“Buat RM5,000 dengan modal RM1,000 hanya dalam sebulan”
Betul ke boleh kembangkan RM1,000 kepada RM5,000 dalam sebulan? Jawapannya, ya boleh.
Ia boleh menjadi kenyataan sekiranya anda membeli saham Dataprep pada awal bulan Februari 2021 dan masih memegang saham tersebut sehingga hujung bulan Februari.
Pasaran saham sememangnya bukan sesuatu yang mudah tetapi ramai juga yang berjaya membuat keuntungan berlipat kali ganda.
Ada saham yang berjaya membuat 552% keuntungan hanya dalam satu bulan. Tak percaya? Lihat imej di bawah.

Sektor teknologi mendominasi tempat 3 teratas senarai tersebut dengan syarikat seperti Dataprep, Industronics dan Dagang Nexchange menunjukkan prestasi kenaikan terbaik sepanjang bulan Februari 2021. Untuk pengetahuan anda, kesemua senarai di atas adalah saham yang patuh syariah sahaja.
Di sini, kami akan kupas secara terperinci tentang kaunter-kaunter saham patuh syariah yang paling untung sepanjang bulan Februari 2021.
Daripada 10 saham patuh syariah paling untung bulan Februari 2021 ini, kami akan kupaskan secara terperinci 3 saham daripada sektor yang berlainan. Saham tersebut adalah:
- Dataprep Holdings Berhad (Sektor Teknologi)
- Seni Jaya Corporation Berhad (Sektor Telekomunikasi & Media)
- MSM Malaysia Holdings Berhad (Sektor Perkhidmatan & Produk Pengguna)
1. Dataprep Holdings Berhad (Dataprp) (8338)
Tahukah anda Dataprep Holdings Berhad merupakan syarikat IT (Teknologi Maklumat) pertama di Malaysia yang disenaraikan di Bursa Malaysia? Dataprep diapungkan pada tahun 1991.
Sebagai penyedia perkhidmatan teknologi maklumat, Kumpulan Dataprep menawarkan spektrum penuh perkhidmatan ICT kepada pelbagai pelanggan di pelbagai industri.
Servis dan sistem mereka diguna pakai pihak kerajaan, institusi pendidikan, telekomunikasi, perkhidmatan dan produk kewangan.

Mesti tertanya-tanya apa yang menyebabkan Dataprep mengalami kenaikan yang mendadak ini.
Ulasan Mengenai Saham Dataprep
- Jika dikaji berdasarkan analisa fundamental, Dataprep bukanlah sebuah syarikat yang kukuh dari sudut prestasi kewangannya.
- Berdasarkan data yang diperoleh daripada laman web malaysiastock.biz, Dataprep telah mengalami kerugian tahunan sejak tahun 2013 lagi. Sebuah syarikat yang mengalami kerugian selama 10 tahun berturut-turut bukanlah sesuatu perkara yang menarik kepada para pelabur.

- Kenaikan harga saham Dataprep dilihat lebih cenderung disebabkan oleh catalyst dan juga teknikal.
- Jika dilihat pada carta, volume yang tinggi mula masuk ke dalam pasaran pada 15 Februari 2021. Pada keesokan harinya, Dataprep membuat breakout dan saham tersebut terus membuat kenaikan demi kenaikan sejak itu. Setakat artikel ini ditulis, sell signal belum lagi muncul pada carta.

