• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 1, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

Ambil Tahu 9 Perkara Ini Sebelum Nak Melabur Saham Poh Huat (Edisi: 2021)

in Fundamental Analisis
A A
Ambil Tahu 9 Perkara Ini Sebelum Nak Melabur Saham Poh Huat (Edisi: 2021)
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

Poh Huat Resources Holdings Berhad (KLSE: 7088) (POHUAT) merupakan sebuah syarikat tersenarai di Bursa Malaysia yang menjana pendapatannya daripada penghasilan perabot pejabat dan rumah di Malaysia dan Vietnam.

Kini, POHUAT mempunyai nilai pasaran semasa bernilai RM473.1 juta.

Mari kita lihat 9 perkara ini sebelum nak melabur di dalam saham POHUAT:

1. Tapak Penghasilan

POHUAT beroperasi dengan satu tapak penghasilan perabot di Muar, Malaysia dan dua tapak penghasilan di Mukim Binh Duong dan di Mukim Dong Hai, Vietnam.

Ia mempunyai 5 buah kilang di Muar, 3 buah kilang di Mukim Binh Duong dan 6 buah kilang di Mukim Dong Hai.

POHUAT mengeksport kebanyakan produknya ke Amerika Syarikat dan Kanada dan menjelang 2019, jualan eksport ke Amerika Syarikat dan Kanada telah menyumbang lebih daripada 90% perolehan keseluruhan syarikat.

2. Keputusan Kewangan 10 Tahun Terkini

POHUAT telah mencapai peningkatan CAGR sebanyak 7.8% di dalam perolehan keseluruhan, meningkat daripada RM355.7 juta pada tahun 2010 kepada RM701.0 juta pada tahun 2019.

Peningkatan ini gara-gara peningkatan jualan perabot kepada 2 pelanggan utama mereka dalam tempoh masa tersebut.

Apa yang lebih mengejutkan adalah, 42% daripada jualan keseluruhan POHUAT datang daripada pelanggan kedua – dua negara ini.

Untuk tempoh 10 tahun terkini, POHUAT telah mencapai peningkatan CAGR sebanyak 18.8% untuk keuntungan bersih, meningkat daripada RM10.8 juta pada tahun 2010 kepada RM50.9 juta pada tahun 2019.

Ini kerana peningkatan perolehannya ialah lebih tinggi daripada peningkatan kos operasinya pada masa tersebut.

POHUAT mencapai purata 10 tahun Return on Equity (ROE) purata sebanyak 13.31% setahun.

Ini bermaksud ia telah menjana RM13.31 di dalam keuntungan bersih daripada setiap RM 100.00 dalam ekuiti pemegangan saham pada tahun 2010 sehingga tahun 2019.

Chart
Chart

3. Pengurusan Aliran Tunai

Pada tahun 2010 sehingga tahun 2019, POHUAT telah menjana aliran tunai operasi  sebanyak RM370.5 juta dan RM 12.5 juta di dalam pengeluaran ekuiti bersih.

Daripada jumlah tersebut, POHUAT telah membayar:

– RM165.9 juta untukpembelian bersih property, plant & equipment (PPE).

– RM9.9 juta untuk pemulangan bersih hutang jangka panjang.

– RM85.0 juta untuk dividen kepada pemegang sahamnya.


POHUAT telah meningkatkan baki tunainya daripada RM22.9 juta pada tahun 2010 kepada RM128.2 juta pada tahun 2019.

Ini sudah cukup membuktikan bahawa POHUAT merupakan sebuah syarikat yang berupaya untuk menjana aliran tunai operasi dan telah menggunakannya untuk melabur ke dalam PPE, membayar dividen dan menaikkan baki tunainya secara konsisten untuk tempoh 10 tahun terkini.

Chart

4. Kedudukan Kewangan Terkini

Pada Q4 2020, POHUAT mencatatkan RM19.2 juta di dalam liabiliti bukan semasa dan RM426.8 juta di dalam ekuiti pemegangan saham.

