatan (105.89 juta), telekomunikasi dan media (192.06 juta), pengangkutan dan logistik (66.48 juta) dan utiliti (46.06 juta).

— BERNAMA 

Share240ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In