- Selain kenaikan secara teknikal, kenaikan Dataprep turut mungkin disebabkan catalyst. Pada 15 Februari 2021, Dataprep melaporkan rancangan syarikat untuk membeli 51% kepentingan dalam syarikat Ridaa Associates Sdn Bhd (RIDAA)
- Siapakah RIDAA? Segmen perniagaan teras RIDAA terdiri daripada sistem ELV (extra low voltage) untuk tempat penginapan, bangunan pejabat serta premis bangunan.
- Selain itu, RIDAA turut terlibat dalam industri rangkaian jaringan dan telekomunikasi.
2. Seni Jaya Corporation Berhad (SJC) (9431)
Teras perniagaan Seni Jaya adalah menyediakan perkhidmatan media dan produksi pengiklanan.
Portfolio syarikat ini dilihat gah dengan klien-klien jerung seperti Air Asia Berhad, Petronas Gas Berhad, BMW Malaysia Sdn Bhd, Telekom Malaysia Berhad dan banyak lagi.
Portfolio Seni Jaya : Portfolio Seni Jaya
Seni Jaya menyediakan perkhidmatan seperti berikut:
- Membekalkan bahan iklan
- Pemasangan bahan paparan
- Merekabentuk struktur paparan
- Menyediakan iklan pada bas transit
- Menyewakan struktur papan iklan di seluruh negara
- Servis dan penyelenggaraan papan tanda dan bahan paparan
Ulasan Mengenai Saham Seni Jaya
- SJC secara umumnya adalah sebuah syarikat yang membuat keuntungan sehinggalah pada tahun 2016. Bermula tahun 2017, SJC mula mencatatkan kerugian dan prestasi tersebut semakin merosot setiap tahun. Terkini, margin kerugian syarikat telah mencecah 28.9%.

Sumber: Malaysiastock.biz
- Secara teknikal pula, SJC tidak mempunyai carta yang menarik. Ini kerana sebelum syarikat ini mencatatkan kenaikan yang tinggi, saham ini tiada minat belian lalu menyebabkan candlestick yang terhasil adalah berbentuk garisan lurus horizontal.
- Candlestick tersebut juga memberi bayangan bahawa pertukaran tangan saham SJC berlaku pada skala yang amat rendah.

Sumber: Malaysiastock.biz
- Setelah beberapa kali membuat gap up, candlestick bearish engulfing muncul pada carta menandakan pertukaran trend bakal berlaku.
- Walaupun SJC membuat reversal, harga penutupan pada hujung bulan Februari sudah memadai untuk meletakkan SJC antara syarikat yang mencatatkan kenaikan tertinggi pada bulan tersebut.
- SJC turut dikenakan ‘query’ oleh Bursa atas kenaikan yang signifikan tersebut.
- SJC dijangka akan terus berada pada fasa downtrend.
3. MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM) (5202)
MSM Malaysia Holdings adalah kumpulan syarikat yang mana perniagaan terasnya adalah pemprosesan gula.
MSM mempunyai 3 anak syarikat iaitu MSM Prai Berhad, MSM Sugar Refinery (Johor) Sdn Bhd dan MSM Logistics Sdn Bhd.
Ketiga-tiga anak syarikat ini kesemuanya bekerjasama dalam memastikan proses penapisan dan penghantaran berjalan dengan lancar.
Ulasan Mengenai Saham MSM
- Jika dilihat pada sejarah prestasi suku tahunan MSM, syarikat ini melalui saat getir pada tahun 2019 dan 2020 kerana kerugian yang konsisten pada setiap suku.
- MSM hanya berjaya membuat keuntungan bersih pada suku tahunan yang terakhir iaitu sebanyak RM56.24 juta.

Sumber: Malaysiastock.biz
- Harga saham MSM membuat uptrend setelah syarikat pemprosesan gula ini mencatatkan keuntungan bersih RM56.24 juta bagi suku keempat tahun 2020.
- MIDF Amanah Investment Bank meletakkan harga sasaran RM1.96 untuk saham MSM.
- Untuk prospek masa hadapan MSM, tahun 2021 masih akan terus menjadi kesukaran buat MSM kerana pandemik Covid-19 yang belum lagi reda.
- Namun, permintaan terhadap gula kembali meningkat sejak program vaksinasi dilaksanakan.
- Setelah kenaikan yang tinggi selama 3 hari, MSM telah mula menunjukkan tanda-tanda seller telah masuk ke dalam pasaran.

Sumber: Trading View
Secara rumusannya, saham-saham yang membuat kenaikan boleh disebabkan fundamental, teknikal dan boleh juga disebabkan catalyst. Sebaiknya para pelabur sebaiknya membuat kajian yang mendalam sebelum membeli apa-apa saham.
Peringatan: Semua nama saham yang dinyatakan di dalam artikel ini bukanlah sebagai satu saranan belian.
Nak Tahu Tenik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan. Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita guna?
Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.
Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout. Bukan nak kata teknik ini 100% confirm jadi, tetapi ini antara teknik paling berkesan.
Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal juga gunakan teknik ini.
Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB
✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?
Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