Oleh itu, nisbah hutang bagi POHUAT adalah 4.50%. Pada masa yang sama, POHUAT telah merekodkan sebanyak RM351.7 juta di dalam aset semasa dan RM122.2 juta di dalam liabiliti semasa.

Ini menjadikan nisbah semasa terkininya adalah 2.88.

5. Keputusan Kewangan 12 Bulan Terkini

Untuk tempoh 12 bulan terkini, POHUAT telah menjana sebanyak RM659.5 juta di dalam perolehan dan RM51.9 juta di dalam keuntungan bersih.

Kita boleh mengira Earnings Per Share (EPS) bagi POHUAT dengan menggunakan jumlah saham yang dikeluarkan.

Sebanyak 278.30 juta, EPS 12-bulan terkini untuk POHUAT adalah 18.65 sen.

Nota:

EPS di artikel ini dikira dengan menggunakan jumlah saham yang terkini POHUAT.

6. Pemegang Saham Utama

Pada 23 Januari 2020, lima pegangan saham terbesar bagi POHUAT adalah:

7. P/E Ratio

Pada 21 Februari 2021, harga saham POHUAT adalah bernilai RM1.70 seunit. Jadi, P/E Ratio terkini adalah 9.12 jika dibandingkan dengan EPS-nya bagi 12 bulan terkini iaitu sebanyak 18.65 sen.

Jika kita membandingkan dengan P/E Ratio untuk tahun-tahun yang lepas (2010 sehingga 2019), P/E Ratio terkini adalah yang tertinggi untuk tempoh 10 tahun tersebut.

P/E Ratio Terkini

= Harga Saham Terkini / EPS 12 Bulan Terkini

= RM1.70 / RM0.1865

= 9.12

8. P/B Ratio

Dari nota 4, POHUAT merekodkan RM426.8 juta dalam ekuiti pemegangan saham dan jumlah saham terkininya adalah 278.30 juta.

Maka, aset bersih terkini bagi POHUAT adalah RM1.53 setiap saham.

Aset Bersih Setiap Saham Terkini

= Ekuiti Pemegangan Saham Terkini / Jumlah Saham Terkini

= RM426.8 juta / 278.3 juta

= RM 1.53

Pada harga RM1.70  sesaham, P/B Ratio POHUAT yang terkini ialah 2.87. Jika kita membandingkan ia dengan P/B Ratio untuk tahun-tahun yang lepas (2010 sehingga 2019), nisbah terkini adalah yang tertinggiuntuk tempoh 10 tahun terkini.

P/B Ratio Terkini

= Harga Saham Terkini / Aset Bersih bagi Sesaham

= RM1.70 / RM1.53

= 1.11

9. Kadar Dividen

Poh Huat telah mengisytiharkan dan memberikan 9.0 sen dalam Dividend Per Share (DPS) untuk tahun kewangan 2020, iaitu tertinggi dalam masa 10 tahun.

Maka, kadar dividen Poh Huat terkini adalah 5.29% setahun, tertinggi di dalam 10 tahun tersebut.

Kadar Dividen Terkini

= (Dividen Terkini / Harga Saham Terkini) x 100%

= (RM0.09 / RM1.70) x 100%

= 5.29%

Kesimpulannya, kami mendapati terdapat dua ciri – ciri yang perlu anda ambil kira sebelum membuat keputusan pelaburan saham POHUAT.

Soalnya, berbaloikah melabur ke dalam saham POHUAT ? Tepuk dada, tanyalah selera.

Ian Tai merupakan Content Producer yang telah menyumbang 500+ artikel mengenai pengurusan kewangan peribadi kepada laman-laman web kewangan terkemuka di Malaysia dan Singapura seperti KCLau.com, the Fifth Person, Value Invest Asia dan Small Cap Asia. 

Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus ke?

Bila dah dapat rentak dalam dunia pelaburan saham ini, mesti kita bersemangat nak capai tujuan utama kita iaitu nak menggandakan duit pelaburan yang dilaburkan. Betul tak?

 Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal. 

Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.

Best ke formula ni?
Tak susah ke?

Nak tahu apa istimewa sangat formula ini?

Dapatkan eBook CANSLIM -> https://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

Share397ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

9 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

9 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

9 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In