Baru-baru ini, DNeX telah mengumumkan quarter report yang terkini. Jom kita dengarkan ulasan daripada Doc Mohd Ameruddin Ahmat mengenai kaunter ini.
Ulasan Mengenai Prestasi
- DNeX telah mencatatkan pendapatan sebanyak 64 juta, penurunan sebanyak 19% berbanding suku yang sama pada tahun sebelumnya. Walaubagaimanapun, keuntungan sebelum cukai pula mencatatkan 19 juta berbanding 7 juta pada suku yang sama pada tahun sebelumnya. Prestasi lebih baik ini banyak disumbangkan oleh segment IT.
- Pendapatan dari sektor IT mencatatkan peningkatan sebanyak 13.7 juta pada suku terkini. Manakala, segment e-commerce mereka kekal kukuh dengan pertumbuhan sebanyak 8.6% jumlah traksaksi berbanding suku sebelumnya.
- Segmen tenaga (energy) pula agak terjejas di sebabkan perlaksanaan MCO kedua yang membataskan perlaksanaan projek-projek yg sedang berjalan.



Potensi Tahun 2021
- DNeX akan menumpukan perlaksanaan inisiatif – inisiatif baru yang telah dirancang bagi kedua-dua segmen IT dan Tenaga. Ini untuk memastikan pertumbuhan pendapatan yg lebih kukuh dapat diteruskan pada tahun-tahun mendatang.
- Syarikat akan terus membina keupayaan teras di dalam segmen digital. Ini selaras dengan pengumuman terkini dari kerajaan dalam program MyDigital – Malaysia Digital Economy Blueprint.
- Syarikat juga menyasarkan pertumbuhan lebih baik kepada segmen Tenaga. Faktor-faktor utama ini disokong oleh peningkatan harga minyak mentah global dan perlaksanaan vaksinasi vaksin Covid-19 yang mampu memulihkan semula ekonomi global dengan lebih pantas
Ditulis oleh Mohd Ameruddin Ahmat, graduan perubatan dari University College Dublin, Ireland x RUMC.



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)